Perjalanan ke Bandung mengambil masa 4 jam dari Bogor menggunakan Bas. Harga tiket dari Bogor ke Bandung 40 ribu rupiah atau sekitar rm12.00. Tapi kalau anda bercadang untuk naik teksi harganya cukup lumayan iaitu 500 ribu rupiah atau sektar rm150.00.
Sepanjang perjalanan ke Bandung saya dihidangkan dengan pemandangan yang indah dari kehijauan tanah tinggi dan padi padi bukit. memang indah sekali. Sawah padi di sana berada di lereng bukit dan ada juga yang dibuat di kaki bukit. memang cantik.
Friday, December 7, 2012
Hari ke tiga di Bandung
salah satu kawasan sawah padi di lereng bukit. pemandangan dari lebuhraya jakarta - Bandung
Di bandung merupakan kawasan sejuk. Pemandangan juga indah. Kalau berkesempatan melalui lebuh rayanya anda akan dapat melihat Kawah gunung berapi dari jauh.
Pemandangan dari jauh. kelihatan 2 kawah gunung berapi.
Melalui lebuhraya anda akan dapat melihat kiri dan kanan jalan diliputi kawasan hijau dan juga deretan rumah. agak padat rumah di sini. yang menariknya lagi bahagian dinding rumah yang menghadap lebuhraya akan disewakan kepada syarikat syarikat perniagaan seperti syarikat telekomunikasi.
Dinding dinding rumah dihiasi dengan jenama jenama yang disewakan kepada syarikat syarikat swasta.
Had laju di lebuhraya antara Jakarta ke Bandung dibenarkan 80 km/jam. kalau di Malaysia kita dibenarkan 110 km/jam. kereta agak banyak walaupun bukan musim cuti. tapi perjalanan agak lancar kerana telah pun melepasi kawasan sesak.
Suasana di lebuh raya Jakarta - Bandung
Aku sampai di Bandung sekitar jam 4.00 petang waktu Indonesia. tiba sahaja di Stesen Bas Bandung aku disambut oleh pemandu teksi yang bakal mengenakan aku bayaran yang tinggi dan tak masuk akal. Memang terkena aku kali ini. silap aku juga sebab tak bertanya dulu bayaran
dari stesen bas ke hotel. akhirnya aku telah dikenakan bayaran sebanyan 300 ribu rupiah atau rm100.00 padahal caj sebenar mengikut petugas hotel hanya lah 30 ribu sahaja atau rm9.00. Itulah hakikatnya sebagai pelancong. kalau kita tak berhati hati sudah pasti kena tipu secara terang terangan. Ini akan jadi pengalaman buat aku. Pedoman juga untuk yang lain. Pastiakn bertanya dulu bayaran sebenar dan minta kurang kalau boleh.
Di Bandung aku menginap di Serena Hotel dengan bayaran 390,000 rupiah lebih kurang rm120.00. Hotelnya selesa dan perkhidmatannya juga bagus. Sarapan pagi disediakan atau anda boleh juga ke Restoren masakan padang yang berada tidak jauh dari situ. Di Hotel Serena kebanyakannya rakyat Malaysia dan tidak lah ,erasa kesunyian di sana kerana dapat berkenal kenalan dengan pelancong dari Malaysia juga. Di situ juga aku dapat berkenalan dengan beberapa orang petugas terutamanya pak usop yang banyak membantu aku sepanjang di sana. Dia juga sudi membawa aku meronda ronda di sekitar kota Bandung pada waktu malam untuk melihat secara dekat kehidupan Bandung pada waktu Malam.
Ruang lobi hotel Serena.
Untuk memenuhi ruang pada sebelah petang aku mengambil peluang bersiar siar di Cheamplas secara solo. Perkhidmatan teksi ke sana adalah 30 ribu rupiah sahaja. Kalau ambil teksi blue bird anda mungkin dikenakan caj sekitar 20 ribu sahaja kerana jaraknya dengan empat saya menginap tidak lah jauh.
Cheampelas memang terkenal sebagai tempat menjual seluar jeans serta baju baju yang cukup murah. Kalau nak di bandingkan di Malaysia, seluar Jeans di sana amat amat lah murah. Memang betul lah Bandung ini terkenal dengan gelaran Paris Van Java.
Kebetulan juga pada waktu itu ada persembahan k-pop Indonesia. aku tumpang lah sekaki untuk melihat persembahan itu. Kalau dulu zaman muda muda aku memang meminati live muzik. Di sini ramai sekali pelancong dari Malaysia turut serta memeriahkan persembahan tersebut.
Persembahan dari artis k-pop Indonesia.
bergambar menggunakan ipad. kerana tidak ada yang sudi tolong ambilkan gambar aku.
Kawasan tumpuan ramai. di kiri kanan ada mall.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perjalanan yang menyeronokkan
ReplyDeletezie;
ReplyDeletememang mahal harga tmbg teksi yg dikenakan dari stesen bas bandung ke hotel.. nmpk sgt kena tipu.lain kali amik teksi yg pakai meter..teksi bluebird.
akan datang kena sentiasa berhati hati....tapi apa pun memang terbaik
ReplyDelete