Monday, November 13, 2017

Kembara ku ke Bogor - Jakarta -Kuala Lumpur-Pattaya-Bangkok-Hatyai-Langkawi-Hatyai -Krabi

hHari pertama

TAIPING Ke Kuala Lumpur
 2 December 2016

   Entri aku kali ini adalah tentang pengembaraan solo aku ke 8 destinasi selama 22 hari. Perjalanan ini sebenarnya tahun lepas lagi, tetapi kerana aku tak ada masa nak menulis di blog ini maka baru sekarang dapat menulis. Demi mempastikan maklumat adalah tepat maka aku terpaksa menyelongkar kembali bahan bahan dan foto foto untuk diletakkan di blog.
     
         Perjalanan selama 22 hari ini bermula dengan menaiki ETS dari Taiping ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dan agak selesa. aku bermula seawal pagi lagi. 
memang menjadi kemestian menggunakan train apabila aku memgembara.



Sarapan pagi di cafe ETS menghala ke Kuala Lumpur...harga boleh tahan juga....


      Tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi. bajet kali ni bawa tak ada lah banyak sangat..sasaran dalam perjalanan nanti sudah tentu hotel hotel backpeckers..biar lebih jimat..
  Dari Kl sentral kemudiannya aku menaiki bas ekspress terus ke Klia2 untuk perlepasan ke Jakarta....

perbelanjaan sekarang..


tiket ETS..RM 60.00 sehala ( Taiping Kuala Lumpur )..platinum...
makan dan minum ..rm17.00
tiket penerbangan ke Jakarta..Rm 256.00 ( pergi dan balik )

total..Rm 333.00


          Tiba di jakarta aku terus ke bogor.. aku meneruskan perjalanan menggunakan Bas Damri dari Airport ke Botani Square Bogor. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Bukan kerana jarak tetapi kerana kesesakan yang teruk. ini perkara biasa di Jakarta. Tambang bas damri ke Bogor ( botani square ialah 55,000 rupiah atau sekitar Rm 17.00...lebih murah kalau naik teksi atau kereta sapu yang mungkin dicaj skitar 400 ribu rupiah atau dalam rm140.00.


Tempat menunggu atau kawasan ketibaan airport sukarno-hatta

stesen bas Damri 

       Tiba di Botani Square Bogor sekitar jam 5.00 perang waktu Malaysia dn sudah semestinya disambut dengan hujan kerana kota Bogor memang terkenal dengan gelaran kota hujan. Taburan hujannya cukup tinggi. Maklumat lengkap tentang bogor boleh la rujuk di wikipedia.com. Tempat penginapan aku di bogor adalah hotel Amaris yang telah pun aku tempah awal melalui booking.com. Hotel yang terletak berhampiran dengan Botani Square dan juga Botani Garden sangat selesa. Harganya Rm130.00 untuk satu malam. 

Hotel Amaris di Bogor...

perbelanjaan terkini..

MAKAN DI AIRPORT..RM11.00
tiket bas damri ..rm17.00
Bayaran hotel 1 malam..rm130.00
makan malam...rm15.00

total..Rm163.00

Perbelanjaan telah digunakan...

RM333.00 + Rm163.00 = Rm493.00


HARI KEDUA DI BOGOR ( 3 dec 2016 )

    Cuaca sebelah pagi di Bogor baik sekali. Badan masih terasa sakit sakit mungkin akibat dari perjalanan jauh atau mungkin juga kesan dari memikul beg galas yang berat. Seawal pagi aku sudah pun menyiapkan diri untuk memulakan perjalanan aku. Aktiviti malam tadi hanyalah sekadar santai santai sambil ronda ronda di Botani Square. tidak ada apa yang nak dibeli hanyalah sekadar keperluan harian seperti berus gigi, ubat gigi dan minyak rambut. bawa yang seringkas mungkin.
      Setelah selesai sarapan pagi aku check out dan bersama sama dengan kamera canon DSLR aku menerjah dan meneroka kota bandung. beberapa shoot shoot menarik sempat juga ku laksanakan dengan kameran aku ni. antaranya pintu gerbang kota bogor dan beberapa penjual di kaki lima serta yang menggunakan kereta sorong. Begitu gigih mereka. tak pernah kenal penat demi sesuap nasi.

Ini aku panggil sebagai pintu gerbang dan juga  salah satu mercu tanda di Bogor ini. aku tidak pula mengkaji tentang bila ianya dibina kerana ianya mungkin terlalu banyak umtuk aku ingat.




  Bogor ini kota hujan. Bandarnya agak sesak dengan kenderaan. Penduduknya majoriti Sunda. orangnya baik baik dan lemah lembut. di Sepanjang jalan ramai orang berjualan dari sekecil kecil barangan harian sehinggalah kepada produk produk makanan. Angkuta Kota menjadi nadi utama pengangkutan di sini.
seorang lelaki sedang berjalan berlatar belakangkan Angkutan Kota...


Kenderaan bertali arus di hadapan Botani Garden Bogor

Kota Bogor yang sentiasa sibuk....


Peniaga sedang berjualan di sepanjang laluan yang berhampiran dengan stesen bas.
banyak sayur sayur segar dan ubi ubi serta keladi dijual di sini



sebuah universiti di Bogor



seorang peniaga sedang menyediakan makanan untuk pelanggannya...


Angkutan kota sedang membawa penumpang ke destinasi masing masing



orang ramai sedang membeli makanan di gerai tepi jalan


longgokan Keladi yang sedia untuk di bawa pulang...tunggu bayar sahaja

     Destinasi aku selepas ini adalah ke Jakarta pula. Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan keretapi kerana tambangnya yang murah berbanding yang lain. keretapi di sana tak ubah seperti Komuter di Malaysia. Kalau orang ramai pasti kena berdiri. perjalanan dengan keretapi ke Jakarta sekitar 1 jam setengah. Aku lebih seronok kerana dapat lebih menghayati alam. 
      untuk ke Stasion Keretapi Bogor aku harus mengunakan Angkutan Kota ke sana. tambang dalam 5000 rupiah atau rm2.00. perjalanan dari Botani Square ke Stasion keretapi bogor sekitar 15 minit...jaraknya dekat cuma jalan agak sesak.

Stesen keretapi Bogor...

   Stesen keretapi bogor tidak lah sebesar stesen keretapi Kuala Lumpur tapi orangnya cukup ramai. nak beli tiket pun terpaksa beratur panjang. Perkhidmatan keretapi menjadi pilihan utama selain Bas bagi warga bogor yang mahu ke jakarta dan destinasi yang berhampiran laluannya.

seorang lelaki sedang melintasi rel keretapi berpagar


orang ramai sedang menunggu keretapi



keretapi ke jakarta telah tiba dan aku sudah bersedia untuk naik

           
           Perjalanan menggunakan keretapi ke jakarta sangat menyeronokkan.  yang paling seronok sebab dapat berdiri. maklum saja lah orang ramai. lenguh juga la kaki. tapi apa pun tetap puas. menyusuri laluan dari bogor ke jakarta banyak mengajar aku sesuatu yang lebih bernilai. Kgigigihan, kepayahan hidup dan kesungguhan dalam berkerja. 
       aku kmudiannya tiba di stesen keretapi Ancol. dari situ aku berjalan kaki ke kawasan ancol. Jauh juga. Ancol ni merupakan kawasan percutian yang berkonsepkan hiburan dan berada di tepi laut. Di Ancol terdapat pelbagai tempat tumpuan seperti..

1. Sea world ( Akuarium yang besar ) 
2. Cable Car
3. Pasar Seni yang mgumpulkan ramai karyawan seni dan ukiran kayu
4. Shopping Mall
5. Taman Tema
6. Pusat Hiburan untuk kanak kanak.
7. banyak lagi....

tikt bergantung pada tempat . ada mahal dan ada juga yang murah


AKU DI MANGGA DUA DAN ANCOL..

       Penginapan aku di Jakarta adalah di Amaris Hotel Mangga dua. Amaris hotel ini agak selesa dan layanan kakitangannya juga bagus. Kalau nak ke Mall juga tak perlu jalan kaki jauh jauh sebab kat bawah tu je. Untuk makan ada je berdekatan situ. cuma harganya agak tinggi sikit la sebab tempat tu pun selesa. Kalau nak makan yang jenis santai santai boleh ke sebelah mangga dua. di situ ada macam food court. Cuma makan di food court tu kena hati hati lah memilihnya sebab takut ada yang bercampur antara halal dan tak halal. 

       Untuk booking hotel Amaris ni aku guna BOOKING.COM.  jadi tak perlu susah susah. kat sini teksi pun banyak cuma kena pandai tanya harga la jugak. Jangan naik dulu. pastikan tanya harga dulu sebab kadang dia orang ni main sembelih juga. tak ikut meter.  tapi ada juga yang pakai meter. sebab tu kena pilih. 


shopping Mall Mangga Dua.



Bazar artis indonesia dan persembahan lagu dalam shooping mall Mangga dua.



Wang rupiah yang aku keluarkan dari poket aku..dan tak tahu nak susun.



Bergambar di lobi Amaris Hotel.












































1 comment:

  1. International Maritime Organization (IMO) in its capacity as a specialised agency of the United Nations (UN) is the global regulatory authority in the area of global standards for assuring the safety, security, and environmental protection of international shipping and marine environments. On a continuous basis, the International Maritime Organization (IMO) Online Psychology Paper Writing Service USAdevelops and maintains an effective framework of universally adopted and implemented regulations that cover every aspect of international shipping, from design and construction to equipment and manning, as well as operations and environmental protection and ship recycling. The Worldwide Maritime Organization (IMO) is an important player in the creation of international maritime safety standards, having enacted more than 50 international instruments as well as numerous regulations, guidelines, and circulars.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan