part 1...
8 November 2013
Aku memulakan langkah aku bermula dari Stesen Taiping. Jam 12.40 tengah malam sudah kelihatan penumpang penumpang sedang menunggu keretapi untuk ke KL.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah stesen keretapi Taiping. Stesen Taiping yang dibina pada tahun 1882 di atas di mana Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama pada ketika ini.
Di antara 1890-an ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen aliran landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB memadamkan aliran rel pada 1980-an.
Ia merupakan stesen keratapi pertama yang menghubungkan Taiping dan port weld di bina bagi memudahkan mengangkut biji timah.
Perjalanan yang dijadualkan pada jam 1.11 pagi akan mengambil masa 6 jam untuk tiba di Kl Sentral. Kerusi menunggu telah pun dipenuhi orang ramai.
Jam 6.50 pagi...9 December...KL Sentral
Train terlewat 20 minit dari yang dijadualkan. aku selamat tiba di KL Sentral. bergegas ke Surau untuk solat subuh. Agak ramai juga penumpang pagi ni. mungkin musim cuti. ramai yang ingin bercuti.
Selesai solat aku terus ke Meals Station yang terletak di ground floor KL sentral. Aku pesan nasi lemak dan teh o ais. Harga boleh tahan. bersesuaian dengan servis yang disediakan. itu semua tak kisah yang penting makanannya sedap walaupun kandungan kalori dalam setiap hidangan nasi lemak dianggarkan 450 hingga 500 kalori yang memerlukan anda berlari selama 90 minit untuk membakarnya sebelum i bertukar jadi lemak.
JAM 9.40 pagi...Lokasi LCCT....
Perjalanan ke LCCT mengambil masa sekitar 1 jam dengan menggunakan bas serta tambang RM 10.00. Kalau tak silap aku dulu tambangnya cuma Rm8.00 sahaja tapi sejak bila pulak dah naik RM 10.00. Aku tiba di LCcT sekitar jam 9.40 pagi dan ada 20 minit lagi untuk aku check in dan dapatkan boarding Pas.
Macam biasa lah siasana di LCCt ni penuh dengan pelbagai bangsa dari pelbagai tujuan dan destinasi. itu sudah perkara biasa di mana mana lapangan terbang pun. Mungkin rasa bosan sedikit sebab aku keseorangan tapi kadangkala ada kepuasannya pula sebab tak perlu terikat dengan jadual orang lain
orang ramai sedang mendaftar masuk
Jam 3.00 petang...Lapangan terbang Jogjakarta...
Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam lebih..kini aku sudah tiba di Lapangan terbang jogjakarta. Airportnya kecil berbanding dengan LcCT. pegawai di sini penuh sopan. mungkin inilah budaya jogjakarta. Masyarakatnya lembut dan berhemah. Aku terus dapatkan teksi yang berdaftar. Tariff ke hotel 110 ribu rupiah. Pemandunya juga peramah. Di sini tidak ditemui teksi haram. yang ada semua berdaftar. Berbanding di bandung dulu aku awal awal lagi dah kena tipu. Membayar dengan harga yang tak sepatutnya kerana mengambil teksi haram.
Perjalanan dari Airport ke hotel penginapan iaitu di Malioborro Inn sekitar 30 minit. Bandar Jogjakarta yang sungguh tenang dan tidak sibuk. di kiri dan kanan penuh dengan deretan kedai yang kebanyakkannya menjual batik. Paling banyak di sini ialah beca dan kereta kuda..khususnya di Malioboro. Naik beca di sini cuma 10 ribu rupiah atau sekitar 3.00 sahaja. kesian juga dengan yang membawa beca. berkayuh penat penat cuma dapat rm3.00. tapi itu lah rezekinya. Alhamdulillah cukup untuk sara hidup mereka.
setelah check in, aku berehat sebentar di bilik hotel. Tarif Hotel di malioboro inn 500 ribu atau rm 138.00. biliknya agak selesa yang penting ada wifi. Sebelah malam aku berjalan jalan di malioboro inn. cukup meriah dan ada pelbagai gelagat manusia. ada yang bermain muzik. kat sini jarang aku temui pengamin. tidak seperti di Bandung dulu. Kalau ada pun di sini cuma yang tua tua. yang sememangnya layak dibantu.
Baju t shirt yang bercetak dan baju batik cukup banyak dan murah murah. Kalau sesiapa yang memang suka shooping rasanya inilah tempatnya. Aku sememangnya tak suka shooping dan tak berminat untuk shooping langsung.
Hari kedua..Jam 10 pagi...10 December 2013
Seperti biasa untuk pagi pagi ini aku kena bersarapan dulu. Perut aku tak boleh kosong. aku kena check out hari ini kerana untuk destinasi di malioboro cuma untuk satu hari sahaja. Selepas ini aku kena cari hotel lain dan destinasi yang lain. Pagi ini sarapan aku ialah roti bakar bersalut mentega. tanpa nasi lemak dan roti canai yang selalu aku makan. sebab tu kolestrol dalam darah aku dah meninggi.
div class="separator"style="clear: both; text-align: center;">
Sunday, December 8, 2013
Kembara ku ke Jogjakarta
Jam 10.30 pagi...10 December 2013
Lokasi : Sekitar Malioboro..
Menyelinap di setiap pelusuk lorong lorong dan laluan orang ramai. Melihat orang ramai berjualan. Kali ini aku menggunakan khidmat beca. Harga cukup murah. Pusing pusing Malioboro baru cuma 20 ribu atau sekitar Rm6.00. Dari atas beca aku sempat merakamkan beberapa keping gambar. Kereta kuda, antara kenderaan umum tapi aku belum berkesempatan untuk naik. Kos hidup di jogja cukup murah. Makan murah. pengangkutan murah. Di sini masyarakatnya cukup baik.
Aku bersama abang beca menuju ke Kraton. Lokasi yang menjadi daya tarikan jogja dan sebagai tempat wisata. Tiket masuk cuma 12 ribu 500 rupiah atau sekitar rm5.00. Murah kan. Kalau kat Kl paling tidak pun 12.00.
Jam 12.30 tengahari...lokasi.: Sekitar Kraton
Aku ditawarkan beca dengan harga tarif 20 ribu rupiah. rasanya sekitar rm6.00. Bukan setakat di bawa mengelilingi kawasan kraton tapi juga beliau menjadi pemandu pelancong dan telah membawa aku ke beberapa tempat kraftangan khususnya kraftangan batik, tempat menghasilkan wayang kulit dan tempat tempat lukisan cat minyak serta lukisan batik.
Aku singgah di beberapa lokasi bersejarah antaranya pohon beringin yang di katakan keramat. Ada dua pohon beringin yang agak besar dan di pagari dengan pagar batu.
Dari sini juga aku melawat tempat mandi puteri. Banyak juga cerita yang aku dapat kat situ.
tempatnya agak besar kerana di bahagian dalam ada kolam renang. tapi untuk ke dalam perlu ada pemandu pelancong. untuk memudahkan kita faham jalan cerita. Di sini pekerjaan sebagai pemandu pelancong juga cukup berbaloi sekiranya ramai pelancong yang datang.
Dari dalam kraton pula hanyalah rumah rumah dan juga kesan kesan sejarah yang aku sendiri tak faham jalan ceritanya kerana waktu kat dalam tidak ada pemandu pelancong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete