Friday, December 26, 2014

Gambar sekitar Banjir di Kg. Gajah

Bawah jambatan Kg. Gajah





                                                                  Kilang Kg Gajah


                                                 Laluan belakang Shell dan kedai Reflisia


                                             Jalan menuju Pulau Tiga kiri dari simpang tiga





                                                           

                                                                   Taman Murni Kg. Gajah



                                                          Taman Murni Kg. Gajah



                               Pekan Kg. Gajah ( Bangunan Koperasi dan bangunan PKNP )





                                                             Petronas Kg. Gajah



                                                             SMK Dato Seri Maharaja Lela



                          Laluan ditutup akibat limpahan air di hadapan SMK Dato Seri Maharaja Lela



                                                      Klinik Kesihatan Kg. Gajah

                                                     laluan menuju simpang Pekan Rabu



                                                           Dewan Taman Murni

                                                               
                                                                  Taman Murni Kg. Gajah








Banjir di Kg. Gajah Kian Meruncing

Dalam sejarah dan ada juga yang membandingkan bahawa banjir di Kg, Gajah kali ini hampir menyamai banjir sekitar tahun 60 an dahulu. Itu yang diperkatakan oleh mangsa mangsa banjir. Banyak kawasan telah ditenggelami air bermula 24 december lagi. Antara Kampong kampong yang banyak terlibat adalah sekitar sungai Perak iaitu Kg Biak, Pasir Salak, Bendang Besar, Pulau Tiga Kiri dan beberapa kampong lain yang berada di sepanjang sungai Perak



     Di sekitar pekan Kg. Gajah juga turut terjejas oleh banjir kali ini dengan beberapa bangunan dan premis perniagaan turut digenangi air. Beberapa jalan yang menghubungkan Kg. gajah - Teluk Intan juga ditutup kepada kenderaan kecil, begitu juga bagi laluan Kg. Gajah Seri Iskandar.

     Walaupun pada sekitar tengahari ini telah menunjukkan sedikit baik dan air sedikit surut tapi kawasan kawasan di skitar Matang Tok Embin, Taman Murni telah dinaiki air dan memaksa penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang berhampiran. Tiga pusat pemindahan dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir iaitu Dewan Millenium ( Pejabat Tanah ), SK Dato Sagor,  dan MRSM.


Sunday, December 14, 2014

Terjah penang untuk kali seterusnya....

Duluo aku pernah bercita cita untuk belajar di USM kat penang. Antara sebabnya aku nak duduk kat penang menikmati udara di Penang. Hasrat tak kesampaian. Aku hanya mampu terjah penang untuk beberapa ketika sahaja.
Kali ini aku menyusuri penang dengan bergalaskan kamera canon aku utntuk aku ambil benerapa shoot yang menarik. tak banyak untuk aku veritakan tentang perjalanan ku yang entah kali ke berapa sudah di penang ini kerana telah banyak aku ceritakan pada entry yang lepas lepas.

Aku kalau ke penang tak akan lepas makan sop bersama roti di kedai mamak yang berhadapan dengan Hotel Malaysia. rasanya memang sedap. harga pun berpatutan.









Wednesday, August 27, 2014

Aku dan OUM bakal bertemu....

Sudah lama rasanya tidak melepaskan lelah di dada blog ini. Mungkin kengkangan waktu dan kesibukkan aku sebagai pengajar telah menghadkan aku untuk terus sentiasa berada di depan komputer...sambung

Tuesday, June 10, 2014

Kita dan Ujian Allah

Kadang kadang kita terlupa bahawa persekitaran kita telah banyak membantu kita untuk jadi lebih matang dan hebat. Kita belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Kita jatuh dan berusaha untuk bangun. KIta sakit dan berusaha untuk pulih. Setiap apa yang kita pelajari akan menjadi satu bahan perkongsian kepada masyarakat. Bagaiamana kita memulakan perkongsian itu bergantung kepada kebijaksanaan kita.
   
       Orang kata hidup sep
erti roda dan ada juga yang berpendapat hidup adalah kebetulan tapi hakikatnya hidup adalah merealisasikan ketetapan Allah yang sebagaimana telah direncanakan. Hidup ada susah dan senang, ada kaya dan miskin, Manusia diberikan takdir yang berbeza untuk melihat keimanan seseorang dan menguji keupayaan seseorang dalam mengharungi setiap ujian Allah.
       
       Semakin kuat kita diuji bermakna kita semakin dinaiktaraf menjadi manusia yang menghargai dan mencintai tuhan kerana yang terpilih akan sentiasa diuji. Rasulullah juga diuji, sahabat sahabat juga diuji cuma bentuk ujian sahaja berbeza beza mengikut keupayaan masing masing. Allah akan menguji mengikut kemampuan manusia.

      Semoga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa tabah dan sentiasa bersyukur

Amin...

Zaidi

10 Jun 2014

Monday, March 17, 2014

Aku dan lukisan alam

bicara apa aku hari ini. Memang sudah sekian lama tidak melukis. Ku tinggalkan berus dan kanvas sudah hampir cecah 10 tahun. Kenapa ye..? setiap calitan warna adalah rakaman perasaan aku dan pengalaman ku. Mungkin sudah lama tida tercalit di kanvas dengan berus baru kerana yang lama sudah pasti hilang bersama mod dan semangat.
    
    

  Hey...semangatnya dating kembali. setelah sekian lama berkurung tanpa khabar. Warna alam sudah semestinya menjadi kegilaan ku. Alam suatu yang unik. Aku suka alam. Aku suka pantai. Aku suka hutan. Aku suka air terjun. Ada batu batu besar dan kecil. ada pohon yang merimbun dan dicelah celahnya ada cahaya. menarikkan.


 Ada sungai yang mengalir. kalau boleh ingin sekali ku lukiskan burung burung yang berterbangan. biar nampak galak di persada. biar nyaring bunyinya andai dapat didengar. Air segar biar terasa ke tulang andai mampu ku rasai. Calitan warna alam ke cuba perhalusi makna dan pengertian.


zaidi

17 mac 2014

  
       

kEMBARA kU : Aku ke Pattaya 2014..????

Masih lagi menjadi persoalan untuk tahun 2014 dalam mengisi slot kembara ku bagi tahun ini. Setelah beberapa tahun aku telah mengembara ke beberapa destinasi di Indonesia, Singapore dan Thailand  antaranya Medan, Jakarta, Bogor Jogjakarta, Bandung, Batam, di Indonesia ,  Tampines, Gelang serai. Simie di Singapoe. Phuket, Krabi, Hatyai, Sadao,  Trang di Thailand. Pelbagai pengalaman dan asam garam serta permasalahan hidup yang aku temui.

Aku  cukup seronok sebenarnya setiap kali aku membuat pengembaraan solo aku. Untuk tahun ini berkemungkinan aku akan ke Pattaya Thailand. Khabarnya di situ ada pantai yang cantik dan panjang. Pattaya yang berada dalam jarak sekitar 2 jam setengah perjalanan dari Bangkok sudah semestinya menjanjikan satu pengalaman yang baru. Sudah pasti perkara yang pertama bagi aku adalah mencari seberapa banyak mungkin maklumat tentang Pattaya dan makanan halal di sana. Sebagai orang Islam aku cukup sensitive dengan makanan.

          Aku ingin sendiri melihat kehidupan di Pattaya serta pantainya yang cantik serta pasirnya yang putih. Suasana malamnya serta kehidupan masyarakatnya. Khabarnya Pattaya juga menjadi tumpuan warga dari eropah untuk bersantai di pantai.

         Ada juga terlintas di fikiran aku untuk menjelajah Negara -Negara Asia lain seperti China, Jepun, Australia dan Filipina tetapi mungkin belum tiba masanya lagi. Untuk ke Negara Negara tersebut mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya Australia yang menggunakan matawang dollar.

        Kembara ku adalah catatanku. Setiap destinasi yang aku pergi sudah pasti akan menghiasi dada blog aku. Aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat dan amati. Kembara ku kerana ingin melihat sendiri negara orang. orang kata, luas perjalanan banyak pengalaman.

Saturday, March 8, 2014

Kehilangan Pesawat MH370: FBI Bantu Siasatan

PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai antara penumpang yang menaiki pesawat tersebut, lapor LA Times pada Ahad.
Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dijangka warga negara AS.
"Ia membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri," kata pegawai itu.
Pada awal pagi Sabtu, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal menuju ke Beijing hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan dan lokasi terakhir dikesan di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi

SUMBER : MSTAR

terkini.. Pesawat hilang: Tentera Vietnam kesan tumpahan minyak






HANOI 8 Mac - Pasukan tentera Vietnam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Laut China Selatan dan telah menghantar dua buah bot ke lokasi dinyatakan.

Timbalan Ketua Turus Tenteranya, Vo Van Tuan memberitahu saluran televisyen tempatan, VTV, dua buah pesawatnya ternampak tumpahan minyak sepanjang 15 hingga 20 kilometer yang berhampiran antara satu sama lain.

Tumpahan minyak itu kemungkinan besar boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, awal hari ini.

Kami belum dapat memastikan sama ada tumpahan minyak itu berpunca daripada pesawat terbabit atau mana-mana kapal Vietnam yang melalui kawasan tersebut," katanya seperti yang dilaporkan AFP. - AFP

14


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_14/Pesawat-hilang-Tentera-Vietnam-kesan-tumpahan-minyak#ixzz2vNxMqwc7
© Utusan Melayu (M) Bhd