Hari ke lima di Bandung. Aku banyak menghabiskan masa aku untuk meneroka kota Bandung. Membeli belah sudah semestinya kerana Bandung memang terkenal dengan pusat membeli Belah yang terkenal. Bandung juga terkenal dengan pakaian yang murah terutamanya jeans. Selain itu Barangan kulit seperti kasut , tali pinggang, jaket, dompet dijual dengan harga yang sangat murah.
Di Chihampelas misalnya tempat tumpuan ramai untuk mereka yang gemarkan seluar Jeans. di pasar Baru pula terkumpul pelbagai produk terus dari kilang dan anda akan dapat memperolehinya dengan harga yang murah.
Bermula seawal pagi aku telah pun keluar dari bilik hotel untuk memulakan aktiviti aku hari ini. Bersiar siar di sekitar jalan yang berhampiran dengan stesen keretapi Bandung. Di situ aku dipelawa oleh seorang makcik yang separuh usia untuk merasai keenakkan minum jamu. Katanya baik untuk kesihatan dan lenguh lenguh. ia juga baik untuk tenaga batin. mampu memulihkan kelesuan. Tanpa bertanyakan harga untuk segelas jamu aku terus meminumnya setelah jamu itu di campur dengan bahan bahan herba dan telur ayam kampung. agak geli juga meminumnya kerana aku tak biasa minum jamu. Katanya perlu diminum dalam satu nafas untuk mengelakkan rasa hanyir telur. Setelah minum aku bertanya bayarannya. Katanya cuma 50 ribu. aku tus bayar tanpa rasa was was. Bila aku beranya harga sebenar jamu itu kepada orang lain. katanya cuma 5 ribu sahaja. aduh, terkena lagi aku. Itu lah hakikatnya di kota Bandung. Masih ada yang mengambil kesempatan begitu terhadap pelancong luar. Mungkin itu hanya segelintir sahaja. Masyarakat Bandung yang terdiri dari orang Sunda cukup baik dan peramah malah cantik cantik. berkulit sawo matang. Aku secara peribadi seronok berada di sana dan akan kembali lagi ke sana.
Inilah dia orang yang menjual jamu kat aku. Tapi percayalah, kesan jamu ini sungguh mantap, berkhasiat dan mampu memulihkan tenaga.
Sedang membancuh jamu bersama herba herba lain ke dalam gelas.
Aku juga berkesempatan berkesempatan ke Masjid Agung Bandung untuk solat zohor. Masjid agung Bandung cukup besar dengan senibina yang menarik dan ia juga merupakan mercu tanda kota Bandung. di kaki lima masjid dan juga di persekitarannya dipenuhi dengan peniaga peniaga yang nerniaga. berbeza dengan Malaysia kerana kita tidak dibenarkan berniaga di kaki lima masjid.
>
Pemandangan di sekitar kaki lima masjid agung Bandung dipenuhi dengan orang berniaga.
Masjid Agung Bandung tertulis pada dinding masjid.
Gambar dari jauh Masjid agung Bandung
Menara Masjid Agung Bandung cukup tinggi.
Seorang peniaga yang sudah lanjut usia tetap luat mengangkat barangan untuk dijual di sekitar kaki lima masjid Agung Bandung.
Di Bandung bukan sahaja tempatnya cantik dan menarik tapi juga tersimpan sejarah zaman kolonial. banyak tinggalan sejarah masih ada di situ khususnya pada bangunan banguna lama. Aku juga berkesempatan melawat muzium di Bandung ( dah lupa apa nama muzium tu). Di dalamnya terkandung beberapa cerita sejarah untuk tatapan generasi kini.
lambang Garuda yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Indonesia. Diperbuat daripada warna emas. Megah tersemat di Dewan Persidangan.
Pakcik berbasikal ini menjadi santapan lensa camera aku. lihatlah betapa gigihnya beliau mencari rezeki walaupun sudah berusia.
Pemandangan biasa keadaan jalanraya di Bandung
Replika tentang persidangan/mesyuarat di indonesia.( tapi aku tak pasti mesyuarat tentang apa)
Bangunan zaman kolonial yang menampulkan rekabentuk bangunan yang menarik.
sempat bergambar di hadapan bangunan muzium
Tersergam indah. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Masih Asli dan kekal bertahun
yang paling istemewa lagi ialah makanannya. deretan warung bergerak di Bandung.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan