Sunday, July 5, 2009

Siapa kita untuk bercinta???


Siapa kita?? Kita adalah kita. Ada orang kata rambut sama hitam hati lain-lain. Cinta pula bagaimana???? ..layak kah kita bercinta? ikhlas ke kita bercinta?? Berani ke berkorban demi cinta. P. Ramlee dalam filem Hang Tuah menyanyikan lagu " Berkorban Apa Saja.


cuba hayati senikata ini


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


Kepentingan sendiri

Tidak diingini

Bahagia kekasih

Saja yang diharapi


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati

Itulah tandanya

Jika mahu diuji

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


-P. Ramlee ( dipetik dari filem Hang Tuah)


Kalau diteliti pada senikata lagu ini, jelas bahawa nilai cinta sebenar adalah terlalu tinggi. Cinta memerlukan komitmen dan pengorbanan dan cinta juga tak semestinya bersatu.

Apakah ramai yang mampu melepasi tahap ini. saya percaya tidak ramai. Yang bercinta hanya tahu menggunakan cinta sebagai pemanis.


cuba kita lihat kategori cinta yang ada kat dunia ini.



1. Ada orang yang mencari cinta kerana kesunyian hidup. Kemudiannya apabila hidupnya tidak lagi sunyi dia akan membiarkan cinta itu berlalu pergi.


2. Ada orang mencari cinta kerana hobi. Dia tidak akan tenteram selagi tidak dapat mengutip 10 cinta dalam masa sebulan. Biasanya dari jenis yang kasanova.


3. Ada orang bercinta kerana prinsip. Orang begini akan meletakkan syarat yang menyamai prinsipnya. sekiranya bercanggah bermakna tiadalah cinta baginya. Orang begini tidak mementingkan hati dan perasaan pasangannya.


4. Ada orang menggunakan cinta sebagai sumber pendapatan. ( Mengkomersialkan Cinta). Kebanyakkannya yang kita dengar adalah kategori pisau cukur. Terdiri daripada wanita-wanita cantik yang menggoda lelaki-lelaki kaya tanpa mengira usia semata-mata untuk kemewahan. Tidak kurang juga dari lelaki -lelaki yang malas berkerja dan menggunakan air liur dan sedikit gaya mewah sebagai modal untuk mendapat cinta dari perempuan-perempuan yang berkerjaya. lelaki-lelaki ini hanya tahu mendapatkan wang secara percuma tanpa perlu berkerja.


5. Ada orang yang mencari cinta kerana seks. Habis madu sepah dibuang. Yang lelaki akan menggoda perempuan dan yang mak datin atau janda kaya akan mencari lelaki muda yang kacak sebagai tempat pemuas nafsu.


6. Ada orang bercinta kerana kedudukan. Yang kaya dan berpangkat akan mencari cinta dari pasangan yang setaraf.


7. Ada orang yang ikhlas cintanya tetapi didustai..dan ada yang kehilangan terus cintanya kerana hatinya mati.


..Di manakah sebenarnya CINTA kita....



Fikir-fikirkan.



-Zaidi


6 Julai 2009




5.

2 comments:

  1. Cinta yang melawan hukum alam tu salah tak..apa pendapat awak????? mcm gay? sensitif sket but harap dpt ulas

    ReplyDelete
  2. dah nama lagi gay...tentu la salah..dah la tu ..wat apa nak bercinta ngan kaum sejenis..cari la yang berlainan..sekurang-kurangnya ada la ending. kalau kahwin pun pasti akan dapat zuriat..kalau sama jenis zuriat nak keluar camana...tak ada proses persenyawaan..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan