Monday, November 16, 2009

CATATAN BUAT UNGGU


Hari ini kita dipertemukan

dalam sorak keriuhan

terbias di dada cyber

lantas membina pangkin santai

dalam tawa bersahaja


Dari riuhnya celoteh

diadun dalam pelbagai warna

warna warna kehidupan

di karpet yang terhampar


Dalam kekalutan ekspresi manusia

menerjah cerita cerita tawa

sempat ku curi seraut wajah

yang dianugerahkan keayuan

persis bidadari kayangan


ku cuba meneroka makrifat

mengenal hakikat

mentafsir firasat

dari kelibat yang kian melekat

dalam benak akal yang sarat


dari jauh kucuba mengenal

cerita disebalik raut unggu

dari senyum dan tawanya

ada rahsia yang terbelenggu

tentang sulitnya cerita semalam

yang terpahat diam

bertarung dalam keperitan


dialah unggu...

jiwanya penuh nista

namun hatinya waja



edy...


16 November 2009








1 comment:

  1. nape ni...sume puisi awk cm sdih2 jer..
    sy pn jd cdih tau bace puisi awk ni..
    same cm kisah sy je..hemm

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan