PART 2
TARIKH.. 10 DECEMBER 2013
Aku tiba di parambanan sekitar jam 4.00 petang. perjalanan mengambil masa 40 minit dari jogjakarta dengan menggunakan trans jogja. Trans jogja merupakan perkhidmatan Bas dalam bandar. Tambang ke Parambanan cuma 3 ribu sahaja. murahkan. Kalau nak teksi hampir 400 ribu.
Parambanan hanyalah pekan kecil yang berada diluar jogja. pekannya kecil sangat. hanya terdapat beberapa deretan kedai. di sepanjang jalan menuju ke candi parambanan pula terdapat beberapa hotel murah. dan aku sememangnya bercadang untuk tidur di sini
Pekan kecil Parambanan di dalam daerah Klaten Jawa tengah
setibanya aku di Parambanan aku dipelawa untuk naik ojek iaitu motor. Aku sebenarnya bercadang untuk jalan kaki saja tapi oleh kerana berat sangat bebanan yang aku pikul atas bahu ni , aku buat keputusan untuk menggunakan khidmat motor dengan tambang 20 ribu rupiah. tukang ojek tu telah bawa aku hingga sampai ke dalam kawasan parambanan dan terus aku dapatkan tiket dikaunter kerana hari semakin lewat.
Ojek menjadi sebahagian daripada pengangkutan di sana. pemandangan di pekan Parambanan menghala ke Candi
Tiket masuk cuma 30 ribu rupiah atau 9.00 sahaja. Aku sempat ,engambil beberapa keping gambar di sekitar parambanan.Aku berada di sini tak lama kerana hari semakin gelap dan cuaca pula nampak mendung. pelancong dari dalam dan luar negara juga sedang asyik bergambar untuk buat kenang kenangan. kawasan prabanan ini cukup luas dan di penuhi dengan rumput yang hijau dan dijaga rapi. selain dari candi ada juga tempat ternakan rusa., taman permainan kanak kanak serta arca arca yang dibina.
Papan tanda yang tertulis Prambanan dengan dikelilingi lanskap yang hijau.
Candi Parambanan dari jauh.
Selesai aku mengambil gambar di situ aku kemudiannya singgah ke gerai untuk minum air kelapa segar dan makan maggie. itu je yang mampu aku makan kerana aku terpaksa menyesuaikan diri dengan makanan di sini. harga makanan di sini cuma 16 ribu termasuk air kelapa segar. aku kira cukup murah kalau nak dibandingkan di Malaysia.
Setelah segalanya terlaksana, aku meneruskan perjalanan aku untuk mencari hotel penginapan. Akhirnya aku temui hotel dengan harga 150 ribu atau sekitar 45.00 tanpa penghawa dingin dan TV. aku tak perlu semua tu yang penting aku ada ipad dan kipas angin.
aku dapat bilik hujung sekali, berbaloi dengan harganya yang murah. sebelah bilik aku kosong dan sebelah lagi dihuni oleh warga switzealand. beliau dalam perjalanan solo menggunakan motor berkuasa tinggi BMW. aku sempat berborak dengannya. bahasa inggerisnya simple jadi mudah aku faham. Aku percaya dia juga faham bahasa inggeris aku walaupun aku cakap tergagap gagap.
Ada sesuatu yang pelik pada bilik sebelah aku. Walaupun tidak dihuni tapi setiap kali aku dengar sahaja ada orang. selang 30 minit mesti ada orang lain pula yang masuk. Aku cuba dapatkan maklumat dari staff hotel tu. rupanya bilik itu di sewa untuk mereka yang mahu menempiaskan nafsu dengan pelacur. patut la yang datang perempuan yang seksi seksi. Bilik itu akan dibayar sebanyak 20 ribu untuk sekali perkhidmatan. Itulah dunia di parambanan ini. rupanya aktiviti pelacuran berlaku di sini.
waktu malam di Parambanan sungguh sepi. hanya beberapa kedai yang masih berurusan sampai lewat malam. Waktu yang sepi ini rupanya dihiasi dengan aktiviti tak bermoral oleh mereka yang digelar pelacur.
Malam makin lewat. Mata kian mengantuk. aku lepaskan lena ku di katil yang tak bercadar.
11 December 2013...Jam 10 pagi
Lena ku boleh tahan. mungkin agak kepenatan semalam. hari ini aku terpaksa check out. kerana aku hanya bermalam untuk satu malam sahaja. Aku menyiapkan segala kelengkapan aku .
Setelah menyerahkan kunci bilik aku ke kedai nasi padang untuk sarapan pagi. Hanya ini sahaja yang boleh aku telan iaitu nasi putih sedikit kuah kari ayam dan ayam bakar. Harga sarapan pagi aku kali ini 12 ribu rupiah berserta teh ais. murahkan.
Jam sudah pukul 11.00 pagi. aku perlu tinggalkan parambanan dengan kenangan. Aku bercadang untuk ke pantai parangtritis tetapi aku dimaklumkan bahawa jaraknya terlalu jauh dan terpaksa menggunakan dua bas. Jadi aku batalkan dan aku hanya meneruskan perjalanan ke malioboro dengan menggunakan trans jogja.
sepanjang jalan yang berhampiran dengan Malioboro
Di Malioboro aku menyewa hotel raja dani. harga cuma 200 ribu. biliknya agak luas dan bersih. Aku hanya menghabiskan masa di dalam bilik kerana kehabisan wang. Kad Bsn aku tak dapat digunakan kerana aku tidak memaklumkan untuk ke luar negara. aku jadi panik seketika. aku terpaksa meminta bantuan dari Malysia untuk memasukkan duit ke bank lain yang boleh diaktifkan serta merta. Alhamdulillah berjalan lancar.
Bilik penginapanku di hotel rajadani
Malam terakhir di Jogjakarta aku hanya banyak menghabiskan masa di sekitar Malioboro sambil melihat barangan cenderamata dan baju. Kelihatan juga pemuzik jalanan sedang mendendangkan lagu sambil memetik gitar di hadapan warung lesehan. Memang berbakat dan suaranya sedap. Aku secara jujurnya tak suka shooping kerana tak mau bawa barang banyak. aku cuma membeli baju sehelai dan cenderamata yang berbentuk keychain yang tertera nama Jogja untuk kenangan pulang Ke Malaysia.
12 December 2013.
Jam 12.00 Tengahari.
Aku check out dari hotel pada jam 12.00 tengahari. Ku tinggalkan Jogjakarta dengan seribu kenangan dan pengalaman. Penerbangan ku ke Kuala Lumpur dijangka pada jam 2.00 petang.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan