Thursday, December 26, 2013

Negeri Sembilan negeri Adat. Kembara ku selama 4 hari.

Percutian ku yang terakhir sempena musim cuti ini adalah negeri Sembilan. Aku percaya ramai yang pernah sampai ke Negeri Sembilan dan ada juga yang belum pernah sampai ke sana. Bagi yang masih belum kenal lagi Negeri Sembilan, di sini aku cedok sedikit maklumat tentang Negeri Sembilan dari wikipedia.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan dengan :

Selangor di utara;
Pahang di timur;
Johor di tenggara;
Melaka di selatan; dan
Selat Melaka di barat.




Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelei, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.

Selanjutnya sebagai pemersatu masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)

Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)

Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah.

Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu dan Jempol.





untuk aku mengembara semua kawasan di Negeri Sembilan rasanya belum mampu lagi. Aku harus membiarkan beberapa kawasan untuk trip aku akan datang. Kali ini aku cuma ingin menulis tentang beberapa kawasan yang aku sempat singgah ketika dalam perjalanan dari Tapah, Tg. malim, Kuala Lumpur, seremban, Kuala Pilah, bandar seri jempol, air terjun tekek dan berakhir di port Dickson. Jarak tidak lah sejauh sebagaimana aku membuat perjalanan solo pertama dulu sekitar tahun 2004 iaitu meliputi 6 buah negeri bermula dari perak melalui lebuh raya utara selatan dan menghala ke kedah, perlis kemudian memasuki baling dan grik seterusnya merentasi tasik banding untuk menghala ke Kelantan, Terengganu Pahang dan Kuala Lumpur seterusnya kembali semula ke Perak. Perjalanan menggunakan kereta Produa Kembara pada waktu tu sungguh memenatkan dan mengambil masa hampir 2 minggu.



Wednesday, December 25, 2013

kejadian Ikan naik ke darat Di Lahad Datu

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber : sinar harian

Monday, December 23, 2013

This Is Penang....

Ini Penang atau Pulau Pinang. Ada juga yang panggil Pulau Mutiara. Aku tak pasti di mana Mutiaranya tapi bagi yang pernah ke sini sudah pasti ada jawapannya. Aku sudah berkali-kali ke sini. Aku pun tak tahu ini kali ke berapa. Aku bercuti pun di sini, bermesyuarat pun di sini, dulu pernah juga jumpa "makwe" kat sini. Banyak kenangan di sini. Beli jeruk juga di sini. Aku beli camera Canon aku pun di sini.


Pulau Pinang memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik. Ada pantai yang cantik. Ada hutan simpan yang menyimpan banyak khazanah. Aku juga suka rekabentuk bangunannya. Dari tinggalan zaman kolonial hingga lah ke zaman sekarang. Dari rumah nelayan hingga lah rumah Tiong Hua. Orang kata anak mami comel-comel kat sini. Hidungnya mancung. Nasi kandar Zubaidah, Nasi kandar " Line Clear ", Nasi candu dan banyak lagi. Itu antara nama- nama restoren yang cukup kuat tarikannya. Makanannya yang enak.







Padang kota, persiaran Gurney sudah sinonim bagi orang ramai yang melancong ke situ. Kaki pancing, tukang santai dan penjual ayat- ayat cinta. Aku juga suka Padang Kota. Bukan kerana namanya tapi kerana lanskap di sekelilingnya serta hamparan laut selat Melaka yang cukup indah. Anak- anak kecil dan sang pujangga banyak kali bermain ilham di sini. Yang suka bermain camera, sudah pasti bangunan-bangunan lama yang indah akan menjadi subjek. Setiap posisi akan dihitung dengan lensa camera. setiap sudut ada nilai estetiknya. setiap bias cahaya lampu ada nilainya.


Malam di Pulau Pinang terlalu banyak cerita. Bergantung kepada penerokaan masing-masing. Ada yang suka berkaraoke, bersantai di bar, ada yang nakal-nakal cuba menyelinap di pelusuk pelusuk sundal. Ada juga yang menjadikan malam sebagai medan kegilaan melihat lampu-lampu LED di sepanjang jalan. Mat rempit pula akan menjadikan laluan di Bagan Ajam untuk melepaskan nafsu rempitnya. Di Georgetown tidak begitu sesuai.

Di medan selera Padang Kota ada pasembor. ketam, udang, fish ball. harga mengikut jenis. Aku pernah makan di situ. Harga boleh tahan,RM35.00. Itu bukan persoalannya. kerana sudah pasti pulangannya memberansangkan.


Waktu maghrib di Padang Kota. Orang ramai semakin memenuhi di setiap sudut dan melangut di bingkai laut. Kebanyakkannya adalah pelancong asing dan orang luar Pulau Pinang. Azan bergema di corong speaker masjid berdekatan. Banyak masjid di Pulau Pinang. Ada yang akan ke masjid berhampiran. Ada yang sememangnya niat jamak maghrib dengan isyak dan bergantung pada nawaitu masing masing. Cahaya waktu maghrib terbias jingga di dada laut. Lampu- lampu dari kapal-kapal laut mula membias cahaya.



Malam sudah bermula. Aku suka lihat beca malam. Ada muzik dari speaker bersegi kecil yang diletakkan di pangkin. Lagu-lagu dangdut nyanyian Inol, Amelina, Mas Idayu. Ada juga lagu dari kumpulan May. Aku suka lampu-lampu LED terhias indah di becanya. diolah seperti bunga mekar. Ada yang berbentuk rama rama. Cantik sungguh. Rezeki mereka dari kayuhan kaki yang tak pernah lelah. di rumah masih ramai yang perlu ditanggung. Anak anak perlu di sekolahkan. masa depan perlu diubah.



Pulau pinang ada sebahagian dari cerita kehidupan. Isinya dari pelbagai warna dan dicedok dari pelbagai rasa.


Pulau Pinang


Zaidi 2013






Sunday, December 15, 2013

TRAGEDI PONDOK PAK YA DALAM LIPATAN SEJARAH

Suatu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 orang di pusat pengajian atau dikenali sebagai pondok Pak Ya.




Kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Septemb 1989 ini masih menjadi iguan ngeri bagi mangsa mangsa yang selamat apatah lagi ianya bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga kesan mental dan trauma yang berpanjangan. Tragedi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok asrama yang menempatkan pelajar itu terlAlu pantas berlaku.



Tragedi kebakaran yang khabarnya berpunca dari lilin yang menyambar tilam sungguh menyayat hati.

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.




Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.


Serangan 1 Mac 1949 di Kota Yogjakarta

Ini adalah Monumen serangan 1 Mac 1949 di tengah kotan Yogjakarta. Aku ambil gambar ini sewaktu dalam perjalanan ke Parambanan. Aku tercari cari kisah di sebalik monumen ini. Aku menyelongkar wikipedia dan akhirnya aku temui artikel ini.



Serangan Umum 1 Mac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serangan Umum 1 Mac terhadap Kota Yogyakarta dipimpin oleh Leftenan Kolonel Suharto pada tahun 1949 dengan tujuan untuk mematahkan semangat tentera Belanda serta membuktikan kepada dunia bahawa Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih mempunyai kekuatan untuk mengadakan perlawanan.



Lebih kurang sebulan selepas Serangan Tentera Belanda II yang dilancarkan pada bulan Disember 1949, TNI menguruskan strategi untuk tindakan balas terhadap tentara Belanda dan bermula memutuskan perkhidmatan telefon, merosakkan landasan kereta api, menyerang konvoi Belanda, serta tindakan sabotaj yang lain.
Belanda terpaksa menambahkan kubu-kubu disepanjang jalan raya besar yang menghubungkan bandar-bandar yang telah diduduki. Hal ini bererti bahawa kekuatan angkatan tentera Belanda tersebar pada kubu-kubu kecil di seluruh daerah republik yang kini merupakan medan gerila. Dalam keadaan itu, TNI menyerang Kota Yogyakarta, (ibu negara Indonesia ketika itu pada lebih kurang 6.00 pagi, 1 Mac 1949 di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Suharto, Komander Briged 10 daerah Wehrkreise III, selepas mendapat persetujuan daripada Sri Sultan Hamengkubuwono IX, Ketua Daerah Khas Yogyakarta.

Kubu komando ditempatkan di desa Muto. Pada malam sebelum serangan umum itu, TNI telah merangkak mendekati Kota Yogyakarta dan dengan jumlah yang kecil, bermula menyeludup masuk ke dalam bandar raya. Pada sekitar pukul 6.00 pagi, sewaktu siren dibunyikan, serangan kilat dilancarkan.

Dalam penyerangan ini:
sektor utara dipimpin oleh Datuk Bandar Kusno;
sektor selatan dan timur dipimpin oleh Datuk Bandarr Sardjono;
sektor barat dipimpin oleh Ventje Sumual;
sektor kota sendiri dipimpin oleh Leftenan Amir Murtono dan Leftenan Masduki; dan
kawasan antara sektor barat sehingga lingkungan Malioboro dipimpin oleh Leftenan Kolonel Suharto.

TNI berhasil menduduki Kota Yogyakarta selepas enam jam. Tepat pada pukul 12.00 tengah hari, sebagaimana yang telah ditentukan, semula pasukan TNI mengundurkan diri.






Wednesday, December 11, 2013

Jogjakarta dan PARAMBANAN

PART 2

TARIKH.. 10 DECEMBER 2013

Aku tiba di parambanan sekitar jam 4.00 petang. perjalanan mengambil masa 40 minit dari jogjakarta dengan menggunakan trans jogja. Trans jogja merupakan perkhidmatan Bas dalam bandar. Tambang ke Parambanan cuma 3 ribu sahaja. murahkan. Kalau nak teksi hampir 400 ribu.


Parambanan hanyalah pekan kecil yang berada diluar jogja. pekannya kecil sangat. hanya terdapat beberapa deretan kedai. di sepanjang jalan menuju ke candi parambanan pula terdapat beberapa hotel murah. dan aku sememangnya bercadang untuk tidur di sini


Pekan kecil Parambanan di dalam daerah Klaten Jawa tengah



setibanya aku di Parambanan aku dipelawa untuk naik ojek iaitu motor. Aku sebenarnya bercadang untuk jalan kaki saja tapi oleh kerana berat sangat bebanan yang aku pikul atas bahu ni , aku buat keputusan untuk menggunakan khidmat motor dengan tambang 20 ribu rupiah. tukang ojek tu telah bawa aku hingga sampai ke dalam kawasan parambanan dan terus aku dapatkan tiket dikaunter kerana hari semakin lewat.


Ojek menjadi sebahagian daripada pengangkutan di sana. pemandangan di pekan Parambanan menghala ke Candi



Tiket masuk cuma 30 ribu rupiah atau 9.00 sahaja. Aku sempat ,engambil beberapa keping gambar di sekitar parambanan.Aku berada di sini tak lama kerana hari semakin gelap dan cuaca pula nampak mendung. pelancong dari dalam dan luar negara juga sedang asyik bergambar untuk buat kenang kenangan. kawasan prabanan ini cukup luas dan di penuhi dengan rumput yang hijau dan dijaga rapi. selain dari candi ada juga tempat ternakan rusa., taman permainan kanak kanak serta arca arca yang dibina.


Papan tanda yang tertulis Prambanan dengan dikelilingi lanskap yang hijau.


Candi Parambanan dari jauh.






Selesai aku mengambil gambar di situ aku kemudiannya singgah ke gerai untuk minum air kelapa segar dan makan maggie. itu je yang mampu aku makan kerana aku terpaksa menyesuaikan diri dengan makanan di sini. harga makanan di sini cuma 16 ribu termasuk air kelapa segar. aku kira cukup murah kalau nak dibandingkan di Malaysia.

Setelah segalanya terlaksana, aku meneruskan perjalanan aku untuk mencari hotel penginapan. Akhirnya aku temui hotel dengan harga 150 ribu atau sekitar 45.00 tanpa penghawa dingin dan TV. aku tak perlu semua tu yang penting aku ada ipad dan kipas angin.




aku dapat bilik hujung sekali, berbaloi dengan harganya yang murah. sebelah bilik aku kosong dan sebelah lagi dihuni oleh warga switzealand. beliau dalam perjalanan solo menggunakan motor berkuasa tinggi BMW. aku sempat berborak dengannya. bahasa inggerisnya simple jadi mudah aku faham. Aku percaya dia juga faham bahasa inggeris aku walaupun aku cakap tergagap gagap.


Ada sesuatu yang pelik pada bilik sebelah aku. Walaupun tidak dihuni tapi setiap kali aku dengar sahaja ada orang. selang 30 minit mesti ada orang lain pula yang masuk. Aku cuba dapatkan maklumat dari staff hotel tu. rupanya bilik itu di sewa untuk mereka yang mahu menempiaskan nafsu dengan pelacur. patut la yang datang perempuan yang seksi seksi. Bilik itu akan dibayar sebanyak 20 ribu untuk sekali perkhidmatan. Itulah dunia di parambanan ini. rupanya aktiviti pelacuran berlaku di sini.

waktu malam di Parambanan sungguh sepi. hanya beberapa kedai yang masih berurusan sampai lewat malam. Waktu yang sepi ini rupanya dihiasi dengan aktiviti tak bermoral oleh mereka yang digelar pelacur.

Malam makin lewat. Mata kian mengantuk. aku lepaskan lena ku di katil yang tak bercadar.


11 December 2013...Jam 10 pagi

Lena ku boleh tahan. mungkin agak kepenatan semalam. hari ini aku terpaksa check out. kerana aku hanya bermalam untuk satu malam sahaja. Aku menyiapkan segala kelengkapan aku .

Setelah menyerahkan kunci bilik aku ke kedai nasi padang untuk sarapan pagi. Hanya ini sahaja yang boleh aku telan iaitu nasi putih sedikit kuah kari ayam dan ayam bakar. Harga sarapan pagi aku kali ini 12 ribu rupiah berserta teh ais. murahkan.

Jam sudah pukul 11.00 pagi. aku perlu tinggalkan parambanan dengan kenangan. Aku bercadang untuk ke pantai parangtritis tetapi aku dimaklumkan bahawa jaraknya terlalu jauh dan terpaksa menggunakan dua bas. Jadi aku batalkan dan aku hanya meneruskan perjalanan ke malioboro dengan menggunakan trans jogja.




sepanjang jalan yang berhampiran dengan Malioboro


Di Malioboro aku menyewa hotel raja dani. harga cuma 200 ribu. biliknya agak luas dan bersih. Aku hanya menghabiskan masa di dalam bilik kerana kehabisan wang. Kad Bsn aku tak dapat digunakan kerana aku tidak memaklumkan untuk ke luar negara. aku jadi panik seketika. aku terpaksa meminta bantuan dari Malysia untuk memasukkan duit ke bank lain yang boleh diaktifkan serta merta. Alhamdulillah berjalan lancar.


Bilik penginapanku di hotel rajadani

Malam terakhir di Jogjakarta aku hanya banyak menghabiskan masa di sekitar Malioboro sambil melihat barangan cenderamata dan baju. Kelihatan juga pemuzik jalanan sedang mendendangkan lagu sambil memetik gitar di hadapan warung lesehan. Memang berbakat dan suaranya sedap. Aku secara jujurnya tak suka shooping kerana tak mau bawa barang banyak. aku cuma membeli baju sehelai dan cenderamata yang berbentuk keychain yang tertera nama Jogja untuk kenangan pulang Ke Malaysia.

12 December 2013.

Jam 12.00 Tengahari.

Aku check out dari hotel pada jam 12.00 tengahari. Ku tinggalkan Jogjakarta dengan seribu kenangan dan pengalaman. Penerbangan ku ke Kuala Lumpur dijangka pada jam 2.00 petang.


















Sunday, December 8, 2013

Kembara ku ke Jogjakarta

part 1...

8 November 2013

Aku memulakan langkah aku bermula dari Stesen Taiping. Jam 12.40 tengah malam sudah kelihatan penumpang penumpang sedang menunggu keretapi untuk ke KL.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah stesen keretapi Taiping. Stesen Taiping yang dibina pada tahun 1882 di atas di mana Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama pada ketika ini.

Di antara 1890-an ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen aliran landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB memadamkan aliran rel pada 1980-an.

Ia merupakan stesen keratapi pertama yang menghubungkan Taiping dan port weld di bina bagi memudahkan mengangkut biji timah.



Perjalanan yang dijadualkan pada jam 1.11 pagi akan mengambil masa 6 jam untuk tiba di Kl Sentral. Kerusi menunggu telah pun dipenuhi orang ramai.






Jam 6.50 pagi...9 December...KL Sentral

Train terlewat 20 minit dari yang dijadualkan. aku selamat tiba di KL Sentral. bergegas ke Surau untuk solat subuh. Agak ramai juga penumpang pagi ni. mungkin musim cuti. ramai yang ingin bercuti.




Selesai solat aku terus ke Meals Station yang terletak di ground floor KL sentral. Aku pesan nasi lemak dan teh o ais. Harga boleh tahan. bersesuaian dengan servis yang disediakan. itu semua tak kisah yang penting makanannya sedap walaupun kandungan kalori dalam setiap hidangan nasi lemak dianggarkan 450 hingga 500 kalori yang memerlukan anda berlari selama 90 minit untuk membakarnya sebelum i bertukar jadi lemak.

JAM 9.40 pagi...Lokasi LCCT....

Perjalanan ke LCCT mengambil masa sekitar 1 jam dengan menggunakan bas serta tambang RM 10.00. Kalau tak silap aku dulu tambangnya cuma Rm8.00 sahaja tapi sejak bila pulak dah naik RM 10.00. Aku tiba di LCcT sekitar jam 9.40 pagi dan ada 20 minit lagi untuk aku check in dan dapatkan boarding Pas.

Macam biasa lah siasana di LCCt ni penuh dengan pelbagai bangsa dari pelbagai tujuan dan destinasi. itu sudah perkara biasa di mana mana lapangan terbang pun. Mungkin rasa bosan sedikit sebab aku keseorangan tapi kadangkala ada kepuasannya pula sebab tak perlu terikat dengan jadual orang lain








orang ramai sedang mendaftar masuk


Jam 3.00 petang...Lapangan terbang Jogjakarta...


Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam lebih..kini aku sudah tiba di Lapangan terbang jogjakarta. Airportnya kecil berbanding dengan LcCT. pegawai di sini penuh sopan. mungkin inilah budaya jogjakarta. Masyarakatnya lembut dan berhemah. Aku terus dapatkan teksi yang berdaftar. Tariff ke hotel 110 ribu rupiah. Pemandunya juga peramah. Di sini tidak ditemui teksi haram. yang ada semua berdaftar. Berbanding di bandung dulu aku awal awal lagi dah kena tipu. Membayar dengan harga yang tak sepatutnya kerana mengambil teksi haram.



Perjalanan dari Airport ke hotel penginapan iaitu di Malioborro Inn sekitar 30 minit. Bandar Jogjakarta yang sungguh tenang dan tidak sibuk. di kiri dan kanan penuh dengan deretan kedai yang kebanyakkannya menjual batik. Paling banyak di sini ialah beca dan kereta kuda..khususnya di Malioboro. Naik beca di sini cuma 10 ribu rupiah atau sekitar 3.00 sahaja. kesian juga dengan yang membawa beca. berkayuh penat penat cuma dapat rm3.00. tapi itu lah rezekinya. Alhamdulillah cukup untuk sara hidup mereka.






setelah check in, aku berehat sebentar di bilik hotel. Tarif Hotel di malioboro inn 500 ribu atau rm 138.00. biliknya agak selesa yang penting ada wifi. Sebelah malam aku berjalan jalan di malioboro inn. cukup meriah dan ada pelbagai gelagat manusia. ada yang bermain muzik. kat sini jarang aku temui pengamin. tidak seperti di Bandung dulu. Kalau ada pun di sini cuma yang tua tua. yang sememangnya layak dibantu.




Baju t shirt yang bercetak dan baju batik cukup banyak dan murah murah. Kalau sesiapa yang memang suka shooping rasanya inilah tempatnya. Aku sememangnya tak suka shooping dan tak berminat untuk shooping langsung.


Hari kedua..Jam 10 pagi...10 December 2013



Seperti biasa untuk pagi pagi ini aku kena bersarapan dulu. Perut aku tak boleh kosong. aku kena check out hari ini kerana untuk destinasi di malioboro cuma untuk satu hari sahaja. Selepas ini aku kena cari hotel lain dan destinasi yang lain. Pagi ini sarapan aku ialah roti bakar bersalut mentega. tanpa nasi lemak dan roti canai yang selalu aku makan. sebab tu kolestrol dalam darah aku dah meninggi.

div class="separator"style="clear: both; text-align: center;">



Jam 10.30 pagi...10 December 2013

Lokasi : Sekitar Malioboro..


Menyelinap di setiap pelusuk lorong lorong dan laluan orang ramai. Melihat orang ramai berjualan. Kali ini aku menggunakan khidmat beca. Harga cukup murah. Pusing pusing Malioboro baru cuma 20 ribu atau sekitar Rm6.00. Dari atas beca aku sempat merakamkan beberapa keping gambar. Kereta kuda, antara kenderaan umum tapi aku belum berkesempatan untuk naik. Kos hidup di jogja cukup murah. Makan murah. pengangkutan murah. Di sini masyarakatnya cukup baik.



Aku bersama abang beca menuju ke Kraton. Lokasi yang menjadi daya tarikan jogja dan sebagai tempat wisata. Tiket masuk cuma 12 ribu 500 rupiah atau sekitar rm5.00. Murah kan. Kalau kat Kl paling tidak pun 12.00.






Jam 12.30 tengahari...lokasi.: Sekitar Kraton


Aku ditawarkan beca dengan harga tarif 20 ribu rupiah. rasanya sekitar rm6.00. Bukan setakat di bawa mengelilingi kawasan kraton tapi juga beliau menjadi pemandu pelancong dan telah membawa aku ke beberapa tempat kraftangan khususnya kraftangan batik, tempat menghasilkan wayang kulit dan tempat tempat lukisan cat minyak serta lukisan batik.









Aku singgah di beberapa lokasi bersejarah antaranya pohon beringin yang di katakan keramat. Ada dua pohon beringin yang agak besar dan di pagari dengan pagar batu.


Dari sini juga aku melawat tempat mandi puteri. Banyak juga cerita yang aku dapat kat situ.

tempatnya agak besar kerana di bahagian dalam ada kolam renang. tapi untuk ke dalam perlu ada pemandu pelancong. untuk memudahkan kita faham jalan cerita. Di sini pekerjaan sebagai pemandu pelancong juga cukup berbaloi sekiranya ramai pelancong yang datang.



Dari dalam kraton pula hanyalah rumah rumah dan juga kesan kesan sejarah yang aku sendiri tak faham jalan ceritanya kerana waktu kat dalam tidak ada pemandu pelancong.