Danok bukan sahaja terkenal dengan pusat hiburan tapi terdapat juga tarikan baru yang sesuai untuk bawa keluarga dan anak anak. terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Danok. Paling best kalau pergi waktu malam. Untuk memasuki kawasan ini tiada bayaran dikenakan. Antara yang menjadi tarikan di kawasan ini adalah Taman Panda, Replika catur, bot, naga, penyu dan banayak lagi. Terdapat juga pekan koboi, taman air, Food street, gelanggang memanah, Medan pin ball, Happy Farm, food Mall, Cafee, kedai cenderamata, Taman Dinasour, Persembahan kebudayaan, ATV dan banyak lagi.
Taman Panda
Taman Panda yang mempunyai keluasan sekita 100 meter persegi menempatkan beberapa ekor Panda replika dengan pelbagai aksi. berada di atas rumput carpet dan dihiasi dengan lampu lampu LED yang pelbagai warna menjadikan kawasan ini tempat sesuai untuk bergambar. Replika panda yang dibuat khas memaparkan replika ibu, anak dan beberapa kumpulan panda dari China. masuk percuma.
bergambar bersama panda replika.
REPLIKA BERLAMPU
Beberapa replika berlampu juga di bina di sini untuk menarik pelancong bertandang ke sini. Antaranya ialah replika penyu besar, kura kura, Anak anjing comel, Naga, rumah, perahu layar, teko, orang orang catur gergasi dan banyak lagi.
Anda boleh bergambar di sini.
Replika pintu gerbang
cahaya Led mewarnai seluruh kawasan ini.
Bergambar di hadapan replika anak anjing ( puppy)
yang diperbuat dengan menggunakan kertas
Taman Dinasour
Taman Dinasour berada di atas sekali atau di pintu masuk laluan sebelah utara. terdapat beberapa ekor dinasour yang di buat menyerupai dinasour sebenar dari segi saiz dan bentuk. unuk memasuki tempat ini anda perlu membayar Rm30.00
Penari kebudayaan chiang Mai sedang membuat
persembahan di hadapan pintu masuk taman Dinasour.
Tempat Naik Kuda ( ala koboi )
Antara yang menarik lagi adalah tempat menunggang kuda ala ala koboi. anda akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih di sana. di sini baunya tidak begiyu menyenangkan kerana berbau kuda.
MENUNGGANG ATV
bagi yang meminati sukan ATV. anda boleh menyewanya dengan harga berpatutan. disediakan track untuk ATV. Track yang mencabar dan menyeronokkan sudah pasti akan memberi kepuasan kepa pengunjung.
Medan paintball
Bagi yang gemar berperang atau suka aktivit di medan tempur. anda boleh mencuba permainan pinball. gelanggan yang luas dan disediakan kemudahan yang sesuai. bayaran boleh rujuk dikaunter.
HAPPY FARM
Sebuah ladang mini yang berbentuk ladang sebenar untuk kanak kanak. di wujudkan untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang dunia pertanian. di situ juga terdapat orang orang gergasi yang di gunakan ala ala untuk menghalau burung makan padi. terdapat beberapa jenis tanaman sara hidup di tanam di situ.
Gelanggang memanah
bagi yang suka memanah. anda boleh berkunjung ke gelanggang memanah. cari sasaran anda dan kumpul skor anda.
Gerai cenderamata.
terdapat gerai cenderamata yang menjual produk kraf dan kerja tangan masyarakat peribumi Kgen Chiang Mail. Antara barang barang yang dijual adalah kain songket yang dihasilkan melalui kerja tangan, gelang, topi, dan banyak lagi.
Food street
Food street yang berada di hadapan taman permainan kanak kanak menyediakan pelbagai jenis makanan dan halal. rata rata yang menjualnya adalah muslim.
Banyak lagi sebenarnya yang menarik di Danok ini yang mungkin anda terlepas pandang. semoga apa yang dikongsikan ini menjadi panduan untuk anda.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan