Monday, March 17, 2014

kEMBARA kU : Aku ke Pattaya 2014..????

Masih lagi menjadi persoalan untuk tahun 2014 dalam mengisi slot kembara ku bagi tahun ini. Setelah beberapa tahun aku telah mengembara ke beberapa destinasi di Indonesia, Singapore dan Thailand  antaranya Medan, Jakarta, Bogor Jogjakarta, Bandung, Batam, di Indonesia ,  Tampines, Gelang serai. Simie di Singapoe. Phuket, Krabi, Hatyai, Sadao,  Trang di Thailand. Pelbagai pengalaman dan asam garam serta permasalahan hidup yang aku temui.

Aku  cukup seronok sebenarnya setiap kali aku membuat pengembaraan solo aku. Untuk tahun ini berkemungkinan aku akan ke Pattaya Thailand. Khabarnya di situ ada pantai yang cantik dan panjang. Pattaya yang berada dalam jarak sekitar 2 jam setengah perjalanan dari Bangkok sudah semestinya menjanjikan satu pengalaman yang baru. Sudah pasti perkara yang pertama bagi aku adalah mencari seberapa banyak mungkin maklumat tentang Pattaya dan makanan halal di sana. Sebagai orang Islam aku cukup sensitive dengan makanan.

          Aku ingin sendiri melihat kehidupan di Pattaya serta pantainya yang cantik serta pasirnya yang putih. Suasana malamnya serta kehidupan masyarakatnya. Khabarnya Pattaya juga menjadi tumpuan warga dari eropah untuk bersantai di pantai.

         Ada juga terlintas di fikiran aku untuk menjelajah Negara -Negara Asia lain seperti China, Jepun, Australia dan Filipina tetapi mungkin belum tiba masanya lagi. Untuk ke Negara Negara tersebut mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi terutamanya Australia yang menggunakan matawang dollar.

        Kembara ku adalah catatanku. Setiap destinasi yang aku pergi sudah pasti akan menghiasi dada blog aku. Aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat dan amati. Kembara ku kerana ingin melihat sendiri negara orang. orang kata, luas perjalanan banyak pengalaman.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan