Thursday, December 26, 2013

Negeri Sembilan negeri Adat. Kembara ku selama 4 hari.

Percutian ku yang terakhir sempena musim cuti ini adalah negeri Sembilan. Aku percaya ramai yang pernah sampai ke Negeri Sembilan dan ada juga yang belum pernah sampai ke sana. Bagi yang masih belum kenal lagi Negeri Sembilan, di sini aku cedok sedikit maklumat tentang Negeri Sembilan dari wikipedia.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan dengan :

Selangor di utara;
Pahang di timur;
Johor di tenggara;
Melaka di selatan; dan
Selat Melaka di barat.




Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelei, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.

Selanjutnya sebagai pemersatu masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)

Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)

Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah.

Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.





untuk aku mengembara semua kawasan di Negeri Sembilan rasanya belum mampu lagi. Aku harus membiarkan beberapa kawasan untuk trip aku akan datang. Kali ini aku cuma ingin menulis tentang beberapa kawasan yang aku sempat singgah ketika dalam perjalanan dari Tapah, Tg. malim, Kuala Lumpur, seremban, Kuala Pilah, bandar seri jempol, air terjun tekek dan berakhir di port Dickson. Jarak tidak lah sejauh sebagaimana aku membuat perjalanan solo pertama dulu sekitar tahun 2004 iaitu meliputi 6 buah negeri bermula dari perak melalui lebuh raya utara selatan dan menghala ke kedah, perlis kemudian memasuki baling dan grik seterusnya merentasi tasik banding untuk menghala ke Kelantan, Terengganu Pahang dan Kuala Lumpur seterusnya kembali semula ke Perak. Perjalanan menggunakan kereta Produa Kembara pada waktu tu sungguh memenatkan dan mengambil masa hampir 2 minggu.



No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan