
Orang kata hidup sep
erti roda dan ada juga yang berpendapat hidup adalah kebetulan tapi hakikatnya hidup adalah merealisasikan ketetapan Allah yang sebagaimana telah direncanakan. Hidup ada susah dan senang, ada kaya dan miskin, Manusia diberikan takdir yang berbeza untuk melihat keimanan seseorang dan menguji keupayaan seseorang dalam mengharungi setiap ujian Allah.
Semakin kuat kita diuji bermakna kita semakin dinaiktaraf menjadi manusia yang menghargai dan mencintai tuhan kerana yang terpilih akan sentiasa diuji. Rasulullah juga diuji, sahabat sahabat juga diuji cuma bentuk ujian sahaja berbeza beza mengikut keupayaan masing masing. Allah akan menguji mengikut kemampuan manusia.
Semoga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa tabah dan sentiasa bersyukur
Amin...
Zaidi
10 Jun 2014
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan