Thursday, January 22, 2015

sedikit pengalaman ketika memohon dan menghadiri temuduga program master di Uitm

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Apa khabar anda semua. semoga sentiasa dilindungi Allah sentiasa. Tu diaaa...macam berucap kat majlis ler pulak. hari ni aku nak menulis dengan bahasa paling santai. kadang kadang syok juga lari dari keadaan yang formal. mesej lebih mudah sampai kepada pembaca.

   Tulisan aku kali ni nak cerita pasal permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke Uitm bagi program Sarjana Pendidikan.

Benda ni dah lama dah aku dok fikirkan tapi, masa lak tak de..so terpaksa tangguh. dari setahun ke setahun.tangguh akhirnya usia aku cecah 4 siri. Bila tanya orang ...katanya " muda lagi ". Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar. cita cita aku pun memang nak capai Phd. Insyaallah. Berangan dulu tak pe. selagi nyawa dikandung badan selagi tu aku akan usahakan untuk capai ke ttahap tu.
       Pertama kali aku mohon program master ni kat USM ( dah lupa bulan berapa dah ) tapi tak de rezeki. aku tak dipanggil pun. so faham faham lah. maknanya tempat aku bukan di situ. Aku ni jenis rajin buka web site dan akhirnya terpandang lah secoond intake untuk Uitm. Aku try mohon . Al maklumlah xcited sangat nak study. Aku terus isi online dan segala macam document ku hantar by courier terus ke fakulti pendidikan. Tunggu punya tunggu..bulan tak timbul timbul...aku tak tersenarai alam geng yang dipanggil untuk ditemuduga. Aku tak putus asa. Tak pe. cuba lagi ( kata aku..dalam hati je la..) sampai lah pada bulan november ( kalau tak silap aku ) ..aku try lagi buka web site pasca siswazah uitm dan ada keluar untuk intake march 2015. dengan sepantas kilat aku terus ke BSN untuk beli pin number dan terus buat permohonan secara online. Kali ini aku dah tak hantar dokumen aku melalui courier. aku drive sendiri dan hantar sendiri ke fakulti. ( Dari Ipoh Perak ke Shah Alam sekitar 3 jam ) . Itu pun aku dah hampir terlewat sebab bila aku call uitm ..dia orang kata last day untuk hantar dokumen. itu yang aku terpaksa drive sendiri tu.


ni lah rupa karya karya aku yang lepas yang aku jadikan potfolio untuk  interview
       al- kisahnya beberapa minggu kemudian .. aku terima sms yang aku dijemput untuk hadir temuduga di Uitm kampus seksyen 17 Shah Alam. Fuyyooo... seronok tak terkira. itu baru interview tu. belum dapat tawaran lagi. Aku disuruh untuk buka web dan download surat panggilan interview.
selfie sebelum menghadiri temuduga....
kat situ dia ada bagitahu yang aku kena sediakan potfolio. Aku jadi terkedu kejap sebab
tak faham potfolio tu apa. kalau folio aku tahu la. Aku teroka la maklumat dalam internet dan tanya kawan kawan. rupa rupanya dia orang nak kan hasil hasil kerja aku yang aku pernah buat selama ni. ( Faham ler aku ). nasib baik sebelum aku mohon Uitm dulu aku ni jenis rajin conteng menconteng, colour mengolour, lukis melukis..jadi ada la sikit sikit yang aku selfie dengan lukisan aku, ambik gambar dan ada yang aku memang masukkan dalam FB aku untuk aku tayang pada kawan kawan. jadi  aku kumpul semua sekali dan jadikan ianya dalam bentuk potfolio.

yang originalnya aku dah frame.. ni aku guna warna pensel je
    Tiba lah hari untuk ditemuduga iaiatu pada tanggal 23 december 2014 ( ingat lagi tu ). Aku memang datang sehari awal dan aku menginap di De Palma Hotel Sghah Alam . Seawal agi aku bangun dan solat subuh. ( Minta doa dengan Allah.. mog Allah permudahkan urusan temuduga ).  interview start puul 8.00 pagi . aku sampai 10 minit awal. Aku ingatkan interview jer. tapi rupa rupanya ujian bertulis. Dalam bahasa Inggeris pulak tu. Masak aku dibatnya. kena bbuat 350 patah perkataan. ( soalan yang keluar " suruh aku huraikan kepentingan kritikas seni dalam meningkatkan kemahiran pelajar " ) kalau dalam bahasa Melayu boleh ler aku goreng goreng sikit. ni suruh buat dalam bahasa Inggeris. termenung aku dalam 10 minit. hilang arah. pegang pen pun tak kena. Aku jeling kawab sebelah tu steady jer dia buat. tapi nak tiru memang tak ler. Tak machoo la kalau periksa pun meniru. Jadi..aku bantai je lah dengan segala macam ilmu yang aku ada dengan bahasa inggeris yang aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Aku masa tu dah pasrah. Bertawakkal saja lah.
   
haaa,,haaa.. aku pun tak tau gambar sapa...
      Satu jam berlalu, maka siap la juga ujian bertulis aku. biru mata hitam ku. aku pun tak pasti ayat apa yang aku tulis tapi bila aku kira banyak ler juga aku buat. Selesai uujian bertulis aku dikehendaki bersedia ntuk ditemudugadan diminta tunggu di luar bilik temuduga sehingga nama aku dipanggil. Ramai juga la yang datang temuduga. sampai la giliran aku ) tu pun dah jam 12 tengahari ) EN. MOHD ZAIDI ABDUL WAGAB ( nama aku ler tu ) ..aku dengar orang panggil. Dengan penuh confident dan penuh yakin dan penuh berani bersama fail dan pot folio aku di tangan .. aku melangkah masuk dalam dengan " Bismillah :
   
      Aku ketuk pintu dan masuk. terus aku bagi salam. Ada dua orang dalam tu. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku ingat temuduga dalam bahasa Melayu. rupanya dalam bahasa inggeris ( Dalam hati aku kata..." masak aku hari ni " confirm berbelit lidah " ) .. aku masih ingat soalan pertama dia tanya.." introduce your self".. aku bantai je lah...cakap la akuu ni dari Kelantan dan bla bla bla.. sampai lah di masukkan kepada beberapa soalan.

   Soalan soalan yang ditanya dari awal sampai akhir : ( Aku alih bahasa ye )
  nanti korang translit ler sendiri

        1. Perkenalkan diri and
       
         2. Kenapa minat nak sambung belajar

         3. Boleh tak huraikan tentang PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekoah )

         4. Aa komen tentang kemerosotan PT3 2014 dan perlu ke kita salahkan kerajaan

         5. Apa penyelesaian yang boleh dibuat untuk ,egatasinya.

  ( soalan soalan tambahan tu banyak lagi tapi jenis soalan santai je lah )


Aku pun tak tahu apa sebenarnya keajaiban yang berlaku sebab aku dapat jawab soalan soalan tu dengan penuh yakin walaupun aku ni bukannya hebat sangat dalam bahasa inggeris.


Al kisahnya lagi dah selesai temuduga dan aku kembali ke Perak dan tiba lah masanya yang ditunggu tunggu dan tak disangka sangka ( jeng jeng jeng ) Tanggal 15 Januari 2015 . masa sekitar 9.30 pagi. aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama member aku . Wakttu tu member aku yang drive. Aku terima sms " 0.00 Uitm.  sila layari web site ipsis uitm untuk status permohonan " aku penuh debaran buka web site tu...akhirnya ..akhirnya..akhirnya.....AAku berjaya mendapat tawaran untuk program Sarjana Pendidikan di Uitm Shah Alam...Alhamdulillah.. itu yang mula jula sekali keluar kat mulut aku. Syukur sangat sebab aku diterima untuk belajar kat situ.Aku dikehendaki mendaftar pada 14 Februaru 2014 di Uitm Shah Alam. Akhirnya cita cita aku nak jadi student di peringkat Master tercapai juga.

alkisahnya...dan jumpa lagi



zaidi ..23 Januari 2014

Friday, December 26, 2014

Gambar sekitar Banjir di Kg. Gajah

Bawah jambatan Kg. Gajah





                                                                  Kilang Kg Gajah


                                                 Laluan belakang Shell dan kedai Reflisia


                                             Jalan menuju Pulau Tiga kiri dari simpang tiga





                                                           

                                                                   Taman Murni Kg. Gajah



                                                          Taman Murni Kg. Gajah



                               Pekan Kg. Gajah ( Bangunan Koperasi dan bangunan PKNP )





                                                             Petronas Kg. Gajah



                                                             SMK Dato Seri Maharaja Lela



                          Laluan ditutup akibat limpahan air di hadapan SMK Dato Seri Maharaja Lela



                                                      Klinik Kesihatan Kg. Gajah

                                                     laluan menuju simpang Pekan Rabu



                                                           Dewan Taman Murni

                                                               
                                                                  Taman Murni Kg. Gajah








Banjir di Kg. Gajah Kian Meruncing

Dalam sejarah dan ada juga yang membandingkan bahawa banjir di Kg, Gajah kali ini hampir menyamai banjir sekitar tahun 60 an dahulu. Itu yang diperkatakan oleh mangsa mangsa banjir. Banyak kawasan telah ditenggelami air bermula 24 december lagi. Antara Kampong kampong yang banyak terlibat adalah sekitar sungai Perak iaitu Kg Biak, Pasir Salak, Bendang Besar, Pulau Tiga Kiri dan beberapa kampong lain yang berada di sepanjang sungai Perak



     Di sekitar pekan Kg. Gajah juga turut terjejas oleh banjir kali ini dengan beberapa bangunan dan premis perniagaan turut digenangi air. Beberapa jalan yang menghubungkan Kg. gajah - Teluk Intan juga ditutup kepada kenderaan kecil, begitu juga bagi laluan Kg. Gajah Seri Iskandar.

     Walaupun pada sekitar tengahari ini telah menunjukkan sedikit baik dan air sedikit surut tapi kawasan kawasan di skitar Matang Tok Embin, Taman Murni telah dinaiki air dan memaksa penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang berhampiran. Tiga pusat pemindahan dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir iaitu Dewan Millenium ( Pejabat Tanah ), SK Dato Sagor,  dan MRSM.


Sunday, December 14, 2014

Terjah penang untuk kali seterusnya....

Duluo aku pernah bercita cita untuk belajar di USM kat penang. Antara sebabnya aku nak duduk kat penang menikmati udara di Penang. Hasrat tak kesampaian. Aku hanya mampu terjah penang untuk beberapa ketika sahaja.
Kali ini aku menyusuri penang dengan bergalaskan kamera canon aku utntuk aku ambil benerapa shoot yang menarik. tak banyak untuk aku veritakan tentang perjalanan ku yang entah kali ke berapa sudah di penang ini kerana telah banyak aku ceritakan pada entry yang lepas lepas.

Aku kalau ke penang tak akan lepas makan sop bersama roti di kedai mamak yang berhadapan dengan Hotel Malaysia. rasanya memang sedap. harga pun berpatutan.









Wednesday, August 27, 2014

Aku dan OUM bakal bertemu....

Sudah lama rasanya tidak melepaskan lelah di dada blog ini. Mungkin kengkangan waktu dan kesibukkan aku sebagai pengajar telah menghadkan aku untuk terus sentiasa berada di depan komputer...sambung

Tuesday, June 10, 2014

Kita dan Ujian Allah

Kadang kadang kita terlupa bahawa persekitaran kita telah banyak membantu kita untuk jadi lebih matang dan hebat. Kita belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Kita jatuh dan berusaha untuk bangun. KIta sakit dan berusaha untuk pulih. Setiap apa yang kita pelajari akan menjadi satu bahan perkongsian kepada masyarakat. Bagaiamana kita memulakan perkongsian itu bergantung kepada kebijaksanaan kita.
   
       Orang kata hidup sep
erti roda dan ada juga yang berpendapat hidup adalah kebetulan tapi hakikatnya hidup adalah merealisasikan ketetapan Allah yang sebagaimana telah direncanakan. Hidup ada susah dan senang, ada kaya dan miskin, Manusia diberikan takdir yang berbeza untuk melihat keimanan seseorang dan menguji keupayaan seseorang dalam mengharungi setiap ujian Allah.
       
       Semakin kuat kita diuji bermakna kita semakin dinaiktaraf menjadi manusia yang menghargai dan mencintai tuhan kerana yang terpilih akan sentiasa diuji. Rasulullah juga diuji, sahabat sahabat juga diuji cuma bentuk ujian sahaja berbeza beza mengikut keupayaan masing masing. Allah akan menguji mengikut kemampuan manusia.

      Semoga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa tabah dan sentiasa bersyukur

Amin...

Zaidi

10 Jun 2014

Monday, March 17, 2014

Aku dan lukisan alam

bicara apa aku hari ini. Memang sudah sekian lama tidak melukis. Ku tinggalkan berus dan kanvas sudah hampir cecah 10 tahun. Kenapa ye..? setiap calitan warna adalah rakaman perasaan aku dan pengalaman ku. Mungkin sudah lama tida tercalit di kanvas dengan berus baru kerana yang lama sudah pasti hilang bersama mod dan semangat.
    
    

  Hey...semangatnya dating kembali. setelah sekian lama berkurung tanpa khabar. Warna alam sudah semestinya menjadi kegilaan ku. Alam suatu yang unik. Aku suka alam. Aku suka pantai. Aku suka hutan. Aku suka air terjun. Ada batu batu besar dan kecil. ada pohon yang merimbun dan dicelah celahnya ada cahaya. menarikkan.


 Ada sungai yang mengalir. kalau boleh ingin sekali ku lukiskan burung burung yang berterbangan. biar nampak galak di persada. biar nyaring bunyinya andai dapat didengar. Air segar biar terasa ke tulang andai mampu ku rasai. Calitan warna alam ke cuba perhalusi makna dan pengertian.


zaidi

17 mac 2014

  
       

kEMBARA kU : Aku ke Pattaya 2014..????

Masih lagi menjadi persoalan untuk tahun 2014 dalam mengisi slot kembara ku bagi tahun ini. Setelah beberapa tahun aku telah mengembara ke beberapa destinasi di Indonesia, Singapore dan Thailand  antaranya Medan, Jakarta, Bogor Jogjakarta, Bandung, Batam, di Indonesia ,  Tampines, Gelang serai. Simie di Singapoe. Phuket, Krabi, Hatyai, Sadao,  Trang di Thailand. Pelbagai pengalaman dan asam garam serta permasalahan hidup yang aku temui.

Aku  cukup seronok sebenarnya setiap kali aku membuat pengembaraan solo aku. Untuk tahun ini berkemungkinan aku akan ke Pattaya Thailand. Khabarnya di situ ada pantai yang cantik dan panjang. Pattaya yang berada dalam jarak sekitar 2 jam setengah perjalanan dari Bangkok sudah semestinya menjanjikan satu pengalaman yang baru. Sudah pasti perkara yang pertama bagi aku adalah mencari seberapa banyak mungkin maklumat tentang Pattaya dan makanan halal di sana. Sebagai orang Islam aku cukup sensitive dengan makanan.

          Aku ingin sendiri melihat kehidupan di Pattaya serta pantainya yang cantik serta pasirnya yang putih. Suasana malamnya serta kehidupan masyarakatnya. Khabarnya Pattaya juga menjadi tumpuan warga dari eropah untuk bersantai di pantai.

         Ada juga terlintas di fikiran aku untuk menjelajah Negara -Negara Asia lain seperti China, Jepun, Australia dan Filipina tetapi mungkin belum tiba masanya lagi. Untuk ke Negara Negara tersebut mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya Australia yang menggunakan matawang dollar.

        Kembara ku adalah catatanku. Setiap destinasi yang aku pergi sudah pasti akan menghiasi dada blog aku. Aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat dan amati. Kembara ku kerana ingin melihat sendiri negara orang. orang kata, luas perjalanan banyak pengalaman.

Saturday, March 8, 2014

Kehilangan Pesawat MH370: FBI Bantu Siasatan

PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai antara penumpang yang menaiki pesawat tersebut, lapor LA Times pada Ahad.
Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dijangka warga negara AS.
"Ia membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri," kata pegawai itu.
Pada awal pagi Sabtu, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal menuju ke Beijing hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan dan lokasi terakhir dikesan di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi

SUMBER : MSTAR

terkini.. Pesawat hilang: Tentera Vietnam kesan tumpahan minyak






HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.

Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.

Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.

Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP

14


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_14/Pesawat-hilang-Tentera-Vietnam-kesan-tumpahan-minyak#ixzz2vNxMqwc7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, December 26, 2013

Negeri Sembilan negeri Adat. Kembara ku selama 4 hari.

Percutian ku yang terakhir sempena musim cuti ini adalah negeri Sembilan. Aku percaya ramai yang pernah sampai ke Negeri Sembilan dan ada juga yang belum pernah sampai ke sana. Bagi yang masih belum kenal lagi Negeri Sembilan, di sini aku cedok sedikit maklumat tentang Negeri Sembilan dari wikipedia.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan dengan :

Selangor di utara;
Pahang di timur;
Johor di tenggara;
Melaka di selatan; dan
Selat Melaka di barat.




Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelei, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.

Selanjutnya sebagai pemersatu masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)

Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)

Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah.

Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.





untuk aku mengembara semua kawasan di Negeri Sembilan rasanya belum mampu lagi. Aku harus membiarkan beberapa kawasan untuk trip aku akan datang. Kali ini aku cuma ingin menulis tentang beberapa kawasan yang aku sempat singgah ketika dalam perjalanan dari Tapah, Tg. malim, Kuala Lumpur, seremban, Kuala Pilah, bandar seri jempol, air terjun tekek dan berakhir di port Dickson. Jarak tidak lah sejauh sebagaimana aku membuat perjalanan solo pertama dulu sekitar tahun 2004 iaitu meliputi 6 buah negeri bermula dari perak melalui lebuh raya utara selatan dan menghala ke kedah, perlis kemudian memasuki baling dan grik seterusnya merentasi tasik banding untuk menghala ke Kelantan, Terengganu Pahang dan Kuala Lumpur seterusnya kembali semula ke Perak. Perjalanan menggunakan kereta Produa Kembara pada waktu tu sungguh memenatkan dan mengambil masa hampir 2 minggu.



Wednesday, December 25, 2013

kejadian Ikan naik ke darat Di Lahad Datu

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber : sinar harian

Monday, December 23, 2013

This Is Penang....

Ini Penang atau Pulau Pinang. Ada juga yang panggil Pulau Mutiara. Aku tak pasti di mana Mutiaranya tapi bagi yang pernah ke sini sudah pasti ada jawapannya. Aku sudah berkali-kali ke sini. Aku pun tak tahu ini kali ke berapa. Aku bercuti pun di sini, bermesyuarat pun di sini, dulu pernah juga jumpa "makwe" kat sini. Banyak kenangan di sini. Beli jeruk juga di sini. Aku beli camera Canon aku pun di sini.


Pulau Pinang memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik. Ada pantai yang cantik. Ada hutan simpan yang menyimpan banyak khazanah. Aku juga suka rekabentuk bangunannya. Dari tinggalan zaman kolonial hingga lah ke zaman sekarang. Dari rumah nelayan hingga lah rumah Tiong Hua. Orang kata anak mami comel-comel kat sini. Hidungnya mancung. Nasi kandar Zubaidah, Nasi kandar " Line Clear ", Nasi candu dan banyak lagi. Itu antara nama- nama restoren yang cukup kuat tarikannya. Makanannya yang enak.







Padang kota, persiaran Gurney sudah sinonim bagi orang ramai yang melancong ke situ. Kaki pancing, tukang santai dan penjual ayat- ayat cinta. Aku juga suka Padang Kota. Bukan kerana namanya tapi kerana lanskap di sekelilingnya serta hamparan laut selat Melaka yang cukup indah. Anak- anak kecil dan sang pujangga banyak kali bermain ilham di sini. Yang suka bermain camera, sudah pasti bangunan-bangunan lama yang indah akan menjadi subjek. Setiap posisi akan dihitung dengan lensa camera. setiap sudut ada nilai estetiknya. setiap bias cahaya lampu ada nilainya.


Malam di Pulau Pinang terlalu banyak cerita. Bergantung kepada penerokaan masing-masing. Ada yang suka berkaraoke, bersantai di bar, ada yang nakal-nakal cuba menyelinap di pelusuk pelusuk sundal. Ada juga yang menjadikan malam sebagai medan kegilaan melihat lampu-lampu LED di sepanjang jalan. Mat rempit pula akan menjadikan laluan di Bagan Ajam untuk melepaskan nafsu rempitnya. Di Georgetown tidak begitu sesuai.

Di medan selera Padang Kota ada pasembor. ketam, udang, fish ball. harga mengikut jenis. Aku pernah makan di situ. Harga boleh tahan,RM35.00. Itu bukan persoalannya. kerana sudah pasti pulangannya memberansangkan.


Waktu maghrib di Padang Kota. Orang ramai semakin memenuhi di setiap sudut dan melangut di bingkai laut. Kebanyakkannya adalah pelancong asing dan orang luar Pulau Pinang. Azan bergema di corong speaker masjid berdekatan. Banyak masjid di Pulau Pinang. Ada yang akan ke masjid berhampiran. Ada yang sememangnya niat jamak maghrib dengan isyak dan bergantung pada nawaitu masing masing. Cahaya waktu maghrib terbias jingga di dada laut. Lampu- lampu dari kapal-kapal laut mula membias cahaya.



Malam sudah bermula. Aku suka lihat beca malam. Ada muzik dari speaker bersegi kecil yang diletakkan di pangkin. Lagu-lagu dangdut nyanyian Inol, Amelina, Mas Idayu. Ada juga lagu dari kumpulan May. Aku suka lampu-lampu LED terhias indah di becanya. diolah seperti bunga mekar. Ada yang berbentuk rama rama. Cantik sungguh. Rezeki mereka dari kayuhan kaki yang tak pernah lelah. di rumah masih ramai yang perlu ditanggung. Anak anak perlu di sekolahkan. masa depan perlu diubah.



Pulau pinang ada sebahagian dari cerita kehidupan. Isinya dari pelbagai warna dan dicedok dari pelbagai rasa.


Pulau Pinang


Zaidi 2013






Sunday, December 15, 2013

TRAGEDI PONDOK PAK YA DALAM LIPATAN SEJARAH

Suatu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 orang di pusat pengajian atau dikenali sebagai pondok Pak Ya.




Kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Septemb 1989 ini masih menjadi iguan ngeri bagi mangsa mangsa yang selamat apatah lagi ianya bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga kesan mental dan trauma yang berpanjangan. Tragedi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok asrama yang menempatkan pelajar itu terlAlu pantas berlaku.



Tragedi kebakaran yang khabarnya berpunca dari lilin yang menyambar tilam sungguh menyayat hati.

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.




Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.