peralatan memasak juga dibawa sebagai persediaan sekiranya kayuhan meredah hutan melepasi waktu tengahari. Destinasi kali ini adalah kawasan Senduk Ulu yang khabarnya mempunyai air terjun yang cantik yang juga sering dikunjungi oleh penduduk setempat. Laluan pada peringkat awal agak baik dengan jalan tar namun semakin dalam jalan semakin mencabar dan akhirnya jalan tar sudah tidk ada cuma yang tinggal trck biasa yang berbatu.
sepanjang kayuhan pemandangan kiri dan kanan hanya dihidangkan dengan pokok pokok kayu yang menghijau dan sesekali dihadiahkan dengan wajah wajah bukit yang tersergam indah. Seperti biasa hari ini cuaca agak baik dan cahaya matahari pagi begitu indah sekali. warna kuning yang terbias dari daun pokok menambahkan lagi keindahan pagi. burung burung semakin galak terbng dan hinggap dari satu pokok ke satu pokok.
pemandangan pokok pokok disimbHi cahaya di pagi hari
berehat sebentar sambil menghirup udara pagi..
air terjun terbiar...airnya cukup bersih
sekian...
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan