Sesekali berfikir tentang alam, unik dan tersendiri. setiap gerak dan lenggoknya ada menafaat untuk manusia. Aku lihat sawah padi. Hamparannya cukup damai. Dari hijaunya sampailah waktu kuningnya. Aku terpesona sesekali berada di Sungai Manik. Melihat dari jauh hijaunya hamparan sawah padi. Ada hasil yang akan dituai nanti. Anak anak berlari di petang hening sambil tangan memegang ranting kayu. sesekali dihiasi dengan gelak tawa kecil tanda keriangan. Si bapa memegang baja. dalam dirinya penuh pengharapan agar padinya menjadi musim ini.
Sesekali jua aku ke tepi pantai. tak jauh dengan tempat aku. di Teluk Batik. Ada batu batu basah dihempas ombak. bayu bayu lembut menyapa pengunjung pantai. Kanak kanak riang bermain air. si kecil leka mengorek pasir sambil berlari lari anak. Indahnya pantai ciptaan tuhan. Pasirnya yang putih. Kerikilnya memberi makna dan ilham pada pemuisi. Ombak dan pantai saling bertautan. tanda setianya tak pernah padam. tak seperti manusia. sering hilang setianya. sering lupa janjinya.
Sesekali aku ke Lata Kijang. lihat hijaunya alam. bunyi air yang terjun dari atas, menghempas batu batu keras. sudah berabad ia begitu. namun akrabnya tak pernah pudar. sesekali aku dihiburkan bunyi sang burung. riuh menyanyikan lagu lagu alam. nun di belantara sana. Allah jadikan Burung cukup indah. penuh warna. setiap bulunya, paruhnya. jadi penghias alam. misteri sungguh kejadian Alam. untuk kita sama sama fikirkan. betapa hebatnya kebesaran tuhan.
zaidi
Taiping Central
7 December 2013
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan