Sunday, December 27, 2009
UNTUK APA DICATAT LAGI
Sudah kering agaknya dakwat
Atau mungkin sudah tidak mahu melekat
Walau berkali dicalit
di atas kertas yang semakin carik
puas dipujuk agar terus mengalir
menyatatkan cerita cerita gembira
agar hilang hiba di dada
di atas kertas carik yang dimamah usia
kalaupun mampu dakwat ini mengalir
sederas air mudik ke hilir
apa mungkin ceritanya nanti cerita bahagia
sedang diminda tersemat cerita duka
atau mungkin kisah camar yang hilang tiba tiba
setelah ditemui seketika di sore senja
dalam samar cahaya terpalit bias warna jingga
santun berbicara pandai berkata kata
atau mungkin kisah aku yang hilang camar kesayangan
setelah aku diulit lena dengan lagu “kembali pulang”
yang hinggap ditelinga saat aku keseorangan
tatkala menyusun impian dan harapan
edy
26 December
Perak darulridzuan
Wednesday, December 16, 2009
CAMAR YANG HILANG
Tentang camar yang hilang
Dalam sebak pilu sakit yang menyongsang
Membenam ke dalam diri sedalam dalam
Sakit ,….saki…sakit…bukan lagi kepalang
Camar terbang pergi di sore jingga
Dalam kelam senja
Meredah malam yang berbisa
Aku tercari cari dengan nista,
Hilang segala upaya
Sudah saban waktu bergenang air mata
Ada rindu yang tersesat di dada
Ada sayang yang terpahat di jiwa
Ada kasih yang sudah terbina
Hari ni camar pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendirian
Canggung rasanya hari hari mendatang
Tanpa camar yang ku sayang
****PULANGLAH CAMAR*****
Edy
16 December 2009 ( Kuala Lumpur)
Thursday, December 10, 2009
AKU MANGSA MU
setelah jerih aku hiasi cinta dan rindu
dari seluruh kalbuku
dari seluruh saraf dan nadiku
mengalirkan bahang cinta
bagai arus sungai di muara
Aku tewas dalam lakunan mu
lena diulit senyum dan janji mu
dibuai hangatnya cinta palsumu
dalam muara kasih yang tenat
hitam dan pekat
edy
( 10 December 2009)
Perak
Wednesday, December 9, 2009
KU LEPASKAN MERPATI PUTIH
Dari sangkar hati
Agar tidak lagi mati
Dipenjara janji
Hari ini ku lepaskan merpati putih
Yang sekian lama terkurung merintih
Agar nanti ianya bebas
Mencari dahan yang ampuh
Dari pohon yang teguh
Hari ini ku lepas merpati putih
Dari seluruh yang ada
Bersama sayap sayap hidup yang dibawa
Bebas terbang di angkasa
Edy
6 Dec 2009
( melaka)
LAUT YANG KALUT
Aku melihat laut dalam jiwa yang kalut
Walau tanpa ribut dan angin yang kusut
Aku mentafsir setiap lenggok ombak dengan penuh serabut
Bagai ada tempias hiba yang menusuk
Mencari di mana sebenarnya noktah ketenangan
Masih bertarungkah aku dalam benak sendiri
Walau sudah berkali kali aku berlari
Jatuh, tersungkur terbuang ke tepi
Bangun dan rebah menyusur hari
Dalam tempias hidup dan ombak yang kalut
Aku mencari camar di senja yang redup
Dalam samar senja dan mentari jingga
Camarku hilang entah ke mana
Aku menanti penuh derita
Edy
Melaka
( 7 dec 2009)
Wednesday, December 2, 2009
PUISI BUAT UNGGU ( CATATAN 2)
aku berpuisi demi unggu
aku bersyair buat unggu
setiap lenggok bahasa untuk unggu
aku memuja unggu
dari setiap saat dan waktu
dari seluruh kalbu
tanpa jemu dan ragu
dalam mimpi ku ada unggu
dalam ruang hatiku ada unggu
dari setiap ruang ianya beradu
bersila tanpa silu
hari ini...puisiku untuk unggu
sebagai catatan rindu
sebagai tanda kesabaranku
yang tak pernah jemu
untuk terus mencintaimu
edy
3 dec 2009
(Perak)
Sunday, November 29, 2009
HARI HARI YANG SAKIT
Memenjarakan diri dalam perit
Sakit kerana rindu…
Dari ruang yang bisu
Hari hari yang perit
Jalani dengan penat dan jerih
Pasrah dan redha
Walau kian berbisa
Hari hari yang sakit dan perit
Adalah perjalanan ku
Mengerah seluruh kalbu
Rindu padamu
Tanpa suara yang berbisik ditelinga
Tanpa khabar yang menyapa
Tanpa salam ceria
Aku menunggu dengan nista
eeddy
27 Nov 2009
Kelantan Darul naim ( 8.30mlm)
AKU TERKURUNG DI SINI
bertemankan dinding dinding mati.
tanpa mata dan hati.
dalam ruang yang hanya beberapa persegi.
aku sunyi terkurung di sini.
bagai sunyinya hati.
kosong dan sendiri.
sesekali ku melihat cermin.
memandang diri
mencari rahsia yg tersembunyi.
aku sunyi terkurung di sini.
entah s ampai bila lagi.
aku pun tak pasti
edy..
( Melaka, 23 Nov 2009)
Ketika aku bersendirian di dalam bilik hotel penginapan.
Monday, November 16, 2009
CATATAN BUAT UNGGU
Sunday, October 25, 2009
APA KHABAR PUTERI KU
masih ingat lagi agaknya
saat kita bertemu di perhentian KL
15 Tahun yang lalu
dalam hingar bingar kota batu
Kita saling tidak kenal mengenal
bersandar di dinding kurang sedepa
dalam riuhnya manusia kota
mundar mandir dengan teriak suara
Saat kita hanya tahu mengukir senyum
antara kau dan aku
Apa khabar puteri ku....
masih ingat lagi kah kita
punya destinasi yang sama
kau ingin pulang ke desa
aku pula ingin hadiri temuduga
Dari Bas yang sama kita mula bercerita
tentang itu dan ini
tentang kisah silam dan pengalaman kelam
tentang daifnya menjadi manusia
tentang sukarnya mencari bahagia
tentang hibanya ditinggal bapa
tentang seronoknya di alam sekolah
walaupun kenal kita di hentian bas cuma
Masih ingat kah lagi kah kita.....
tatkala kau menjadi pendengar yang setia
ketika aku mula membuka bicara
tentang rentetan hidup tanpa bonda yang menjaga
tentang hilang kasih sayang dari ayahnda yang tercinta ( saat permergian)
tentang kasih nenek yang menimangku ketika mula membuka mata
Masih ingatkah lagi kita..
bermula dengan pertemuan kita jalinkan hubungan
dari satu titik ke satu titik kita mekarkan kasih sayang
dari bunga harapan kita mula suburkan
Kita jalani saat indah bersama
dari pertemuan di hujung minggu
kita jalinkan menjadi cinta yang satu
kita sematkan janji berpadu
masih ingat lagi kah kita....
Dari Centre Market ke Daya Bumi
Kita susuri taman-taman di pinggir sungai Klang
Kita hiasi dengan senda dan gurau
jenaka-jenaka cinta
yang lahir dari hati-hati kita
hari ini aku mengenangnya kembali
Setelah 15 tahun hilangnya puteri hati
kita ditakdir untuk tidak bersama
walaupun kita hebat mengota janji cinta
kita akur pada ketentuan esa
menetapkan jodoh mu dengan si dia
- Zaidi
20 May 2009
Monday, September 28, 2009
percutian bulan ramadhan
ini la kereta kesayangan aku..tapi waktu ni aku bergambar masa kat penag...pulau Pangkor mana bleh bawa kereta...apa la lu..
Rasanya dah lama tak "update blog" asyik sibuk je...kali ni nak menulis pengalaman bercuti waktu bulan Ramadhan..saje je la..dah kaki berjalan..memang tak seronok kalau tak berjalan. nak ke Timur Tengah macam jejak rasul tu rasanya tak kesampaian. Sebenarnya memang memenatkan percutian di bulan Ramadhaan. Apa tidak nya nak makan tak boleh ..nak minum pun tak boleh...nanti batal puasa.
Pengembaraan saya bulan puasa ni adalah ke pulau Pangkor. Wow..tempatnya tetap cantik seperti dulu. Teluk Nipah tetap bersih. Tapi yang tak syoknya pengunjung tak ramai sebab bulan Ramadhan. Yang ada pun mat Salleh dan Minah Salleh yang sedang berjemur. Tapi aku tak tengok dia berjemur..nanti rugi pajhala puasa.
ni la warung tempat aku berbuka puasa..tepi laut beb..best..tenang...
Sampai di Pulau Pangkor sebenarnya dah agak lewat. sekitar jam 3.00 ptg. tapi rasanya masih lagi ada peluang untuk meninjau-ninjau di sekitar pulau pangkor sambil sambil menunggu waktu berbuka puasa. kali ni rasanya nak try berbuka kat Pulau Pangkor.
Sempat juga saya menyewa motorsikal untu tujuan menjelajah ke Pulau Pangkor. Wow..!! boleh tahan gak sewanya.. ingatkan bila bulan ramadhan ni sewa rendah tapi.. mahal gak..rm 25.00 gak untuk 4 jam sewa...
Destinasi pertama..mesti la yang paling hampir dulu iaitu di pantai Pasir Bogak..kat situ pun best bersantai..tengok bot dan merasai angin pantai...tenang sekali...kemudiannya aku meneruskan perjalanan ke Pantai Telok Nipah.. kat sana pun pengunjung tak ramai..yang ada pun mat salleh je.. so nak hilangkan boring aku lepak la ngan sorang mat salleh yang kebetulan tengah dok sorang-sorang..Aku mula la buat-buat tebal muka tegur dia..Cakap mat salleh aku hari tu..biru sekejap mata aku..
.jpg" border="0" />
Dari Teluk Nipah aku kemudiannya mengelilingi Pulau degan motorsikal dan melihat panorama yang indah di sepanjang pantai..puas..puas..masa berlalu dan waktu berbuka hampir tiba..apa lagi..cepat cepat aku gi cari kedai makan untuk tempah makan sambil berehat sambil menantikan azan maghrib
Tuesday, July 28, 2009
Hari ke dua di Kuching Sarawak
Amacam...Hendsome tak aku...kalau korang nak tahu aku sebenarnya lebih macho dari Micheal jackson semasa zaman mudanya dulu. ala..sewaktu dia belum buat pembedahan muka dula la...Micheal jackson lagi gelap dari aku..tapi aku ni..kira ok la gak...kalau setakat brad pitt tu..kira tolak tepi je lah...
Waktu ni aku aku kat atas jejantas di bandar satok..kebetulan ada minah Iban lalu...seksi gila...apa lagi..aku cuit la bahu dia ajak bergambar..tapi dia tak nak..jadi sebagai tidak mahu menghampakan aku dia tolong ambik gambar aku je..aku tanya dia pasal apa tak nak bergambar, dia cakap..pakwe dia 16 kali lebih hendsome dari aku..jadi ..aku ni memang tak layak la bergambar dengan dia..terima kasih je lah...
ini lah pemandangan Satok dari atas jejantas. dari bawah jejantas tak de la aku ambik..sebabnya..kat situ kereta lalu..kalau aku ambik gak gambar kat situ maknanya orag lain la pulak akan ambik gambar aku ttup ngan surat khabar..siap masuk surat khabar lagi
Lepas tu aku mulakan jejak ku ke Water Front. kat situ memang terkenal dengan barangan kraf dan kain batik Sarawak. memang cantik-cantik. tapi aku tak beli pun..aku bagi je orang lain beli. nanti kalau aku beli semuanya kesian lak dengan orang lain.
Ini pulak gambar aku kat water front...waktu ni tak silap jam di tangan aku dah pukul 2.00 petang. Cuaca memang panas. rasa cam nak terjun je dalam sungai kat belakang tu..tapi bila terkenangkan sang buaya sarawak terus aku lupakan niat suci ku itu. lagi pun aku nak hidup lagi. banyak lagi tempat aku nak jejak.
Amacam...Kan betul..confirm agnes Monica akan hubungi aku lepas ni bila terpandang jejaka tampan yang bersandar di tepi sungai di Water Front ini...tapi sorry la Agness Monica..aku tak suka minah Indon...kalau ko nak jugak..ko sediakan 10 dulang hati gajah dan 5 balang hati nyamuk...kalauu tak de gak ko sediakan 14 kilo paha kuman. tapi jangan bagi kuman yang bawa H1N1..yang tu aku tak nak pasal dah tercemar.
Monday, July 27, 2009
Lukisan yang aku lukis dalam pesawat
le tour de Sarawak
salah satu pemandangan gerai menjual pelbagai barangan dari Indonesia di Kg Sarikien.
Antara barangan yang dijual ialah Produk Kraftangan, baju dan seluar, kain batik, lukisan, kuih muih, dan macam-macam lagi ( hoi nak tahu lebih pegi la sendiri)
Ini pun sama gak. Kalau kita pergi depan lagi kita akan jumpa sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
"ak masuk Indonesia pakai la passport"
Wednesday, July 8, 2009
" Aku dibius Cinta"
Monday, July 6, 2009
Hasad Dengki- Amalan Melayu yang belum terhakis
Di dalam masyarakat Melayu mungkin kita sudah biasa dengan cerita " Dengki-mendengki". kadang-kadang apabila sebut Melayu kita akan terfikir tentang masyarakat yang cukup kuat menyimpan hasad dengki. Orang Melayu lebih suka menjaja cerita untuk menjatuhkan seseorang daripada menyembunyikan sesuatu yang mengaibkan seseorang. persoalan " dengki-mendengki ini bukan sahaja wujud dalam perniagaan, kerjaya, hubungan sosial tapi juga menular dalam gelanggang politik.
Teringat saya satu cerita ketika saya menghadiri kurus sewaktu ketika dulu. diceritakan oleh penceramah tentang beberapa ekor ketam yang berada di dalam dua balang kaca yang kedua-duanya tidak ditutup. dilabelkan balang itu dengan balang "A" dan satu lagi balang "B". Balang itu kemudiannya dibiarkan beberapa jam untuk melihat adakah ketam-ketam itu dapat keluar. setelah tamat tempoh didapati balang "A" sudah tidak ada ketam lagi dan balang "B" masih banyak ketam di dalamnya. lalu ditanya kenapa balang "B" masih banyak ketam. lalu diberitahu bahawa balang "B" adalah ketam Melayu dan balang "A" adalah ketam kaum lain. Ketam Melayu akan menarik kaki ketam yang mahu keluar sehingga tidak seekor pun dapat keluar manakala ketam pada balang "A" akan membantu satu sama lain bagi membolehkan semua keluar. Mungkin cerita ini hanyalah sekadar untuk dibuat perbandingan tapi yang jelas bagaimana sifat hasad dengki dan " Chah Keting" ini menjadi budaya yang terlalu sukar untuk dikikis dalam masyarakat melayu.
Dalam dunia kerjaya kita juga mungkin tak terlepas dengan budaya ini. Apu mengampu, bodek membodek dan buruk-memburuk orang lain telah menjadi rencah dalam dunia kerjaya. semuanya semata-mata untuk menyekat peluang orang lain untuk naik lebih tinggi. Budaya ini telah menghilangkan jati diri dan mengadaikan maruah serta prinsip dan berlawanan dengan etika kerja yang mmentingkan peluang sama rata dan ada juga yang sanggup bunuh-membunuh semata-mata untuk mencapai tujuan mereka. Kita seharusnya bersedia untuk menjadikan perlumbaan itu sebagai perlumbaan sihat. Pertandingan yang diwujudkan atas tiket keyakinan dan perkhidmatan yang berkesan akan menjadikan kita lebih dihormati dan diterima ramai. keadaan ini akan menjadikan pertandingan lebih bersih tanpa elemen-elemen negatif dan yang kalah akan menerima kekalahan secara terbuka dan yang menang akan meneruskan khidmat pada masyarakat secara lebih berkesan.
Filem Seniman Bujang lapuk arahan Tan Sri P. Ramlee sebenarnya sudahpun menzahirkan budaya ini. ]
Pelakon 1 : Singh..itu tiga orang apa mau?
Singh : Dia orang mau minta kerja la..
Pelakon 1 : Ini macam dia orang mau jadi filem star ka..
Singh : Lu pun satu laa...baru saja orang mau minta kerja..lu macam-macam cakap..apa macam lu punya bangsa mau maju..
Macamana lu punya bangsa mau maju! Lu punya nasib, lu makan.. Dia punya nasib, dia makan.. Apa salah makan sama-sama!
Dialog ini sebenarnya digambarkan dalam bentuk yang penuh dramatik dan mampu memberi kesan kepada mereka yang cuba memahaminya secara mendalam. Budaya dengki-mendengki ini akan mampu membunuh bangsa dan menjadikan bangsa lain lebih maju walaupun negeri yang dipijak ini adalah dari warisan nenek moyang Melayu.
Hidup Melayu bukan setakat di mulut. Hidup Melayu bukan sekadar menghunus keris. Hidup Melayu bukan setakat kuota dan keistemewaan, tapi hidup Melayu kerana semangat dan sikap yang ingin maju tanpa ada budaya dengki-mendengki. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". makan semeja tak akan susut rezeki. Pertimbangan yang rasional dan utuhkan kembali semangat setiakawan akan mampu menjadikan Melayu terus maju.
Fikir-fikirkan
Sunday, July 5, 2009
Siapa kita untuk bercinta???
Bila Cinta Didustai
Mungkin terlalu sukar untuk mentafsir bahasa ombak ketika menyapa pantai, tapi itulah realitinya dan itulah jua lambang sebuah kesetiaan. Dari hujung laut mataku masih lagi menyapa samar jingga terpalit indah. Camar-camar pulang melenggokkan sayap. ada berpasangan dan ada bergerombolan. terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata-kata dan itulah hebatnya ciptaan tuhan.
Masih aku ingat di sinilah kali pertama aku melihat cinta terpancar dari kata mula kalimah harapan dan janji bersama dikota. Batu-batu besar yang menghiasi pesisir pantai pernah menjadi saksi akur janji pasangan bercinta.
Ku capai ranting-ranting halus dalam samar jingga sambil menuturkan bahasa hati di dada pasir. " Kenangan cinta kita". Lantas ingatan ku berolak dan menyusur masa lampau saat kecapi kebahagiaan. Kenapa terlalu sukar untuk melupakan kisah yang berlalu. Apakah hadirnya telah menyelinap di setiap pelusuk saraf dan nadi. Aku cuba untuk mengusir kenangan silam jauh-jauh namun semakin kuat aku cuba melupakan semakin tenat aku merasa kesakitan. Di mana penawar dan di mana lagi harapan. Apakah aku sedang kecewa atau aku hanya bermain dengan jiwa yang meronta.
Senja kian berlabuh, deruan ombak dan pantai setia masih teguh mengota janji. Kadang aku terfikir, kenapa dia juga tidak seperti ombak yang memegang pada kesetiaan. Kenapa dia harus meninggalkan aku tanpa khabar berita dan membiarkan aku hilang diri lantaran tercampak dalam bius cinta.
Aku menyusur pesisir pantai sambil bermain-main dengan ombak. Dalam indah jingga terkadang aku menjadi cemburu pada camar-camar yang datang berpasangan. Bahagianya mereka.
Sesampai aku di kereta, rasa mengah mula terasa. mungkin sudah lama tidak bermain ombak. mungkin juga sudah lama aku tidak berada di pasir pantai. hari ini aku singgah untuk mengenang kembali saat manis di sini.
Aku membuka pintu kereta sambil menghidupkan enjin tiba-tiba satu suara menyapa telinga ku. " Encik, boleh minta tolong?" aku menoleh ke belakang dan melihat seorang gadis yang penuh tersalut lumpur dan kelihatan rambutnya juga terlekat kesan-kesan lumpur. Wajahnya dalam samar-samar cahaya kadang -kadang menggerunkan aku. wajahnya masih jelas ada keayuan walaupun nampak comot akibat palitan lumpur. Aku mula teringat pesan ibu ku supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja. katanya pada waktu ini banyak iblis berkeliaran. Aku terus menghilangkan ingatan ku kepada perkara yang bukan-bukan dan cuba menjawab pertanyaan gadis itu. " ye boleh, kenapa cik?". Gadis itu dengan perasaan malu-malu sambil mengesat muka dengan tangan. wajah ayunya mula terserlah. " saya tergelincir tadi dan jatuh ke dalam lopak, boleh tak hantarkan saya ke rumah? saya segan nak naik bas. lagipun badan saya dah dipenuhi dengan lumpur". Gadis itu memulakan bicara. Dalam hati aku mula tergelak sendirian. apa tidaknya bila melihat wajah gadis yang ayu tadi telah dipenuhi lumpur. baju kebaya merah yang dipakainya juga tidak lagi nampak seperti baju. rasa kasihan pun ada. aku mengambil sebotol air mineral besar dan menghulurkan padanya. " nah, ambil air ni dan basuhkan dulu kesan lumpur tu. nanti saya hantarkan." gadis itu terus mencapai air dari tangan aku dan menyiram sedikit demi sedikit pada baju kebaya merahnya. selebihnya pula digunakan untuk basuhkan rambut dan lapkan mukanya. Sepatah sahaja terkeluar dari bibirnya. " datang dengan apa tadi? aku cuba menghidupkan suasana dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. " tadi datang dengan bas". Kata gadis itu. Aku hanya mengangguk tanda faham.
Aku menyusuri jalan-jalan kampung. Warna jingga semakin malap dan suram. malam sudah mengambil tempat. Dari satu rumah ke satu rumah telah aku lewati. Jalan yang sempit dan dipagari pohon-pohon kelapa serta pokok renek. sesekali kereta aku menerjah lubang-lubang jalan dan sesekali juga penglihatan ku diganggu oleh lampu kereta lain yang berselisih. Warna-warna malam di kampung-kampung sememangnya indah. anak-anak kecil dengan bergalaskan beg alquran dan bersongkok berjalan anak ke tempat mengaji. Ada juga yang berbasikal dan ada yang bermain kejar mengejar. Teringat aku sewaktu kecil di kampung ku. Pada waktu itu lah aku juga akan pergi mengaji quran di rumah Hj. Mat. Rumahnya hanya selang 2 rumah sahaja dari rumah ku. Aku masih ingat ketika mana aku dihambat oleh ayam serati Mak cik Lijah ketika bermain-main di kawasan rumahnya. kenangan itu sungguh indah. " Perlahan sikit ye encik, dekat depan tu ada satu lorong dan nanti encik masuk ke kiri". Tiba-tiba lamunan aku terhenti apabila terdengar suara gadis itu menyuruh aku memperlahankan kenderaan.
Sesampainya di selekoh itu aku membelok ke kiri dan kelihatan di hadapan ku sebuah rumah rumah usang. Sangat usang. Atapnya yang separuhnya masih lagi berdaun nipah dan separuh lagi dengan zink buruk. Dindingnya juga sudah ada yang dimakan anai-anai. " inilah rumah saya encik, singgah la dulu, nanti saya panggilkan nenek saya." gadis itu membuka pintu kereta lalu turun dan terus memanggil neneknya. " nek, ooo nek," tiba-tiba seorang tua mencecah abad muncul di depan pintu. kedut dimukanya sudah cukup menggambarkan usia sebenarnya telah hampir 90 tahun. " siapa yang hantar kau ayu, ajak la dia masuk" perempuan tua itu menyuruh gadis itu supaya menjemput aku masuk.
Aku menjadi serba salah. aku melihat jam di tangan sudah pun hampir 8.30 malam. apakah aku perlu singgah untuk minum sambil bersembang dengan perempuan tuan itu atau aku akan mencari alasan untuk terus pulang. Dalam benak ku terlalu sukar untuk memberikan jawapan. Aku juga takut pada pandangan orang di situ andai aku terima pelawaan orang tua itu. Apa kata mereka nanti apabila ada orang luar berada di dalam rumah itu. " Tak pe lah nek, lagi pun dah malam ni, saya pun kena balik cepat. nanti risau pulak orang tua saya". Aku memberanikan diri memberi alasan walaupun pada hakikatnya, ke mana aku pergi tidak pernah diambil kisah oleh orang tua aku. " terima kasih ye encik sebab susah-susah hantar ayu". Suara lembut terkeluar dari mulut ayu. Aku hanya tersenyum sambil membalas senyuman ayu. Dari senyuman ayu jelas tergambar bahawa gadis itu punyai kelembutan yang tersendiri. Matanya yang merenung ke mata ku telah melemaskan aku dan dengan cepat aku mengalih pandangan. Aku meminta diri untuk segera pulang.
Bersama deruan enjin kereta aku meyusur perlahan-lahan meninggalkan rumah ayu. masih jelas dari cermin pandang belakang kereta aku ayu masih belum berganjak dari tempat itu sambil melihat dari jauh sehingga lah penglihatan dihalang oleh pokok rambutan yang berada di hadapan rumah jirannya. Dari simpang jalan pertama dari rumah ayu, kelihatan anak-anak kecil bermain kejar-mengejar. Ada yang sdang memegang ranting kayu sambil melukis di atas tanah dan ada yang berjengket-jengket bermain "teng-teng". Seperti ada pesta sukan rakyat. Damainya kampung ini. Meriahnya kampung ini. Tenangnya kampung ini. Dari satu simpang ke satu simpang aku menyusur sambil melihat suasana malam sehingga lah aku sampai ke jalan besar dan melajukan kenderaan agar cepat sampai ke rumah.
Dalam perjalanan ingatanku tiba-tiba dihuni oleh wajah gadis itu. Senyumannya mula terpancar dalam benak fikiran ku. Suara lembutnya ketika mengucapkan terima kasih mula terngiang ditelinga ku. Aku cuba mengalih ingatan dengan membuka radio era. rangkaian kegemaran ku.
Dari kejauhan malam, cengkerik dan suara-suara malam mula mengambil tempat. Sesekali terdengar bunyi deruan kereta dari arah tingkap. Rumahku yang berada di pinggir jalan sememangnya selalu diganggu oleh deruan enjin. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana aku telah pun biasa dengan keadaan begini. Di sinilah aku dilahirkan, dibesarkan dan disekolahkan. Setelah dewasa di sini juga aku mencari ketenangan untuk melepaskan rindu pada keluarga walaupun aku terpaksa berkerja di Bandar. Entah mengapa malam ini terlalu sukar untuk aku melelapkan mata. Ingatan ku masih lagi dibayangi cerita-cerita tadi. saat aku di pantai, saat aku disapa, saat ku terjumpa dengan gadis yang bersalut lumpur, saat aku menghantarnya pulang dan saat aku melihat senyumannya ketika hendak pulang. kadang aku tersenyum sendiri. Aku tak tahu apa yang menggelikan hati.
Suara kokokan ayam jantan Mak Limah mengejutkan aku dari tidur. Kemudiannya seekor demi seekor ayam jantung kampung sahut menyahut memecah bening pagi. Sesekali Ayam jantan hj. Bakar sebelah rumah menyambut kokokan. Kalau di bandar hanya deruan motokar dari pekerja-pekerja serta peniaga -peniaga yang keluar pagi sahaja dijadikan isyarat tibanya waktu pagi. Di kampung terlalu unik. Tuhan amanahkan ayam-ayam ini sebagai jam loceng kepada manusia. Aku menggeliatkan badan. sesekali memusingkan badan ke kiri dan ke kanan. itulah tabiat aku apabila mahu bangun dari tidur. Aku tahu cara ini akan dapat merenggangkan urat-urat belikatku. Mataku sememangnya terlalu berat untuk dibuka. malam tadi aku tidur lewat. Aku gagahi jua ke bilik air untuk mandi. aku lihat diruang dapur sudah terpasang lampu dapur. Aku tahu nenek ku sudah pun bangun. itulah rutinnya setiap pagi dari sebelum arwah datuk ku pergi meghadap ilahi lagi. Masih aku ingat ketika arwah datuk ku masih ada. dia pasti sudah pun berada di surau untuk melaungkan azan. Suara azannya sudah dikenali. siapa yang tak kenal dengan bilal Mansor. laungan azannya memukau di keheningan pagi dengan suaranya yang lunak. Aku pula tidak mewarisi bakatnya.
"Kau tak pergi ke surau Man? cepat sikit sekejap lagi azan" Suara nenek tiba-tiba terdengar dari dapur. " Nak pegi la ni nek, tengah bersiap. Aku menjawab dari pertanyaan nenek dari dalam bilik. Aku cepat-cepat menyarungkan kain pelikat dan memakai baju Melayu dan mencapai kupiah peninggalan atuk yang sudah usang di atas rak kain. Kupiah inilah yag selalu dipakai oleh atuk. Atuk ada banyak kupiah tetapi kupiah inilah yag kerap di pakai. sayang benar arwah atuk dengan kupiah ini. Kupiah ini adalah pemberian Hj. Mat ketika pulang dari Mekah. Sekarang ini cuma tinggal kupiah sebagai kenangan.
Dari samar cahaya dan dinginnya bening pagi aku menyusuri laluan ke surau yang jaraknya selang 3 buah rumah. Dulu waktu kanak-kanak aku selalu bermain sorok-sorok di kawasan ini. masih aku ingat saat aku dihambat oleh arwah atuk sebab ponteng megaji quran. sampai rumah pula aku disebat dengan rotan. begitulah tegasnya atuk aku.
Burung-burung pagi sudah melebarkan sayapnya dari celah pokok rambutan. Ada yang bertenggek dan ada yag melompat-lompat. Nyanyian pagi dilagukan. kicauan mula memecah alam. Dari sarang pula ditinggalkan anak kelaparan dan senja nanti akan pulang membawa makanan. itulah kitarannya. Suria pagi sudah mula menjengak alam. Cahaya matahari sudah menyerakkan sinar dari celah-celah pokok pisang dan belukar. Dari tingkap rumah ku jernihkan mata meneroka indahya suasanan pagi di kampung. " Mari minum dulu Man. nanti sejuk pulak kopi ni" nenek nak ke pasar kejap" . baiklah nek. kejap lagi Man minum.
Aku melihat nenek mengilit raga kosong dan diletakkan di atas pangkin. Usia nenek sekarang sudah mencecah 62 tahun tapi masih kuat. Nenek tak pernah duduk diam ketika berada di rumah. Ada sahaja kerja yang akan dilakukan. Wajah nenek yang berkedut sesekali mengingatkan aku di saat hari tua nanti. beginilah agaknya. mengelamun aku sendirian. Dari Bawah rumah nenek bukakan kunci basikal yang diikat dengan rantai. nenek selalu menjaga keselamatan basikalnya. kata nenek, dekat kampung ni banyak budak-budak nakal yang curi basikal. minggu lepas basikan anak Alang Johar juga hilang. Kesian budak tu nak ke sekolah dah tak ada kenderaan. Dengan kudrat tua yang masih mampu nenek mengikat raga kosong di belakang basikal dan sesekali membetulkan anak tudungnya. Nenek sebenarnya seorang yang pandai bergaya juga walaupun sudah tua. Nenek menolak basikal untuk sampai ke jalan besar yang kurang 3 meter dari rumah. sesekali didongak ke langit melihat matahari pagi dan sesekali jua di pandang terus ke hadapan. Nenek memulakan kayuhan dengan raga terikat dibelakang basikal. Dari jendela aku melihat aksi nenek sehinggalah hilang dari pandangan.
Aku sudah merasa kesunyian. Dulu sewaktu ayah dan ibuku ada, aku selalu duduk bersama sambil bantu ayahku kopek kelapa. Ibuku pula tak henti-henti membuat kerja rumah sambil dibantu nenek. Atuk pula sibuk dengan ayamnya direban dan tanaman pisangnya di belakang rumah. Tapi itu dulu, sewaktu mereka masih ada. Sekarang ini ayah dan ibuku sudah tiada kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Tak dapat aku bayangkan bagaimana kali pertama aku mendengar berita malang itu. aku tak dapat menahan kesedihan apatah lagi aku tiada adik beradik lain dan yang ada hanyalah mereka. Ayah dan ibuku terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari kenduri anak Pak Usu. Selang beberapa bulan Atuk aku pula dipanggil ilahi akibat serangan jantung. Tinggallah nenek untuk aku menumpang kasih.
...bersambung...habis idea... Alahai..bila nak habis ni...mana Ayu ni..tak muncul-muncul lagi..sabar ye
kepada pembaca..harap sabar ye..mungkin ada ejaan tu masih tak betul lagi..sebab tak buat semakan lagi...cerita pun belum habis ..nanti sambung.....bila free dan bila idea dah ada...
Friday, July 3, 2009
"Aku Dalam Dilema"
Apa situasi sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan satu dilema yang memenatkan diri. Ramai orang percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya dan ramai juga percaya kadang-kadang setiap penyelesaian itu memerlukan satu pertimbangan yang rumit.
Seorang yang sudah pun mempunyai pasangan hidup(kekasih) dan secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang teman. Perhubungannya yang bermula sebagai seorang sahabat biasa akhirnya membuahkan perasaan sayang sedangkan pada waktu yang sama dia juga mempunyai kekasih hati yang sentiasa mengambil berat. Sahabatnya pula seorang yang penyayang dan juga tidak pernah putus asa dalam mendekati hati dan perasaan walaupun atas tiket kawan biasa. Hubungan yang berterusan ini menyebabkan terjalinnya satu hubungan perasaan yang tidak dirancang.
maka bermulalah satu situasi yang memenatkan dirinya apabila wujudnya dua hati dalam satu jiwa. Yang dikendong punyai ciri yang menyenangkan dan dipimpin pula ada jiwa yang santun dan sabar. Konteks hubungan dua jiwa satu hati ini menyebabkan wujudnya kekeliruan dalam dirinya dalam membuat keputusan. Kesilapan dalam membuat keputusan akan mengundang penyesalan.
Mengikut sesetengah pengkaji kekeliruan ini timbul apabila adanya kesamaan dalam pola hubungan perasaan dan ciri-ciri yang ada. Kriteria tuntutan hati dan keperluan jiwa semuanya terkandung antara kedua-dua ini. Kekeliruan ini juga akan mengundang rasa tidak tenteram dalam membuat keputusan.
Apa pun keadaannya, perlu ada satu sahaja keputusan. Sememangnya apabila dilihat secara mendalam dan diperhalusi satu persatu sudah pasti akan ditemui salah seorang darinya adalah yang terbaik dan memenuhi citarasa dan keperluan masa hadapan. Dalam membuat keputusan kita tidak boleh melihat hanya pada konteks luaran sahaja. Pengamatan terhadap ciri-ciri dan kepentingan terhadap masyrakat juga perlu diambil kira.
Cuba ambik satu kertas, senaraikan kebaikan pasangan anda yang A dan senaraikan pula kebaikan pasangan anda yang B. Senaraikan seberapa banyak kebaikan yang ada pada pasangan anda dari sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya. Setelah selesai, senaraikan pula keburukan mereka pula dari sekecil-kecil keburukan sehinggalah sebesar-besar keburukan. Buat padanan dengan mengambil kira keperluan diri kita dan kerluan keluarga serta masyarakat setempat.
hasil dari dapatan ini buat satu kesimpulan. Saya percaya sedikit sebanyak kebuntuan dalam memecahkan kekeliruan akan terungkai. Setelah terhasil maka kita tidal lagi berada dalam dilema.
Fikir-fikirkan
-zaidi
3 Julai 2009
Thursday, July 2, 2009
Le Tour De kedah- hari ke tiga
Ini lah hotel tempat saya menginap...tak mahal pun cuma RM60.00 sahaja untuk satu malam. Hotel ni betul-betul di persimpangan jalan antara Baling ke Grik ( jalan baru).
Jambatan atas pokok yang menjadi tarikan pengunjung untuk melihat secara dekat flora dan fauna di kawasan hutan simpan sungai Sedim.
Monday, June 29, 2009
Le Tour De Kedah
mana larat nak balun semuanya.
Awal cuti destinasi pertam ke kolam air pans Ulu Lengong. Wow...memang cantik tempatnya. Tempatnya bersih dan sesuai kalau sapa-sapa yang berminat untuk menghabiskan cuti di sana. Kat sana saya menginap untuk satu malam. Sewa rumah penginapan pun tak mahal. RM50.00 je. Murah..!!! Murah..!!!. tempat pun selesa. Ada TV dan kipas angin. Menjelang tengah malam saya pergi berendan dalam kolam air panas. memang syok. Lagipun di sana pengunjung biasanya akan datang pada sebelah malam.
Pemandangan yang indah di kolam air panas ulu lenggong Baling Kedah. Memang cantik tempat ni. rugi kalau tak pergi. sebenarnya waktu yang sesuai kalau nak datang adalah selepas tengah malam. Waktu tu berendam dalam air pun best gak. Kalau minat nak berkhemah pun boleh. kala tak siap kita cuma perlu bayar tapak RM5.00 je. Boleh bawa khemah sendiri
Destinasi seterusnya bagi hari kedua cuti ialah di Lata Biru. Wow..sini pun memang best gak..apa tidaknya, apabila dikelilingi dengan hutan hujan tropika. Mengalir dibawahnya air yang tak putus. mak oii..sejuk betul...belum mandi dah rasa sejuk..camana ni..tak payah mandi la..tapi hari tu saya mandi gak sebab dah tengahari..nanti badan bau kambing lak...
Tempat ini cukup cantik dan menarik dan sesuai kalau yang dah berkeluarga nak bawa keluarga dan yang bujang nak bawa makwe..tapi jangan la asyik dok celah batu je..bahaya tu...nanti menimbulkan syak.
Bagi yang sukakan alam semula jadi memang sesuai. Yang suka melukis pemandagan juga lagi la sesuai..semua sesuai lah orang kata...
Pemandangan air terjun lata Biru Kedah
Amacam...haa...kan dah cakap tadi..memang cantik la...tengok air terjun tu..siap boleh main gelongsor lagi tu..bagi yang berani dan nak tempah maut ..boleh la cuba nasib menggelongsor dari atas bukit tu ke bawah mengikut arus air tu
Thursday, May 28, 2009
Aku Mula Merindu
Saraf saraf ku sakit
jasad dan nadi ku membingit
salur salur darah bergetar
diredah rindu yang menggegar
Aku mula merindu
Denyut jantung jadi pantas
aku jadi gagap
gema cinta bertebaran
memenuhi setiap ruang yang lapang
dalam limpa, jantung dan di setiap dasar
aku jadi sasar
aku mula merindu
dari waktu-waktu yang penuh pilu
tanpa salam dan pesan
tanpa ada lagi perkhabaran
dan yang tinggal
hanyalah aku dan rinduku sendirian
-zaidi
28 May 2009
Menyintaimu
bertarung dalam rongga yang sakit
jiwa yang rintih
menyintaimu..adalah satu keperitan
menggalas hiba seluruh kebatinan
menyintaimu adalah ujian kesabaran
lantaran menebalnya rasa sayang
menyintaimu adalah rungkaian kerinduan
tanpa kesal dan sesal
tanpa jemu dan ragu
walau nanti akhir cinta
aku tetap reda
andai dirimu bukan milik ku jua
edyxray