Friday, October 7, 2016

kembara ke Hatyai..






'Kali ni entri aku adalah tentang kembara solo ke Hatyai dan Songkla. misi kali ini hanya lah sekadar musim cuti sekolah. Tidak ada apa yang menarik untuk misi kali ini. Yang berbeza hanyalah kali ini aku memandu sendiri camry aku hngga sampai ke Hatyai dan Songkla.

        Aku memulakan perjalanan merentasi lebuh raya utara selatan menghala utara. Merentasi sawah padi yang terbentang luas amat mengasyikkan. perjalanan selama 3 jam bermula dari Changkat Jering hinggalah ke Bukit Kayu Hitam. 

Sawah padi yang menghijau di sepanjang lebuh raya



bunga bunga indah di sepanjang jalan


       Aku tiba di bukit Kayu Hitam skitar jam 2.00 petang. Aku kemudiannya beratur untuk proses pemeriksaan imigresen. Aku sebenarnya agak takut sedikit kerna masih terkenang pengalaman lama apabila aku pernah di halang dari keluar negara ketika cuba untuk mengunjungi pulau Karimun 4 tahun yang lalu. Aku dihalang akibat tidak membayar hutang PTPTN. Akhirnya aku terpaksa akur dan pulang semula ke Perak. Kejadian tu berlaku di sebuah jeti di Johor. masa tu aku nak naik feri ke pulau karimun.

   tapi itu dah berlalu. aku sekarang ni dah clear setelah aku berunding dengan PTPTN dan membayar RM5000 ringgit.


        Setelah selesai pemeriksaan imigresen aku tus memandu ke Hatyai. Tiba di Hatyai aku bermalam di sebuah hotel di Hatyai dengan bayaran RM60.00. Sebelah malam tiada yang menarik. hanyalah sekadar jalan jalan di bandar Hatyai sambil cuci mata. memang betul. Hatyai ni macam macam ada. dari segala macam dan segala hiburan. Kupu kupu malam dan tukang urut penuh seksi bersidai di muka pintu kedai sambil memanggil pelanggan dengan gaya yang menggoda. Aku kemudiannya singgah di sebuah kedai tomyam untuk makan malam. Mnu aku kali ini adalah tomyam. asli dan tulus. rasa tomyam sebenar.

    Hari yang ke 2..

      Hari ini aku check in awal. destinasi ku adalah ke pantai songkal yang terletak kira kira satu jam perjalanan dari hatyai. Aku pernah datang sebenarnya ke pantai ini. tapi sudah lama. sekarang aku kembali lagi secara solo.

      Pantai ini sebenarnya tempat istirehat penduduk setempat. pantainya agak cantik juga. terdapat satu replika ikan fuyung emas dan merupakan salah satu replika tarikan pelancong.

kelihatan orang ramai mengunjung tempat replika ikan duyung.



selain replika ikan duyung, terdapat juga replika kucing dan tikus berwarna emas. aku tak pasti apa perkaitannya dengan pantai songkla. anda boleh menyemaknya melalui internet.



replika kucing dan tikus yang menarik perhatian lensa kamera aku.


     Samila beach yang ada di songkla ini sememangnya telah menerima ribuan pelancong sepanjang musim cuti. Makanan yang enak dan pelbagai ini menarik perhatian pelancong untuk terus datang ke sini. di tepi pantai, bermacam jualan dan juga daya tarikan untuk setiap pelancong.

orang ramai mengambil kesempatan bercuti di hujung minggu..



layang layang yang sedia dinaiikan dengan harga yang berpatutan



Seorang warga tempatan sedang berjalan berhampiran seekor kuda



penjual cenderahati bergerak adalah pemandangan biasa di sepanjang pantai




kuda oh kuda..



seorang kanak kanak sedang menunggang kuda sambil dibantu oleh petugas.



demi sesuap nasi : seorang warga tempatan sedang menjual permainan kanak kanak




plat peringatan yang tertulis sejarah songkhla









Saturday, October 1, 2016

misi kayuhan meredah Senduk Ulu ( 1 Oktober 2016)

   Kali ini kayuhan jarak dekat. hanyak beberapa kilometer sahaja dari rumah. suasana pagi dengan kesegaran dan kenyamanan di pinggir bukit merupakan iklim yang sesuai untuk aku berkayuh hari ini. bermula jam 7.00 pagi saya telah menyiapkan peralatan dan memeriksa keadan basikal. 

bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan


peralatan memasak juga dibawa  sebagai persediaan sekiranya kayuhan meredah hutan melepasi waktu tengahari. Destinasi kali ini adalah kawasan Senduk Ulu yang khabarnya mempunyai air terjun yang cantik yang juga sering dikunjungi oleh penduduk setempat. Laluan pada peringkat awal agak baik dengan jalan tar namun semakin dalam jalan semakin mencabar dan akhirnya jalan tar sudah tidk ada cuma yang tinggal trck biasa yang berbatu.

laluan bertar memudahkan kayuhan


      sepanjang kayuhan pemandangan kiri dan kanan hanya dihidangkan dengan pokok pokok kayu yang menghijau dan sesekali dihadiahkan dengan wajah wajah bukit yang tersergam indah. Seperti biasa hari ini cuaca agak baik dan cahaya matahari pagi begitu indah sekali. warna kuning yang terbias dari daun pokok menambahkan lagi keindahan pagi. burung burung semakin galak terbng dan hinggap dari satu pokok ke satu pokok.

 pemandangan pokok pokok disimbHi cahaya di pagi hari



 suara merdu burung dengan pelbagai spesisi shut menyahut. Saya juga meredah beberapa ladang kelapa sawit yang masih baru. terdapat di tengah hutan ni ada satu kubur lama. khabarnya milik orang ternama. berpagar , cuma agk terbiar. hampir satu jam, kaki mula penat mengayuh dan saya berehat sebentar. 


berehat sebentar sambil menghirup udara pagi..



Namun kali ini...ada sesuatu yang tak kena. kayuhan say tersasar jauh. air terjun yang dicari tak ditemui tapi yang ditemui hanyalah air terjun yang berada jauh dihutan dan tiada orang yang mandi di situ. oleh kerana tidak biasa dengan tempat ini dan atas faktor keselamatan saya mengambil keputusan untuk keluar dari hutan ini dan pulang ke rumah.


air terjun terbiar...airnya cukup bersih




sekian...


Friday, September 30, 2016

Berbasikal dari Changkat Ibol - Changkat Jering -Taiping

     Hari minggu dengan cuaca yang cukup baik. Suasana pagi di Kg. Changkat Ibol sememangnya agak sejuk dan nyaman kerana berada di kaki bukit Gantang. Kandungan oksigen cukup tinggi dan sesuai untuk paru paru. Kehidupan masyarakat yang tenang dan tidak terlalu sibuk ini lebih memberi nilai positif kepada penghuninya. 

 Kg. Changkat Ibol di pagi Hari.

       Seperti tempat tempat lain, Kg Changkat Ibol, masyarakatnya akan mencari bekalan pagi dan bersarapan sebelum memulakan pekerjaan. Hari minggu mungkin lebih sedikit kuih muih untuk di bawa balik memandangkan anak anak pada hari ini cuti sekolah dan ada juga anak cucu yang mungkin pulang ke kampong.



salah sebuah kedai yang berada di tepi masjid yang banyak menjual kuih muih.


        Hari ini saya pula sudah mula menyiapkan peralatan untuk memulakan akyiviti kayuhan dari Changkat Ibol - Changkat Jering hinggalah ke Taiping. Kali ini jaraknya dalam sekitar 18 km sahaja. sebagai permulaan untuk kayuhan yang lebih jauh. Aktiviti ke arah menyihatkan badan ini baru sahaja saya cuba berjinak jinak memandangkan aktiviti sukan lain seperti bola sepak sudah tidak mampu lagi akibat faktor usia. 

   Bermula jam 7.00 pagi kayuhan pun bermula merentasi jejantas pendek lebuh raya utara selatan yang berhampiran dengan hentian rehat bukit gantang. kayuhan memanaskan badan terlebih dahulu saya mulakan dengan meredah beberapa buah kampong. udara cukup segar dengan kedinginan pagi. cahaya matahari yang membias di celah celah daun mencantikkan lagi suasana.

pemandangan dari jalan kecil di sebuah perkampungan.
kelihatan cahaya matahari membias di celah celah daun


        Setelah 30 minit kayuhan saya tiba di Jelutong. di sini saya berhenti seketika untuk sarapan pagi. roti canai dan teh tarik menjadi menu sarapan pagi ini. tambah kolestrol sebelum bakar baik. 


Di sebuah warung roti canai di Kg. Jelutong


      Kayuhan diteruskan lagi dengan perjalanan yang agak jauh. pendakian pula bermula terutamanya di laluan kuala kangsar-Butterworth. gear rendah terpaksa digunakan untuk memudahkan pendakian. Paha terasa seperti lenguh. tapi semangat untuk terus tiba di Taiping tetap kuat.  Kayuhan semakin laju menyusuri pekan Changkat Jering dan kemudiannya menghala ke Air Kuning. di sini berehat sebentar untuk melepaskan penat sambil meneguk air yang memang tersedia di basikal.


    Di kawasan sekolah rendah di Pengkalan Aur

           Melepasi Air Kuning saya meneruskan kayuhan ke Taman perumahan untuk mencari jalan pintas. berpandukan GPS saya akhirnya dapat menembusi taman perumahan Kawasan Tupai dan tiba di persimpangan Taman Tasik Taiping.


bergambar di tepi jalan berhampiran bandar Taiping.

       Dari sini saya berehat sekali lagi dan kemudiannya terus ke Taman Tasik untuk menikmati keindahan taman tasik Taiping dan menamatkan kayuhan saya.






kembara ke Medan ( 19 julai 2014 hingga 21 Julai 2014 )


    Kota Medan yang terletak di utara Indonesia merupakan bandar yang terbesar yang berada di luar pulau Jawa. dengan kapasiti penduduk melebihi 2 juta orang, Medan telah terkenal antara bandar yang sibuk dngan hiruk pikuk kenderaan dan manusia. Lokasinya yang hempir dengan Malaysia telah banyak menerima tetamu dan pengunjung khususnya dari Malausia, Singapore dan negara negara jiran lain. Keluasan yang dianggar 265.10 km persegi dan terbahagi kepada beberapa provinsi.







Image result for kota medan
      Pemandangan kota Medan dari atas


Dalam industri pelancongan, Medan sudah tidak asing lagi bagi pengunjung atau pelancong dari luar negara khususnya keindahan Tasik Toba yang mempunya bentuk muka bumi dan lanskap yang menarik. Tasik yang terhasik dari letusan gunung berapi sejak berjuta tahun dahulu telah memberi peluang pendapatan kepada masyarakat setempat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang berasaskan pelancongan dan kerjatangan.

                               Danau Toba
        Pulau Samosir  yang dihuni oleh masyarakat dari suku batak yang masih lagi mengekalkan kehidupan secara tradisonal sudah semestinya menghidangkan sejarah masyarakatnya kepada pelancong yang berkunjung ke situ. Senibina rumah yang mempunyai pertalian dengan masyarakat minangkabau di negeri sembilan menyembunyikan banyak rahsia untuk diterokai serta beberapa kepercayaan masyarakat batak. 


Rumah tradisional kaum Batak di Pulau Samusir


       Saya pernah ke pulau Samosir beberapa tahun dahulu sewaktu lawatan pertama ke Medan. Perjalanan menggunakan laluan air ( bot penumpang mengambil masa sekitar 1 jam ) menyusuri danau Toba.


      Kali ini saya kembali lagi ke Medan tapi bukan atas nama melancong cuma sekadar untuk merasai pengalaman berpuasa di kota Medan. Kata orang..lain tempat lain pengalaman...

     Setelah mendapat kata putus..kami memulakan perjalanan kami seramai 7 orang. Perjalanan yang bermula jam 12.30 tengahari dari Kg. Gajah ke Pulau pinang dengan menyusuri lebuh raya utara-selatan. Singgah sebentar di masjid untuk bersolat jumaat sebelum meneruskan lagi perjalanan. ( Kg. Gajah - Bota - Layang- Tg. Belanja - Titi Gantung -Berus - Trong - Changkat Jering - Penang )



 Hari pertama 19 Julai 2014

   Tiba di Lapangan terbang Penang sekitar jam 3.30 petang dan  menaiki pesawat Air Asia dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit. tiba di airport Kualanamu Medan sekitar jam 6.00 ptang waktu Indonesia.  
terus ke Hotel penginapan. Hotel penginapan kami adalah hotel Grand Angkasa. Oleh kerana sudah waktu malam kami hanya berehat di hotel sambil sesetengah dari kami mengambil kesempatan berjalan jalan di sekitarnya sahaja.



bergambar di lobi hotel penginapan



Hari kedua ( 20 Julai 2014 )

Aktiviti meninjau di pasar pasar di sekitar medan. saya sempat singgah di pasar pagi dan sempat melihat barangan jualan yang dijual oleh peniaga di sana. kelihatan agak murah berbanding di Malaysia. Sayuran juga segar. cuma keadaan pasarnya yang agak tak terurus. 



       Pada sebelah petang kami bergerak ke Masjid Raya. Masjid Raya antara masjid yang tertua di Medan. Untuk mengetahui tentang nasjid ini, saya sedut sedikit beberapa maklumat tentang masjid ini di wikipedia.

       Masjid Medan.


      Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun merupakan sebuah masjid yang terletak di MedanIndonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan selesai pada tahun 1909. Pada awal pendiriannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya arsitekturnya khas Timur TengahIndia dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi delapan dan memiliki sayap di bagian selatan, timur, utara dan barat. Masjid Raya Medan ini merupakan saksi sejarah kehebatan Suku Melayu sang pemilik dari Kesultanan Deli (Kota Medan).



       Di sekitar masjid Raya pula ada festival Ramadhan dan terdapat gerai gerai makanan yang panjang. banyak pilihan makanan yang tewedia. memang tidak mempunyai masalah bagi kami untuk berbuka puasa. Yang paling uniknya adalah makanan yang pelbagai untuk berbuka puasa. di kaasan masjid juga kelihatan beberapa orang miskin dan anak anak jalanan sedang menunggu untuk berbuka puasa dan makanan di agihkan oleh pihak masjid. Kami berbuka puasa di sepanjang gerai makanan dan kemudiannya terus solat terawih. solat terawih di sini pantas sekali. bacaan juga pendek. jadi cepat lah habis.


bergambar bersama cikgu meor di satu kiosk di ramadhan fair Medan


     Selesai solat terawih kami kemudiannya ke pusat makanan untuk makan malam. kinjungan kami kali ini adalah ke rumah Makan masakan Padang. memang enak sekali. harga juga boleh tahan. tapi makanan kami disponsor oleh cikgu zul.
        
       Selepas makan kami sempat berjalan jalan di sekitar dan membeli sedikit buah tangan untuk kembali ke hotel. di hotel berehat sambil sembang sembang kosong sambil tunggu mata lelap.

    Hari ketiga ( 21 Julai 2014 )

Kami bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. tidak banyak tempat yang sempat kami lawati kerana waktu yang terhad dan kebetulan pula bulan puasa. 


bergambar bersama cikgu Idris sebelum berangkat pulang




dalam perjalanan ke airport kami singgah di sebuah tempat yang membuat kek lapis. Kek Lapis memang terkenal di Medan khususnya bagi pelancong pelancong yang datang ke Medan. Rasanya sedap. kami membeli beberapa biji kek lapis untuk di bawa pulang. Kami kemudiannya tiba di Airport. iaitu destinasi terakhir di Medan sebelum terbang pulang ke Malaysia.


bersama penari indonesia ketika di airport Kualanamu.




bergambar di hadapan pentas tarian di Airport Medan