Friday, December 7, 2012

Hari Ke empat di Bandung

2 Disember 2012

Hari ini pagi pagi lagi aku telah pun bersiap sedia untuk ke Tangkubang Perahu. Aku ingin melihat secara dekat kawah besar yang terkenal sehingga ke Malaysia ini. Alhamdulillah pemandu teksi yang telah aku bayar sebanyak 500 ribu rupiah telah pun sampai. Itulah bayarannya untuk satu hari. Aku rasa bayaran itu cukup berbaloi kerana mengikut perjanjian teksi itu akan membawa ke mana sahaja yang aku inginkan di sekitar Bandung ini.

Perjalanan pertama sudah tentu ke Tangkubang perahu. Aku melalui jalan kecil di sekitar perkampungan sunda. cukup cantik tempatnya dan difahamkan tempat itu menjadi tumpuan pelancong dari singapura untuk makan dan minum serta melihat Kota Bandung pada waktu malam.




Kelihatan pelancong sedang menjamu selera.




Deretan rumah dan kedai di sepanjang laluan pintas ke Tangkubang Perahu.






beberapa orang penduduk sedang berjogging di sepanjang laluan pintas ke Tangkubang Perahu









seorang lelaki kelihatan sedang mengusung makanan untuk dijual kepada pengunjung.







Buahan segar juga turut dijual di sini dengan harga yang cukup murah.



Di kiri dan kanan di penuhi dengan deretan kedai makan yang diperbuat daripada buluh. memang cantik senibinanya serta gaya makan secara " lesehan" iaitu gaya orang jepun.

Di sepanjang kampung itu juga aku dihidangkan dengan suasana dan pemandangan yang cukup menarik dengan berlatar belakangkan gunung dan bukit yang tinggi serta pohon pohon yang menghijau. dari puncak bukit kelihatan perkampungan yang berada jauh dengan deretan rumah di kaki bukit.




Laluan ke Puncak Tangkubang Perahu di hiasi dengan pohon pohon menghijau dari kiri dan kanan jalan. Sungguh mempersonakan. sejuk mata memandang.



Aku tiba di pintu masuk sekitar jam 11 pagi. di pintu masuk aku perlu membeli tiket terlebih dahulu. Harga bagi pelancong asing adalah lebih mahal. aku lupa berapa harganya. Setelah melepasi pemeriksaan dan mendapat kebenaran untuk masuk, aku memulakan perjalanan dengan teksi. lebih kurang 10 minit aku sampai ke puncak Tangkubang perahu. Rupanya ramai yang berada di puncak. rata rata kebanyakkannya pelancong Malaysia, singapore dan korea.





papan tanda Tangkubang Perahu yang diletakkan di pintu hadapan Laluan masuk.



Menakjubkan. inilah kali pertama aku melihat kawah yang besar hasil letusan gunung berapi. kalau biasanya aku tahu tentang gunung berapi ni dalam TV ataupun masa belajar subjek geografi di sekolah menengah dulu. Memamg besar dan luas. berasap lagi. sulfurnya dapat dihidu dari jauh. menurut jurupandu di situ kawah ini akan sentiasa di pantau dan diperiksa oleh pakar geologi untuk menentukan keselamatan. Kawah ini juga pernah ditutup kepada orang ramai kerana mengeluarkan gas beracun.





Kawah gunung berapi yang dirakam dari puncak.





sempat aku bergambar kenang kenangan di puncak Tangkubang Perahu






Nak senyum dah tak berapa nak boleh dah sebab badan dah rasa penat. gambar kenangan di puncak Tangkubang Parahu.




Ada satu lagi kawah yang perlu aku lihat. iaitu berada lebih kurang 1 km ke bawah. Kawah itu masih aktif. Untuk sampai ke sana aku perlu membayar jurupandu untuk memastiakn keselamatan aku ke sana serta memudahkan aku mendapat maklumat tentang tempat itu. aku diperkenalkan oleh seorang juru pandu. aku dah lupa namanya. Berusia 75 tahun sebagaimana dalam kadnya. Masih kuat dan baik orangnya. Aku perlu membayar 300 ribu rupiah untuk satu jam perkhidmatan dan 100 ribu lagi untuk setiap jam yang ditambah. aku habis la juga sekitar 750 ribu rupiah. atau lebih kurang RM200.00 . tapi aku puas kerana banyak benda yang dapat aku belajar sepanjang turun ke kawah aktif. Banyak juga foto foto yang berjaya dirakamkan sepanjang laluan ke kawah Dimas.


Bagi anda yang bercita cita ke sini diingatkan jangan membeli barangan yang dijual di sini kerana harganya cukup mahal berbanding di kota Bandung.




bergambar bersama juru pandu ketika tiba di kawah Dimas.






bergambar bersama juru pandu tak rasmi. mereka ini mengekori aku dari puncak sampai lah ke kawah Dimas semata mata untuk menjual barangan mereka yang berada dalam beg itu dengan harga yang cukup mahal. Oleh kerana dah kesian sangat aku belikan juga. dah rezekinya.




Menggayakan aksi tarzan atas pokok sempena lawatan tak rasmi ke kawah Dimas.




Air yang sedang mendidih. Kalau berani cuba terjun. Dari kawah Dimas yang masih aktif
>

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan