Friday, July 3, 2009

"Aku Dalam Dilema"

"Aku Dalam Dilema"....Mungkin ramai orang yang pernah mendengar ungkapan ini...Ungkapan yang selalunya dituturkan oleh sesetengah orang yang buntu dalam membuat keputusan. Bak kata orang tua " Ditelan mati mak, diluah mati bapak".

Apa situasi sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan satu dilema yang memenatkan diri. Ramai orang percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya dan ramai juga percaya kadang-kadang setiap penyelesaian itu memerlukan satu pertimbangan yang rumit.

Seorang yang sudah pun mempunyai pasangan hidup(kekasih) dan secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang teman. Perhubungannya yang bermula sebagai seorang sahabat biasa akhirnya membuahkan perasaan sayang sedangkan pada waktu yang sama dia juga mempunyai kekasih hati yang sentiasa mengambil berat. Sahabatnya pula seorang yang penyayang dan juga tidak pernah putus asa dalam mendekati hati dan perasaan walaupun atas tiket kawan biasa. Hubungan yang berterusan ini menyebabkan terjalinnya satu hubungan perasaan yang tidak dirancang.

maka bermulalah satu situasi yang memenatkan dirinya apabila wujudnya dua hati dalam satu jiwa. Yang dikendong punyai ciri yang menyenangkan dan dipimpin pula ada jiwa yang santun dan sabar. Konteks hubungan dua jiwa satu hati ini menyebabkan wujudnya kekeliruan dalam dirinya dalam membuat keputusan. Kesilapan dalam membuat keputusan akan mengundang penyesalan.

Mengikut sesetengah pengkaji kekeliruan ini timbul apabila adanya kesamaan dalam pola hubungan perasaan dan ciri-ciri yang ada. Kriteria tuntutan hati dan keperluan jiwa semuanya terkandung antara kedua-dua ini. Kekeliruan ini juga akan mengundang rasa tidak tenteram dalam membuat keputusan.

Apa pun keadaannya, perlu ada satu sahaja keputusan. Sememangnya apabila dilihat secara mendalam dan diperhalusi satu persatu sudah pasti akan ditemui salah seorang darinya adalah yang terbaik dan memenuhi citarasa dan keperluan masa hadapan. Dalam membuat keputusan kita tidak boleh melihat hanya pada konteks luaran sahaja. Pengamatan terhadap ciri-ciri dan kepentingan terhadap masyrakat juga perlu diambil kira.

Cuba ambik satu kertas, senaraikan kebaikan pasangan anda yang A dan senaraikan pula kebaikan pasangan anda yang B. Senaraikan seberapa banyak kebaikan yang ada pada pasangan anda dari sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya. Setelah selesai, senaraikan pula keburukan mereka pula dari sekecil-kecil keburukan sehinggalah sebesar-besar keburukan. Buat padanan dengan mengambil kira keperluan diri kita dan kerluan keluarga serta masyarakat setempat.
hasil dari dapatan ini buat satu kesimpulan. Saya percaya sedikit sebanyak kebuntuan dalam memecahkan kekeliruan akan terungkai. Setelah terhasil maka kita tidal lagi berada dalam dilema.

Fikir-fikirkan


-zaidi

3 Julai 2009

5 comments:

  1. d cna menanti d cni menunggu

    ReplyDelete
  2. ai dah ada orang ketiga ke-n.sarawak

    ReplyDelete
  3. ini sekadar artikel berdasarkan pengamatan dan pemerhatian dan tidak ada kaitan dengan penulis. harap maklum kepada semua pembaca

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. sy suka bce artikel nei.....dua hati dalm stu jiwa

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan