Tuesday, December 11, 2012

Phuket, Aku Datang..10 Dec hingga 13 december 2012


Pelayaran Solo aku ke phuket Thailand

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kali ini aku kembali dengan kisah perjalanan aku ke Phuket Thailand. Tempat yang sudah lama aku idamkan. Kini aku sampai jua ke Phuket. Pengalaman ke sana aku tuliskan di sini untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Hari pertama perjalananku

Tarikh : 10 december 2012

Aku bertolak dari Taiping sekitar jam 11.30 pagi setelah selesai menikmati roti canai telur di kedai kadir di Changkat Jering. Memulakan perjalanan melalui lebuh raya utara selatan melalui tol Changkat Jering menghala ke Utara dengan kelajuan 120km sejam.

Merentasi lebuhraya utara selatan sememangnya amat mengasyikkan saat berada di antara sempadan pulau pinang dan kedah. Kehijauan sawah padi yang terbentang luas dengan dipagari bukit bukit yang tinggi menyegarkan mata memandang.









Pemandangan sawah padi yang sememangnya menjadi santapan mata di lebuhraya utara selatan berhampiran sempadan pulau pinang dan kedah

Setelah hampir dua jam perjalanan aku berhenti sebentar di Kawasan Rehat Gurun iaitu sekitar jam 1.30 Tengahari untuk berehat dan menunaikan solat zohor, makan dan melepaskan hajat. Mungkin disebabkan musim cuti sekolah, ramai orang yang berehat dari destinasi masing masing. keadaan pada tengahari ini agak sesak dengan pelbagai ragam pengguna lebuhraya.





Tandas awam di Hentian Rehat Gurun.







Waktu tengahari. Kawasan letak kereta di hentian rehat Gurun penuh.




Setelah makan dan badan pun rasa segar kembali, aku memulakan perjalanan menuju ke bukit kayu Hitam. Untuk mengelakkan kebosanan ketika memandu aku dihiburkan dengan lagu lagu dari koleksi Alleycats yang aku beli di Taiping. Terkenang zaman muda muda dulu.

Sekitar jam 3.00 petang aku tiba di Chang Lon Kedah. Aku meletakkan kenderaan aku di kawasan parking berbayar bagi memastikan kereta aku selamat dan tidak hilang. Bayaran untuk 4 hari adalah rm20.00.

Dari Chang Lun aku menaiki teksi ke Danok dengan bayaran RM40.00. aku rasa bayaran agak tinggi memandangkan jarak antara Changlon ke Danok tidak lah terlalu jauh. Tapi inilah perniagaan. Setiap penyedia perkhidmatan mempunyai alasan sendiri untuk meletakkan bayaran bagi perkhidmatan masing masing. kita sebagai pengguna berhak memilih.

Sampai di Danok aku mengambil keputusan untuk bermalam di situ selama Satu malam kerana difahamkan Bas ke Phuket dari Hatyai akan bermula pagi esok dan tengahari esok. Aku menginap di Hotel Oliver dengan bayaran sebanyak RM83.00 dan nombor bilik 708.





Katil tempat aku tidur dengan tilam yang empuk dan sungguh selesa.


Pada sebelah malam di Danok aku sempat meninjau ninjau suasana malam. Danok sememangnya terkenal dengan bandar hiburan yang dipenuhi dengan pelbagai perkara yang mampu menggugat keimanan. Aku cuba memberanikan diri untuk beralan jalan seorang diri tapi aku menghadkan perjalanan aku ditempat tempat yang aku fikirkan selamat sahaja. Aku juga perlu fikirkan aspek keselamatan di situ.



Bandar Danok pada waktu malam. pemandangan dari tingkap hotel Oliver






Tarikh : 11 December 2012

Se awal pagi aku sudah pun bangun dan kemudiannya ke kedai berhampiran untuk sarapan pagi. Di Danok untuk dapat makanan halal cukup mudah kerana di sini banyak kedai makanan muslim. Antaranya yang berhampiran dengan hotel TMT.

Aku menaiki Van putih atau terkenal dengan nama mini bas ke Hatyai dengan bayaran RM 6.00 iaitu 60 bath. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke Hatyai. Tiba di Hatyai sekitar jam 11.20 pagi.









Deretan Mini Bas di stesen bas Hatyai




stesen bas hatyai

Sesampai sahaja di stesen bas Hatyai aku terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Phuket. Alhamdulillah masih ada tiket untuk jam 11.45 pagi. Di Hatyai aku masih boleh guna wang malaysia. Aku terus membelinya dengan harga RM37.00. Perjalanan ke phuket dijangka mengambil masa 8 jam dengan bas bernombor 4. Nampaknya penumpang tak ramai untuk ke phuket. jadi aku tak perlu duduk mengikut nombor walaupun telah tercatat no kerusi 6D pada tiket aku. Aku memilih untuk duduk berhampiran dengan tangga. mana tahu kalau ada apa apa kecemasan senang sikit nak keluar.




bergambar kenangan sewaktu dalam bas ketika perjalanan dari Hatyai ke Phuket

Sepanjang perjalanan ke phuket aku dihidangkan dengan pemandangan yang menghijau. Kiri fan kanan jalan dipenuhi dengan pokok getah. Penduduk di sini kebanyakkannya bekerja sebagai penoreh getah. Hujan turun sepanjang perjalanan aku. cuaca agak mendung. aku juga melalui jalan yang berliku. ada sesetengah kawasan jalannya agak teruk kerana masih dalam pembinaan. bas berherak sekitar 80 km sejam. Memasuki laluan berbukit menghala ke trang. Papan tanda menunjukkan 170km untuk sampai ke Krabi. Melintasi beberapa perkampungan orang Islam.





pohon pohon menghijau di kiri dan kanan jalan



kelihatan dereten pokok getah di sepanjang jalan menuju ke Trang


Aku sampai di trang jam 1.50 waku thailand.
Di Trang bas berhenti rehat 30 minit untuk makan tengahari. aku cuma beli air mineral kerana di sini tidak ada makanan halal. aku cuba bertanya pada sorang pakcik yang aku rasa orang melayu beragama islam tapi dia tak tahu bahasa melayu.
aku terpaksa guna baasa thai. nasib baik aku tahu serba sedikit bahasa thai.
..jarak ke phuket dari trang mengambil masa 4 jam lagi. aku akan melalui tepi pantai krabi kalau mengikut peta dalam ipad aku.




kawasan Pekan kecil di Trang. kelihatan beberapa deretan kedai kecil.

Tiba di krabi jam 4.20. Di Krabi ramai penduduk islam. kebanyakkan wanita di sini bertudung. makanan islam juga mudah didapati.





Sebuah masjid yang tersergam indah di Krabi Thailand.







gunung gunung yang tinggi menjadi lanskap biasa di kawasan krabi.


Sampai di Jambatan Phuket jam 7.00 petang. Jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan pulau Phuket tidak lah panjang. Di Phuket Hujan sepanjang jalan. mungkin musim tengkujuh di sini.

Tiba di Stesen Bas Phuket jam 7.30 minit malam. Aku ambil teksi untuk ke pusat bandar dengan harga tambang RM20.00 atau 200 bath. Aku menginap di Pearl hotel dengan bayaran 1000 bath atau Rm100.00. Hotelnya cantik dan selesa. Aku menginap di bilik bernombor 809.





Hotel Pearl di tengah bandar Phuket yang menjadi tempat penginapan aku malam pertama tiba di sini.



Sesampai sahaja di hotel perut pun dah terasa lapar, aku turun ke lobi untuk bertanya di mana lokasi restoren makanan islam. rupanya tak jauh dari situ dan pemiliknya adalah berketurunan arab. menu makanan aku untuk malam ini adalah tomyam dan telur dada. Tomyamnya cukup power, memang menyelerakan. harga sepinggan tomyam ialah rm 200 bath atau rm 20.00.
untuk keseluruhan makan malam aku bernilai rm370 bath atau rm37.00. mak oii..macam makan kat hotel pulak. kalau kat malaysia yang selalu aku makan kat kedai Hassan Tomyam baru RM8.00

Habis makan aku lepak kat bilik hotel sambil melihat bandar phuket dari aras tingkat 8. Pemandangan malam yang biasa kerana kebanyakkan pelancong tertumpu di tepi pantai seperti patong beach.





Phuket town pada waktu malam
Harap maaf. mutu foto kurang memuaskan.





Tarikh : 12 november 2012

se awal pagi aku sudah bangun untuk meneruskan ekspedisi aku di Phuket. Bandar Phuket cukup tenang. tak sibuk macam Hatyai. masyarakat di sini semuanya mesra dan keselamatan pula di tahap terjamin. apa pun harus juga berhati hati.

jam 9.00 pagi aku keluar dari bilik hotel dan terus ke kedai makanan muslim yang berada todak jauh dari situ.
- kat sini tidak ada nasi kerabu. mungkin aku tak jumpa. aku cuma makan roti canai telur dan teh panas di kedai makan muslim . aku rasa pemiliknya berketurunan arab kerana mukanya ada mirip arab. berbadan gempal sedikit.

harga untuk sarapan pagi kali ini rm 750 bath atau 7.50 sen. fuyyo..boleh tahan harganya. kalau di malaysia baru rm 2.30 sen.

sekeping roti harganya rm5.50 dan teh tariknya rm2.50.
kalahkan hotel di kuala lumpur. itu lah hakikatnya di phuket.

selesai makan aku terus ke hotel sekali lagi untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong untuk membawa aku ke beberapa destinasi terutamanya di perkampungan masyarakat islam di Phuket. aku ingin melihat sendiri secara dekat masyarakat minoriti Islam di Phuket.

Dengan bayaran rm 1500 bath atau rm 150.00 aku dijanjikan ke beberapa destinasi. antaranya Kamala, patong beach dan muslim vilage. malam ini aku akan menginap di Patong Beach.

pemandu van ini tak tahu berbahasa inggeris jadi aku terpaksa guna bahasa isyarat dan sedikit bahasa thai yang aku pun faham sikit sikit sahaja.

Bang Kao mempunyai penduduk muslim yang ramai. mengikut kata pemandu pelancong di sini merupakan majorit muslim.



tiba di surin beach sekitar jam 11.50 pagi..kat sini kebanyakkan mat salleh mandi. jadi faham je lah. aku tumpang tengok je. sambil menutup mata dengan tangan tapi dua jari terbuka.





memang betul lah..phuket menjanjikan pantai yang cantik dan pasirnya yang bersih. aku sempat mandi manda di sini dan merasai kesejukkan airnya.

sementara berehat di kerusi dengan bayaran 100 bath atau rm10.00 tentunya menjanjikan keselesaan. dapat melihat suasana pantai sambil berbaring dan menikmati keindahan surin beach di phuket ini.

di pantai ini rasanya untuk bawa kanak kanak tidak begitu sesuai kerana kebanyakkan mat salleh yang hanya memakai seluar dalam sahaja.

>




untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.



sila pastikan tiada kanak kanak di sisi anda.

sementara menantikan badan kering kerana aku tak bawa tuala mandi aku sempat berbual bual dengan 2 orang penjaga pantai yang beragama islam. seronok berbual dengan mereka ini. nasib baik dia orang pandai cakap bahasa inggeris. banyak yang aku dapat berkongsi cerita. dan salah seorang dari mereka merupakan pakar dalam bidang surfing.




masyarakat di sini cukup baik dan mesra. aku suuka berada di sini walaupun kebanyakkan pelancongnya adalah mat salleh. sempat juga aku merakam beberapa keping gambar di sini.













sebelum bertolak ke Kamala beach aku sempat minum air kelapa dan makan pisang. air kelapanya cukup segar dan sedap. penjualnya rata rata dari masyarakat islam di sini. jadi untuk mencari makanan mudah sekali.




Air kelapa di Surin Beach.






Masyarakat islam yang berniaga di Surin Beach.


Aku kemudiannya tiba di Kamala Beach sekitar jam 2.00 petang. aku menyusuri Kamala Beach bersama kamera aku dan merakam beberap keping gambar di sini. Di Kamala beach ramai orang islam berniaga dan tidak menjadi masalah untuk makan dan minum di sini. banyak produk produk yang cantik dan berkualiti di sini. aku juga sempat makan somtum di Kamala Beach.




dari kamala beach aku terus ke patong beach. aku check in hotel yang berhampiran dengan Bangla road. bangla road merupakan tempat tumpuan pelancong. macam macam ada . kadar hotel di sini agak mahal kerana di sini merupakan tempat tumpuan pelancong barat. berada di pusat bandar patong seperti berada di negara orang putih.
sepanjang berjalan di sekitar bandar patong ini tak ramai pun orang melayu atau pelancong dari Malaysia. Aku hanya btemu dengan tiga keluarga sahaja. kesemuanya dari Kuala Lumpur. kebanyakkannya mat salleh dan minah salleh. Terasa seperti berada di Austaralia.

Aku menginap di CN hotel dengan bayaran Rm150.00. hotelnya 3 bintang. kadarnya lebih kurang dengan malaysia juga. aku menginap di bilik 313





Bilik 313 di C&N Hotel. cukup selesa dan disertakan dengan wifi.



aktiviti sebelah malam.

aku berjalan jalan sekitar tempat aku menginap.
sewa motor dengan harga 300 baht untuk memudahkan perjalanan aku.
Di situ ramai yang menawarkan perkhidmatan mengurut dengan mempamerkan gadis gadis yang cantik dan menawan.

aku sempat merasai keindahan malam di patong beach dengan pelbagai gelagat manusia. untuk minum dan makan juga ada masakan muslim dari masyarakat pattani dan juga muslim setempat.

aku meronda mengelilingi bandar patong dengan motor yang disewa.
keselamatan di sini sungguh terjamin tanpa ada rasa takut walaupun berjalan secara sendirian pada waktu malam.

aku juga sempat berbual bual dengan seorang rakyat Nepal yang pernah berkerja di Thailand dan sekarang ini telah membuka perniagaan di Phuket. beliau fasih berbahasa melayu dan pernah berkerja di merata tempat di Malaysia selama 7 tahun.

menurutnya di phuket tidak ada kedai yang menyediakan masakan malaysia. katanya orang Malaysia ramai yang datang ke sini. beliau juga rindukan teh tarik.

aku lewati lagi malam di patong beach dengan menjelajah Bangla road. memang mengasyikkan dan memang menggugat keimanan. tidak ubah seperti di hollywod. macam macam ada. dari tarian tiang hingga lah kepada tarian pondan. ada juga pertunjukkan silap mata. ping pong show. yang menariknya anda tidak akan merasa takut di sini kerana kebanyakkan nya pelancong asing dan keselamatan cukup terjamin.

mudahnya..bangla road ada segalanya. datang sendiri baru tau.susah nak diceritakan di sini.

penat berjalan aku paulang ke hotel dengan seribu pengalaman di bangla road untuk aku catatkan di sini.

selamat malam..aku tidur dulu.

Tarikh.. 13 december

seawal pagi aku bangun dan terus check out. destinasi pertama adalah mencari makaan muslim dan aku temuinya di pesisir patong beach . aku makan nasi putih. teh dan daging masak merah. boleh tahan sedapnya. harga juga boleh tahan. 750 baht.

selesai makan aku memulangkan motor yang si sewa untuk mendappatkan kembali passport aku. yang disian oleh penyewa motor.

dari situ aku terus ke agensi tiket untuk dapatkan tiket ke Hatyai . alhamdulillah aku dapat dengan bayaran 650 baht. aku menggunakan mini bas kerana lebih selesa dan cepat berbanding bas besar.


hari ini aku akan pulang ke malaysia.


















































































ada lagi..tapi mata dan mengantuk..sambung lain kali





ada lagi..tapi mata dan mengantuk..sambung lain kali