Seperti tempat tempat lain, Kg Changkat Ibol, masyarakatnya akan mencari bekalan pagi dan bersarapan sebelum memulakan pekerjaan. Hari minggu mungkin lebih sedikit kuih muih untuk di bawa balik memandangkan anak anak pada hari ini cuti sekolah dan ada juga anak cucu yang mungkin pulang ke kampong.
Hari ini saya pula sudah mula menyiapkan peralatan untuk memulakan akyiviti kayuhan dari Changkat Ibol - Changkat Jering hinggalah ke Taiping. Kali ini jaraknya dalam sekitar 18 km sahaja. sebagai permulaan untuk kayuhan yang lebih jauh. Aktiviti ke arah menyihatkan badan ini baru sahaja saya cuba berjinak jinak memandangkan aktiviti sukan lain seperti bola sepak sudah tidak mampu lagi akibat faktor usia.
Bermula jam 7.00 pagi kayuhan pun bermula merentasi jejantas pendek lebuh raya utara selatan yang berhampiran dengan hentian rehat bukit gantang. kayuhan memanaskan badan terlebih dahulu saya mulakan dengan meredah beberapa buah kampong. udara cukup segar dengan kedinginan pagi. cahaya matahari yang membias di celah celah daun mencantikkan lagi suasana.
pemandangan dari jalan kecil di sebuah perkampungan.
kelihatan cahaya matahari membias di celah celah daun
Setelah 30 minit kayuhan saya tiba di Jelutong. di sini saya berhenti seketika untuk sarapan pagi. roti canai dan teh tarik menjadi menu sarapan pagi ini. tambah kolestrol sebelum bakar baik.
Di sebuah warung roti canai di Kg. Jelutong
Kayuhan diteruskan lagi dengan perjalanan yang agak jauh. pendakian pula bermula terutamanya di laluan kuala kangsar-Butterworth. gear rendah terpaksa digunakan untuk memudahkan pendakian. Paha terasa seperti lenguh. tapi semangat untuk terus tiba di Taiping tetap kuat. Kayuhan semakin laju menyusuri pekan Changkat Jering dan kemudiannya menghala ke Air Kuning. di sini berehat sebentar untuk melepaskan penat sambil meneguk air yang memang tersedia di basikal.
Di kawasan sekolah rendah di Pengkalan Aur
Melepasi Air Kuning saya meneruskan kayuhan ke Taman perumahan untuk mencari jalan pintas. berpandukan GPS saya akhirnya dapat menembusi taman perumahan Kawasan Tupai dan tiba di persimpangan Taman Tasik Taiping.
bergambar di tepi jalan berhampiran bandar Taiping.
Dari sini saya berehat sekali lagi dan kemudiannya terus ke Taman Tasik untuk menikmati keindahan taman tasik Taiping dan menamatkan kayuhan saya.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan