Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !......Selamat hari ,merdeka buat semua rakyat Malaysia dan sama sama kita hayati semangat kemerdekaan serta mengenang kembali jasa jasa dan pengorbanan pahlawan pahlawan terbilang kita menentang komunis.
Entri aku kali kali ini bukanlah nak cerita pasal hari merdeka tapi cukup lah sekadar mengenangkan pengorbanan mereka. Bukannya aku aku tak patriotik tapi aku rasa dah ramai sangat yang menulis pasal kemerdekaan. Entri aku kali ini cuma nak menulis pasal terjahan aku ke Penang untuk kali yang ke entah berapa kali.
Sebelum aku menulis lebih panjang lagi, akupercaya ramai yang sudah beberapa kali sampai ke Penang dan menikmati udara Penang. Sebelum tu aku nak kongsi sedikit tentang latar belakang Penang atau Pulau Pinang ini yang aku cedok dalam wikipedia.
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.
Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.
Pemandangan georgetown dari atas feri Butterworh ke Penang.
Penang ni banyak tempat menarik dan sesuai sangat kalau nak bawa keluarga. Selain keindahan bangunan bangunan di tepi laut ianya juga banyak menyimpan senibina nibina zaman kolonial yang sudah semestinya digemari oleh kaki kaki foto yang tidak akan melepaskan peluang merakamkannya.
Di sini aku akan senaraikan beberapa tempat menarik dan kemudahan yang aku tahu. Tapi kalau nak lebih terperinci anda boleh la selongkar maklumat maklumat tambahan dalam internet sebab aku ni bukannya agensi pelancongan cuma sekadar nak kongsi maklumat sahaja.
KENDERAAN AWAM
1. Feri dari Butterworth ke Penang.
Kalau anda nak merasai pengalaman menaiki feri dari butterworth ke penang anda boleh la terus ke Butterworth. Di situ ada terminal feri dan anda boleh naik bersama sama dengan kenderaan anda. Apa yang menarik menaiki feri ini adalah anda akan dapat menikmati panorama yang indah dengan berlatar belakangkan bangunan bangunan pencakar langit yang tersergam indah di tepi laut.
Harga tiket cuma RM 7.70 untuk sebuah kenderaan berkereta. Tak kiralah berapa orang yang ada dalam kereta tersebut termasuk yang berada atas bumbung kereta. aku dah lupa tapi anda boleh google dalam internet. Waktu perkhidmatan feri adalah bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Ferinya agak besar boleh memuatkan dengan kapasiti yang tinggi. Masa perjalanan yang diambil sekitar 15 minit bergantung pada cuaca.
laluan masuk ke feri.
2. Bagi yang tak bawa kenderaan atau yang jenis perjalanan solo atau " back packers" anda boleh memilih samada menggunakan perkhidmatan bas rapid atau teksi untuk menghubungkan destinasi pilihan anda. Kalau dengan teksi harga nya lebih mahal berbanding Bas. Tapi keputusan di tangan anda bergantung kepada bajet masing masing. Stesen bas berada di Bangunan Komtar.
3. Bagi yang ingin merasai pengalaman menaiki beca, di Pulau pinang beca masih lagi digunakan untuk membawa pelancong pelancong bersiar siar bagi melihat bandaraya Pulau pinang secara lebih dekat. Beca ini perjalanannya hanya di kawasan bandaraya sahaja dan jarak yang terhad. Kalau jarak jauh anda dinasihatkan menggunakan perkhidmatan teksi atau bas. Harga atau tambang beca ini bergantung pada jarak dan perbincangan anda dengan pemilik beca.
HOTEL HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN
1. Tempat penginapan tersangat lah penting. kalau tidak anda terpaksalah menumpang tidur di masjid. itu pun bergantung pada penjaga masjid. Jadi untuk memudahkan urusan anda dan tidak menyusahkan orang lain sebaiknya rancanglah penginapan anda terlebih dahulu. Anda boleh mencari maklumat maklumat dan kadar bayaran hotel di internet. Pelbagai standard hotel di sediakan. ada yang mahal dan ada yang murah.
Anda boleh merujuk dan membuat tempahan samada melalui agensi pencarian hotel atau pun terus ke laman web hotel tersebut dengan memasukkan maklumat tarikh tiba dan tarikh keluar.
Anda boleh menyemak senarai hotel melalui laman web berikut :
1. http://www.booking.com
2. http://www.agoda.com
Web ini yang selalu saya buat tempahan tapi anda boleh memilih agensi yang lain ang banyak terdapat di internet. Anda google sahaja di internet. senang cerita.
Untuk memberi lebih keselesaan, pilih lah hotel hotel ang berhampiran dengan dengan tempat makan dan tu puan ramai seperti di kawasan georgetown atau di kawasan persiaran Gurney. sekurang kurangnya malam malam boleh makan pasembor kat Padang Kota. Awas, barang barang berharga jangan ditinggalkan di bilik hotel kecuali hotel tersebut ada menyediakan peti simpanan berkunci.
Hotel SE di Butterworth. Inilah tempat aku menginap. biliknya agak selesa dan berhampiran dengan terminal feri. Harga bergantung pada saiz bilik. Aku punya Rm108.00
Kawasan lobi hotel yang luas dan selesa. Bersih dan kemas.
.
Pemandangan dari luar hotel SE. kalau sebelah malam ada orang jual nasi kandar sebelah bangunan hotel ni. Haniff nasi kandar. memang best. Harga pun murah.
TEMPAT TEMPAT MENARIK.
Kat sini aku cuma catatkan beberapa tempat yang menarik yang ada dalam kepala aku. Yang lain tu anda kena cari la sendiri kat internet.
PADANG KOTA
1. bersantai santai di Padang Kota yang berada di tepi laut sambil menikmati udara laut pada waktu petang atau malam dan jangan lupa dekat situ juga ada banyak pilihan makanan terutama Passembor. bagi yang bawa keluarga dan anak anak anda boleh membawanya ke padang permainan kanak kanak yang juga ada disediakan di situ. Bagi yang meminati bidang photografi...atau anda seorang jurugambar bebas yang memang bebas mengambil gambar apa sahaja aku rasa tempat ini memang sesuai kerana pelbagai aksi dan ragam manusia dapa dirakamkan. Bangunan bangunan yang cantik serta lanskap yang menarik terdapat di sini. Dekat situ juga ada kubu lama peninggalan zaman penjajah. Menggunakan batu bata yang lama dan masih utuh sampai sekarang. Boleh bergambar di sana.
Kubu peninggalan zaman penjajah dulu. menjadi daya tarikan pelancong di Padang Kota.
Ada juga yang mengambil kesempatan memancing bagi memenuhi masa terluang.
bergambar kenangan di laluan jalan kaki di Padang Kota Penang.
2. Pantai Batu Feringgi.
Pantai Batu Feringgi ni lebih kurang 15 km dari georgetown. itu mengikut perkiraan aku la. Kalau nak tepat anda rujuk lah GPS atau google maps. Pantainya tidak lah besar tapi bagi yang ingin mandi manda bersama keluarga dan anak anak, rasanya di situ paling sesuai. Kat pantai itu banyak batu batu. itu kot yang dapat gelaran batu feringgi tu kot. Nak jawapan tepat rujuklah wikipedia. aku pun belum semak lagi asal usul nama pantai tu.
Dekat pantai ini ada disediakan kemudahan kemudahan asas seperti tandas dan juga yang istemewa warung jual laksa, cendol, goreng pisang, makan segera yang lain serta rojak. Laksa di sini memang asli penang. harga pun murah. Jangan lupa, air tebu pun ada.
Di pantai ini disediakan juga tempat parking tapi keluasannya agak kecil. cukup untuk beberapa buah kereta. jadi anda boleh parking di tepi jalan. tapi aku tak pasti lah kalau kena saman atau tidak. bergantung atas budi bicara polis trafik. Sepanjang aku parking dekat situ belum la lagi kena saman.
Pantai batu Feringgi yang menjadi kunjungan ramai setiap hari minggu dan hari kelasan Am.
Banyak lagi sebenarnya. Kalau aku nak tu.is kat sini rasanya lapan hari lapan malam rasanya belum tentu habis baca lagi. jadi aku buat senarai kat sini ye. Maklumat lanjut anda cari saja dalam internet.
Antaranya ialah.
3. tokong Ular
4. Taman Botani ( Botanic Garden)
5. Muzium Perang
6. Bukit Bendera
7. Taman Herba
8. Puncak pandang Komtar
9. Air terjun hutan lipur
10. Pulau jerejak
11. bersantai di sea front quensbay
12. Tokong
13. Dusun Durian.
dan banyak lagi...hangpa cari lah sendiri...
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan