Wednesday, August 14, 2013

Hatyai to Bangkok part 2

Aku sampai di Bangkok sekitar jam 11.45 pagi waktu Malaysia. inilah pertama kali aku jejak kaki di Bangkok. rupanya walaupun aku bersendirian mengembara tapi bila sampai di sini ramai kenalan baru yang aku dapat khususnya dari selatan thailand. meka banyak membantu aku khususnya untuk cari tempat makanan muslim da ternyata di sini cukup mudah untuk makan masakan islam.





stesen keretapi Bangkok





bergambar kenangan di Stesen keretapi Hua Lamphong Bangkok

Bagi sesiapa yang baru sampai di sini, surau ada disediakan di sebelah kiri dan tempat simpan bag di sebelah kanan hujung sekali. Simpan bag harga cuma 30 bath sahaja. Lepas letak bag boleh lah anda merayau rayau untuk cari makanan atau minuman. Kedai makan muslim berada berhampiran dengan stesen keretapi. anda boleh tanya orang lat situ. sebab kedudukannya agak ke belakang sikit.




Bergambar kenangan di stesen keretapi Bangkok.



Stesen keretapi Hua Lamphong agak besar juga. aku mengambil kesempatan untuk merakam beberapa keping gambar di luar stesen untuk kenang kenangan. Stesen keretapi Hua Lamphong ini merupakan stesen keretapi yang terakhir. jadi kalau anda tertidur atau sebaliknya. Untuk ke pattaya dan ke kawasan kawasan lain anda perlu menggunakan bas atau van pula atau ambil saja tut tut.



Bangunan stesen keretapi Hua Lamphong Bangkok



Seperti biasa misi pertama aku adalah untuk mengisi perut. Lokasi makanan muslimnya ialah di bahagian belakang. kalau tak tanya orang memang tak nampak kedai tu. Harga kat kedai ni memang murah. di miliki oleh orang selatan thailand dan boleh cakap melayu selatan thailand. bagi orang kelantan mudah untuk faham. antara menu yang ada kat sini sama seperti menu yang ada kat Malaysia. kedainya kecil sahaja. Tuan kedai ni pernah duduk di kelantan iaitu di kg. bukit panau. aku sempat juga bersembang dengannya. Kat kawasan kedai makan itu juga terdapat banyak hotel hotel murah dan ada yang hanya berjumlah rm21.00 sahaja.

setelah selesai makan aku terus dapatkan tut tut ke tempat penginapan. Untuk anda yang ingin dapatkan tut tut di sini perlu tanya harga dulu. sebaiknya google dulu dalam internet dan baca blog blog rakan rakan lain yang sudah menggunakan perkhidmatan tut tut. mesti ada cerita yang berbeza dan harga juga berbeza. Mereka ini cukup pandai memanipulasikan harga atau tambang. sebaiknya tawar menawar sehingga pada tahap dia dah tak boleh pergi. macam tawar beli kain baju juga. Saya telah dikenakan charge rm 300 bath untuk perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Saya buat tawar menawar dan akhirnya bersetuju dengan harga 250 bath. Pada hal harga sebenarnya ialah cuma 100 bath sahaja. Lihatlah banyaknya perbezaan. itu lah pengalaman. walaupun sebelum ini saya telah google dalam internet. Anda juga berhak memilih tutu tut lain sekiranya tidak berpuas hati dengan tawaran harga kerana di kawasan stesen ini memang cukup banyak tut tut. anda tidak perlu risau.





Menaiki tut tut ke Tempat penginapan di khaosan road dengan bayaran 250 bath.





Aku sampai di khaosan road sekitar jam 2.00 petang. badan aku agak penat sikit. inilah kali pertama kali aku jejak di kawasan khausan road. Aku menginap di Sawasdi welcome inn yang berada betul betul di khaosan road. aharga hotel ini cuma 510 bath sahaja atau rm 51.00 sahaja. hotelnya cukup selesa cuma sempit sedikit dan sesuai lah dengan harga. layanan cukup baik. Anda dinasihatkan beli air mineral dari kedai berdekatan kerana air mineral yang dijual di hotel berganda mahalnya.



Inilah hotel Sawaddee Welcome Inn. Tempat aku menginap.



kawasan ini merupakan tempat tumpuan pelancong asing khususnya dari eropah dan jepun. Ia juga merupakan tempat " back packers" kerana hotel di sini cukup murah. Khaosan road berada berhampiran dengan sungai chawpraya lebih kurang 10 minit jalan kaki. Ianya lebih kurang macam petaling street juga. kat kawasan itu ada macam macam barangan yang dijual. di kiri kanan jalannya pula penuh dengan kawasan santai dan makan makan. Kebanyakkan pelancong dari eropah yang memenuhi meja di situ dan kawasan itu tidak ada makanan halal. untuk dapatkan makanan halal terpaksa berjalan sekitar 15 minit ke satu kedai muslim roti martaba. Tapi pada hari itu kedai ini ditutup sebab masih lagi menyambut hari raya. Saya bernasib baik sebab dapat makan roti canai di festival makanan antara bangsa yang diadakan di tepi sungai chaw praya. saya lihat ada tukang masak bertudung dan sudah pasti muslim. rasanya memang lembut. makan roti canai berserta susu dan gula.

Aku sempat merakam beberapa keping gambar di sekitar khaosan road. tapi waktu ini orang masih tak ramai kerana masih awal. biasanya khaosan road akan menjadi sesak menjelang petang hingga larut malam.




















......bersambung ke part 3...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan