30 November 2012
Hari Kedua aku berada di Bogor. menginap di Amaris Hotel sememangnya terasa puasnya. mungkin kerana biliknya yang selesa dengan harga yang berpatutan. Sempat jua aku merayau rayau di sekitar bandar bogor serta makan pizza hut di Botani Square. Damai rasanya berada di Bogor. Memang benar
ah Bogor merupakan Kota Hujan. Sepanjang aku berada di sana, sepanjang itu juga aku mengharungi hujan. cuacanya agak dingin. Terkenal sebagai tanah tinggi dan kawasan kajian dan pembiakan tumbuhan. Di Kota Bogor adanya Taman Botani yang menempatkan pelbagai spesis tumbuhan yang berjuta tahun lamanya.
Mercu tanda Kota Bogor
Ada lagi yang unik di sini. Apabila hujan tiba, maka ianya juga akan menguntungkan sesetengah penduduk di situ kerana mampu dijadikan sumber pendapatan sampingan. Perkhidmatan menyediakan payung di kalangan kanak kanak dan orang dewasa cukup menarik perhatian. Bayaran terserah. Begitu unik sekali dengan kanak kanak memegang payung tanpa memakai sepatu di kala hujan sambil berteriak " Payung pak..payung pak". Sekitar Botani Square aku melihat pengangkutan utama di Bogor iaitu Angkutan Kota. Cukup banyak dan pelbagai destinasi. bayarannya kalau dalam kota bogor cuma 2000 rupiah sahaja atau sekitar 70 sen.
Pemandangan biasa di Kota Bogor dengan jumlah kenderaan yang banyak dan kesesakan lalu lintas yang amat teruk
pengangkutan utama di Kota Bogor adalah Angkutan Kota.
Banyak yang menarik sebenarnya. Pengalaman melihat jualan bergerak serta masyarakat yang tak pernah lelah mencari rezeki banyak menginsafkan aku bahawa betapa sukarnya mencari rezeki di sana.
Masyarakat di sini tak pernah kenal erti jemu untuk mencari sesuap nasi. Gigih bekerja. Ada yang berniaga secara kecil kecilan ada juga yang menyediakan perkhidmatan kepada wisata.
Seorang penjual rokok sedang memperagakan rokoknya. Maaf Pak....saya ngak merokok..
Setelah puas aku menongkah kota Bogor aku terus saja ke stesen teksi untuk ke Taman Safari. Khabarnya Taman Safari ada keunikan sendiri. Kita boleh berada bersama sama dengan hidupan liar. Aku bertanyakan harga tambang ke Taman Safari. Pemandu teksi meletakkan harga 400 ribu rupiah. Aku bersetuju dan aku rasa sememangnya berbaloi dengan harga itu kerana terpaksa menempuh perjalanan 2 jam akibat kesesakan yang teruk dan harganya adalah pergi dan balik termasuk kos menunggu dan membawa aku ke kawasan Taman Safari bersama haiwan liar.
Sebuah masjid dengan seni bina yang menarik yang sempat aku rakamkan ketika dalam perjalanan ke Taman Safari.
Dalam perjalanan ke Taman Safari di sepanjang jalan juga khususnya di kawasan yang penuh sesak dengan kenderaan kelihatan ramai orang berjualan terutamanya makanan ringan seperti tauhu, mangga potong dan snek. tekun sekali mereka ini. harganya pun murah sekitar 2 ribu hingga 5 ribu rupiah sahaja
seorang penduduk tempatan sedang menjual mangga dan tauhu di kawasan sesak dengan kenderaan
Laluan ke Taman Safari Bogor
seorang wanita sedang memperagakan ubi kentang untuk dijual sebagai makanan haiwan di Taman Safari
Di sana aku mengambil masa sekitar Dua jam untuk melawat keseluruhan haiwan di sana dan merasai sendiri pengalaman bersama hidupan liar di sana. Haiwan di biarkan bebas dan pengunjung boleh berada dekat asalkan cermin kereta di tutup rapat dan pintu di kunci. Tiket untuk masuk ke sana ialah 136 ribu rupiah atau sekitar rm40.00. Agak luas juga dan menyeronokkan. banyak haiwan haiwan ditempatkan di sini.
Seorang pengunjung sedang memberi makanan kepada kuda belang.
Setelah puas berada di sana aku terus pulang ke hotel penginapan kerana telah terlalu penat dan kemudiannya aku sekali lagi ke Botani Square untuk makan pizaa. itu sahaja yang aku makan di sana kerana aku masih lagi belum biasa makan masakan Bogor yang rata rata terdiri dari masyarakat Sunda.
Restoren masakan Padang. Aku belum berkesempatan makan di sini
pohon besar berhampiran dengan Taman Botani dan juga dekat dengan tempat penginapan aku
Sekolah Pasca Sarjana yang berada berhadapan dengan Taman Botani.
Bergambar di hadapan Taman Botani Bogor.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan