Tuesday, April 6, 2010

Cerita di Bagan Datok...siri 2




Pemandangan indah dari atas jeti di Bagan Datok sekitar jam 6.10 minit petang








Memang mengasyikkan.Memang mempesonakan dan memang terpegun melihat panorama indah di sini. Jam di tangan menunjukkan pukul 6.00 Petang. Sebentar lagi matahari petang akan jadi matahari senja. Sebentar lagi burung burung akan pulang ke sarang.
Aku masih lagi di Jeti bagan Datok sambil memerhatikan gelagat kaki pancing memperjudikan nasib untuk hari ini. mana tau untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tak dapat ikan besar dapat udang kecil pun kira dah memadai.



Masing-masing dalam kepala dengan seribu harapan. Ada yang terbayangkan ikan besar yang akan menarik pancing dan ada juga yang terfikirkan hanya sekadar seekor udang sebesar kelingking. yang penting ada habuan yang akan di bawa pulang.
Sesekali aku menyusur tepian jeti. melewati batu batu besar. mata ligat bermain di gigi pasir dan air yang agak berkeladak dan berlumpur. Mungkin ini lah juga sebabnya tempat ini sesuai dijadikan tempat memancing.

Sedang menunggu habuan untuk hari ini
dari lensa kamera berjarak 500 meter

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan