Monday, August 19, 2013

Hatyai to Bangkok part 5 hari terakhir.

Malam tadi aku menginap di Benz House. Sebuah hotel berkos rendah dengan bayaran 70 bath sahaja. Biliknya agak selesa, bersih dan betul betul berada di tempat tumpuan ramai. di kawasan ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana menjadi tumpuan orang membeli belah.

Hotel ini yang berlokasi di Pratu Nam memberi satu kepuasan kerana anda boleh membeli belah terutamanya kain baju yang dijual sepanjang laluan dan jalan di Pratu Nam. Terdapat juga Fesyen Mall yang terbesar yang sudah pasti menyediakan banyak pilihan fabrik dan fesyen kepada anda.

Se awal pagi aku sudah bangun untuk membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia serta untuk sarapan pagi di kedai berhampiran. Makanan di sini sudah pasti tiada nasi lemak atau roti canai berserta teh tarik tapi apa yang ada di sana sudah memadai untuk mengalas perut.




Dari cermin bilik hotel sebelum keluar bilik


Setelah check out, aku terus mendapatkan tut tut untuk ke stesen keretapi Hua Lamphong. Perjalanan ke Stesen hanya mengambil masa 15 minit dengan tut tut. aku dikenakan bayaran 150 bath atau rm15.00. Kalau anda rajin tawar menawar anda mungkin boleh dapatkan dengan harga 100 bath atau rm10.00 sahaja.

Oleh kerana waktu bertolak masih lambat lagi iaiatu sekitar jam 3.10 minit petang aku mengambil kesempatan untuk meronda ronda sekitar Bangkok dengan menggunakan MRT. Menggunakan laluan bawah tanah dan aku singgah stesen petchaburi.





Pemandangan di kawasan laluan pejalan kaki di bandaraya Bangkok

1 comment:

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan