Assalamualaikum dan bertemu kembali. Entry aku kali ini adalah tentang pelayaran solo aku ala ala santai dan redah ke Bangkok Thailand menggunakan laluan darat iaitu keretapi. Perjalanan yang bermula hari raya ke tiga ini tidak dirancang sebenarnya. Ianya berlaku secara tiba tiba kerana kebetulan tahun ini aku beraya di Perak.
Perjalanan aku bermula dari Taiping dengan memandu toyota Camry meredah lebuhraya utara selatan menuju ke Bukit Kayu Hitam. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam tidak lah begitu memenatkan. Sampai di Bukit Kayu Hitam ( border) sekitar jam 12 tengahari.
Pusat pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam
Setelah selesai urusan passport dan pemeriksaan imigresen aku terus ke tempat jualan tiket Van dari Danok ke Hatyai. Untuk memudahkan urusan akses internet menggunakan ipad aku membeli sim kad Thailand ( Ais 3g ) bernilai 100 bath dan untuk tambahan kredit dan internet selama satu bulan tanpa had sebanyak 500 bath. Internet bagi aku cukup penting sewaktu aku travel bagi memudahkan aku mendapatkan maklumat tentang lokasi lokasi serta maklumat maklumat yang perlu.
Aku menaiki mini bas dari Danok ke stesen keretapi Hatyai dengan bayaran 57 bath atau 5.70.
Sepanjang perjalanan aku dihidangkan dengan simpang siur penduduk Danok serta pokok pokok getah yang membarisi sepanjang perjalanan ke Hatyai. Deretan kedai yang ada antaranya sudah cukup usang dengan sistem pendawaian elektrik yang agak bercelaru sudah pasti memberi kelainan pandangan. Cuaca agak baik dan aku sempat berborak borak dengan seorang pakcik yang menaiki van yang sama untuk ke pekan Golok melaui Hatyai. Pakcik ni orang Malaysia dan duduk di kedah tapi isterinya orang Thailand di daerah Narathiwat. Sepanjang perjalanan banyak sekali perkara yang dibualkan sehinggalah kepada bab bab yang tak seharusnya dibualkan.
dalam van ketika perjalanan dari Danok ke Hatyai
Aku sampai di stesen keretapi Hatyai sekitar jam 1.30 tengahari. Aku terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Bangkok. kali ini nasib aku baik kerana tiket ke Bangkok masih ada dan sudah semestinya aku memilih tempat tidur kerana perjalanan dari Hatyai ke Bangkok mengambil masa 17 hingga 18 jam. Bangunan Stesen keretapi agak tradisonal tapi banyak yang menarik di situ. Di sini peniaga dibenarkan berniaga di kawasan tempat menunggu keretapi. pelbagai barangan dijual di situ.
Berdasarkan sumber dari wikipedia, stesen keretapi Hatyai Merupakan stesen yang terbesar ini merupakan sebuah stesen antarabangsa di Selatan Thai. Stesen ini menangani 28 buah keretapi penumpang setiap hari (26 buah oleh State Railway of Thailand dan 2 buah (Ekspres Langkawi) oleh KTMB dari Malaysia. Stesen ini juga merupakan hab bagi keretapi tempatan di Selatan Thai.
Yang selari dengan jalan keretapi ialah Lebuhraya Asia 2. Lebuhraya Asia 18 bermula di Hat Yai dan berjalan ke arah selatan ke pantai timur Semenanjung Melayu.
berehat sebentar di dalam stesen sementara menunggu keretapi tiba
Suasana dalam stesen keretapi
Kali ini perjalanan aku ke Bangkok menggunakan train bernombor 38 dan nombor tempat duduk adalah nombor 3 ( upper) dengan waktu perjalannya adalah jam 6.45 pm waktu thailand dan dijangka tiba di Bangkok pada jam 10.30 pagi esoknya. Harganya cuma 855 bath atau Rm 85.50 berhawa dingin. Aku difahamkan juga bahawa kerajaan Thailand juga menyediakan keretapi percuma untuk rakyatnya tapi bagi kelas 3 sahaja. Tempat duduk bebas samada nak duduk di lantai atau di tandas keretapi.
Tiket perjalanan ke Bangkok.
Oleh kerana waktu untuk bertolak ada beberapa jam lagi, aku terpaksa mencari tempat menyimpan baran. Rasanya dah tak terdaya untuk memikul bebanan atas belakang ni. Di stesen keretapi Hatyai memang ada menyediakan perkhidmatan menyimpan barang dengan harga 30 bath atau rm3.00 sahaja. ianya terletak bersebelahan dengan kedai serbaneka di kawasan menunggu.
Sementara itu aku mencari tempat untuk mengisi perut lebih awal kerana ketika perjalanan nanti sukar untuk dapatkan makanan Halal. Anda juga dinasihatkan untuk bawa roti atau cookies atau biskut atau apa apa yang boleh dimakan bagi mengelakkan anda kelaparan kerana bila berada dalam keretapi dan sepanjang jalannya amat sukar untuk dapatkan status halal makanan yang dijual samada dalam keretapi atau di stesen stesen persinggahan.
Restoren yang menjadi destinasi pertama aku di Hatyai ini ialah restoren muslim Sulaiman. Aku makan tomyam dengan telur dadar dan air milo. Harganya memang cekik darah iaitu Rm15.00. untuk menjimatkan wang anda dinasihatkan bawa bekal dari rumah.
Makan tengahari aku di restoren sulaiman Hatyai
Bila perut dah berisi, aku mengambil peluang untuk cuci mata di sekitar bandar Hatyai dan antara yang menjadi santapan mata aku adalah baju baju yang pelbagai serta barangan cenderamata. harga di sini memang murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Kalau anda memang kaki shooping, rasanya Hatyai memang sesuai untuk menjadi destinasi membeli belah anda.
Pelbagai barangan dijual di sekitar kaki lima bangunan di bandar Hatyai.
Peniaga sedang sibuk dengan barangan jualan
good info...tq sharing
ReplyDeleteur welcome...enjoy your trip...
ReplyDelete