8 november 2012
Cuti belum habis lagi. Masa berbaki 3 minggu bermakna masih banyak tempat yang boleh aku lawati. Kali ini destinasi aku ke I-City Shah Alam. Khabarnya di sana cukup menarik pada waktu malam khususnya lampu LED nya yang di bina khusus untuk pengunjung I-City
Aku memulakan perjalananku menggunakan kereta kesayanganku Toyota Camry 2.4. Seperti biasa aku mempersiapkan diri dengan menyikan barangan perlu untuk di bawa bersama
pakaian untuk 3 hari siap diisi ke dalam bag. kalau tak cukup lagi aku beli je yang baru
Kereta kesayanganku yang akan membawa aku meredah lebuh raya menghala ke kuala lumpur
Singgah di Bank sekejap untuk mengeluarkan wang sebagai perbelanjaan mengembara.
Pekan Changkat Jering. Hari ni tak ramai yang datang ke sini.suasana juga agak lenggang. mungkin ramai yang pergi kenduri.
>
Kebetulan masuk waktu solat zohor. singgah sebentar di masjid Trong untuk solat.
Gambar bunga yang diambil dari halaman masjid.
Sebelum memulakan perjalanan jauh kena isi minyak dulu. baru la betul. Stesen minyak Trong.
Melewati jalan pintas dari Berus ke Titi Gantung. agak sunyi laluan ini. tapi dekat dan menjimatkan masa.
Jalan yang berselekoh tapi tak ada kenderaan. pemanduan lebih selamat. Di kelilingi tanaman kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan