Kota Medan yang terletak di utara Indonesia merupakan bandar yang terbesar yang berada di luar pulau Jawa. dengan kapasiti penduduk melebihi 2 juta orang, Medan telah terkenal antara bandar yang sibuk dngan hiruk pikuk kenderaan dan manusia. Lokasinya yang hempir dengan Malaysia telah banyak menerima tetamu dan pengunjung khususnya dari Malausia, Singapore dan negara negara jiran lain. Keluasan yang dianggar 265.10 km persegi dan terbahagi kepada beberapa provinsi.
Pemandangan kota Medan dari atas
Dalam industri pelancongan, Medan sudah tidak asing lagi bagi pengunjung atau pelancong dari luar negara khususnya keindahan Tasik Toba yang mempunya bentuk muka bumi dan lanskap yang menarik. Tasik yang terhasik dari letusan gunung berapi sejak berjuta tahun dahulu telah memberi peluang pendapatan kepada masyarakat setempat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang berasaskan pelancongan dan kerjatangan.
Danau Toba
Dalam industri pelancongan, Medan sudah tidak asing lagi bagi pengunjung atau pelancong dari luar negara khususnya keindahan Tasik Toba yang mempunya bentuk muka bumi dan lanskap yang menarik. Tasik yang terhasik dari letusan gunung berapi sejak berjuta tahun dahulu telah memberi peluang pendapatan kepada masyarakat setempat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang berasaskan pelancongan dan kerjatangan.
Danau Toba
Pulau Samosir yang dihuni oleh masyarakat dari suku batak yang masih lagi mengekalkan kehidupan secara tradisonal sudah semestinya menghidangkan sejarah masyarakatnya kepada pelancong yang berkunjung ke situ. Senibina rumah yang mempunyai pertalian dengan masyarakat minangkabau di negeri sembilan menyembunyikan banyak rahsia untuk diterokai serta beberapa kepercayaan masyarakat batak.
Rumah tradisional kaum Batak di Pulau Samusir
Saya pernah ke pulau Samosir beberapa tahun dahulu sewaktu lawatan pertama ke Medan. Perjalanan menggunakan laluan air ( bot penumpang mengambil masa sekitar 1 jam ) menyusuri danau Toba.
Kali ini saya kembali lagi ke Medan tapi bukan atas nama melancong cuma sekadar untuk merasai pengalaman berpuasa di kota Medan. Kata orang..lain tempat lain pengalaman...
Setelah mendapat kata putus..kami memulakan perjalanan kami seramai 7 orang. Perjalanan yang bermula jam 12.30 tengahari dari Kg. Gajah ke Pulau pinang dengan menyusuri lebuh raya utara-selatan. Singgah sebentar di masjid untuk bersolat jumaat sebelum meneruskan lagi perjalanan. ( Kg. Gajah - Bota - Layang- Tg. Belanja - Titi Gantung -Berus - Trong - Changkat Jering - Penang )
Hari pertama 19 Julai 2014
Tiba di Lapangan terbang Penang sekitar jam 3.30 petang dan menaiki pesawat Air Asia dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit. tiba di airport Kualanamu Medan sekitar jam 6.00 ptang waktu Indonesia. terus ke Hotel penginapan. Hotel penginapan kami adalah hotel Grand Angkasa. Oleh kerana sudah waktu malam kami hanya berehat di hotel sambil sesetengah dari kami mengambil kesempatan berjalan jalan di sekitarnya sahaja.
Hari kedua ( 20 Julai 2014 )
Aktiviti meninjau di pasar pasar di sekitar medan. saya sempat singgah di pasar pagi dan sempat melihat barangan jualan yang dijual oleh peniaga di sana. kelihatan agak murah berbanding di Malaysia. Sayuran juga segar. cuma keadaan pasarnya yang agak tak terurus.
Pada sebelah petang kami bergerak ke Masjid Raya. Masjid Raya antara masjid yang tertua di Medan. Untuk mengetahui tentang nasjid ini, saya sedut sedikit beberapa maklumat tentang masjid ini di wikipedia.
Masjid Medan.
Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun merupakan sebuah masjid yang terletak di Medan, Indonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan selesai pada tahun 1909. Pada awal pendiriannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya arsitekturnya khas Timur Tengah, India dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi delapan dan memiliki sayap di bagian selatan, timur, utara dan barat. Masjid Raya Medan ini merupakan saksi sejarah kehebatan Suku Melayu sang pemilik dari Kesultanan Deli (Kota Medan).
Di sekitar masjid Raya pula ada festival Ramadhan dan terdapat gerai gerai makanan yang panjang. banyak pilihan makanan yang tewedia. memang tidak mempunyai masalah bagi kami untuk berbuka puasa. Yang paling uniknya adalah makanan yang pelbagai untuk berbuka puasa. di kaasan masjid juga kelihatan beberapa orang miskin dan anak anak jalanan sedang menunggu untuk berbuka puasa dan makanan di agihkan oleh pihak masjid. Kami berbuka puasa di sepanjang gerai makanan dan kemudiannya terus solat terawih. solat terawih di sini pantas sekali. bacaan juga pendek. jadi cepat lah habis.
bergambar bersama cikgu meor di satu kiosk di ramadhan fair Medan
Selesai solat terawih kami kemudiannya ke pusat makanan untuk makan malam. kinjungan kami kali ini adalah ke rumah Makan masakan Padang. memang enak sekali. harga juga boleh tahan. tapi makanan kami disponsor oleh cikgu zul.
Selepas makan kami sempat berjalan jalan di sekitar dan membeli sedikit buah tangan untuk kembali ke hotel. di hotel berehat sambil sembang sembang kosong sambil tunggu mata lelap.
Hari ketiga ( 21 Julai 2014 )
Kami bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. tidak banyak tempat yang sempat kami lawati kerana waktu yang terhad dan kebetulan pula bulan puasa.
bergambar bersama cikgu Idris sebelum berangkat pulang
dalam perjalanan ke airport kami singgah di sebuah tempat yang membuat kek lapis. Kek Lapis memang terkenal di Medan khususnya bagi pelancong pelancong yang datang ke Medan. Rasanya sedap. kami membeli beberapa biji kek lapis untuk di bawa pulang. Kami kemudiannya tiba di Airport. iaitu destinasi terakhir di Medan sebelum terbang pulang ke Malaysia.
bersama penari indonesia ketika di airport Kualanamu.
bergambar di hadapan pentas tarian di Airport Medan
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan