Pulau Pinang memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik. Ada pantai yang cantik. Ada hutan simpan yang menyimpan banyak khazanah. Aku juga suka rekabentuk bangunannya. Dari tinggalan zaman kolonial hingga lah ke zaman sekarang. Dari rumah nelayan hingga lah rumah Tiong Hua. Orang kata anak mami comel-comel kat sini. Hidungnya mancung. Nasi kandar Zubaidah, Nasi kandar " Line Clear ", Nasi candu dan banyak lagi. Itu antara nama- nama restoren yang cukup kuat tarikannya. Makanannya yang enak.
Padang kota, persiaran Gurney sudah sinonim bagi orang ramai yang melancong ke situ. Kaki pancing, tukang santai dan penjual ayat- ayat cinta. Aku juga suka Padang Kota. Bukan kerana namanya tapi kerana lanskap di sekelilingnya serta hamparan laut selat Melaka yang cukup indah. Anak- anak kecil dan sang pujangga banyak kali bermain ilham di sini. Yang suka bermain camera, sudah pasti bangunan-bangunan lama yang indah akan menjadi subjek. Setiap posisi akan dihitung dengan lensa camera. setiap sudut ada nilai estetiknya. setiap bias cahaya lampu ada nilainya.
Malam di Pulau Pinang terlalu banyak cerita. Bergantung kepada penerokaan masing-masing. Ada yang suka berkaraoke, bersantai di bar, ada yang nakal-nakal cuba menyelinap di pelusuk pelusuk sundal. Ada juga yang menjadikan malam sebagai medan kegilaan melihat lampu-lampu LED di sepanjang jalan. Mat rempit pula akan menjadikan laluan di Bagan Ajam untuk melepaskan nafsu rempitnya. Di Georgetown tidak begitu sesuai.
Di medan selera Padang Kota ada pasembor. ketam, udang, fish ball. harga mengikut jenis. Aku pernah makan di situ. Harga boleh tahan,RM35.00. Itu bukan persoalannya. kerana sudah pasti pulangannya memberansangkan.
Waktu maghrib di Padang Kota. Orang ramai semakin memenuhi di setiap sudut dan melangut di bingkai laut. Kebanyakkannya adalah pelancong asing dan orang luar Pulau Pinang. Azan bergema di corong speaker masjid berdekatan. Banyak masjid di Pulau Pinang. Ada yang akan ke masjid berhampiran. Ada yang sememangnya niat jamak maghrib dengan isyak dan bergantung pada nawaitu masing masing. Cahaya waktu maghrib terbias jingga di dada laut. Lampu- lampu dari kapal-kapal laut mula membias cahaya.
Malam sudah bermula. Aku suka lihat beca malam. Ada muzik dari speaker bersegi kecil yang diletakkan di pangkin. Lagu-lagu dangdut nyanyian Inol, Amelina, Mas Idayu. Ada juga lagu dari kumpulan May. Aku suka lampu-lampu LED terhias indah di becanya. diolah seperti bunga mekar. Ada yang berbentuk rama rama. Cantik sungguh. Rezeki mereka dari kayuhan kaki yang tak pernah lelah. di rumah masih ramai yang perlu ditanggung. Anak anak perlu di sekolahkan. masa depan perlu diubah.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan