Tuesday, July 28, 2009

Hari ke dua di Kuching Sarawak

hari kedua cuma banyak habiskan masa di bandar kuching je..nak pegi jauh sangat takut tak sempat nak balik. destinasi pertama warung teh tarik dan roti canai la..apa lagi..kat Kuching cuaca agak panas..nasib baik kulit aku ni dah semula jadi gelap..so tak payah la pakai UV protector.




Amacam...Hendsome tak aku...kalau korang nak tahu aku sebenarnya lebih macho dari Micheal jackson semasa zaman mudanya dulu. ala..sewaktu dia belum buat pembedahan muka dula la...Micheal jackson lagi gelap dari aku..tapi aku ni..kira ok la gak...kalau setakat brad pitt tu..kira tolak tepi je lah...



Waktu ni aku aku kat atas jejantas di bandar satok..kebetulan ada minah Iban lalu...seksi gila...apa lagi..aku cuit la bahu dia ajak bergambar..tapi dia tak nak..jadi sebagai tidak mahu menghampakan aku dia tolong ambik gambar aku je..aku tanya dia pasal apa tak nak bergambar, dia cakap..pakwe dia 16 kali lebih hendsome dari aku..jadi ..aku ni memang tak layak la bergambar dengan dia..terima kasih je lah...



ini lah pemandangan Satok dari atas jejantas. dari bawah jejantas tak de la aku ambik..sebabnya..kat situ kereta lalu..kalau aku ambik gak gambar kat situ maknanya orag lain la pulak akan ambik gambar aku ttup ngan surat khabar..siap masuk surat khabar lagi








Lepas tu aku mulakan jejak ku ke Water Front. kat situ memang terkenal dengan barangan kraf dan kain batik Sarawak. memang cantik-cantik. tapi aku tak beli pun..aku bagi je orang lain beli. nanti kalau aku beli semuanya kesian lak dengan orang lain.


Ini pulak gambar aku kat water front...waktu ni tak silap jam di tangan aku dah pukul 2.00 petang. Cuaca memang panas. rasa cam nak terjun je dalam sungai kat belakang tu..tapi bila terkenangkan sang buaya sarawak terus aku lupakan niat suci ku itu. lagi pun aku nak hidup lagi. banyak lagi tempat aku nak jejak.



Amacam...Kan betul..confirm agnes Monica akan hubungi aku lepas ni bila terpandang jejaka tampan yang bersandar di tepi sungai di Water Front ini...tapi sorry la Agness Monica..aku tak suka minah Indon...kalau ko nak jugak..ko sediakan 10 dulang hati gajah dan 5 balang hati nyamuk...kalauu tak de gak ko sediakan 14 kilo paha kuman. tapi jangan bagi kuman yang bawa H1N1..yang tu aku tak nak pasal dah tercemar.

Monday, July 27, 2009

Lukisan yang aku lukis dalam pesawat


nak tengok...inilah lukisan aku sewaktu atas kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dar Kuching ke KL. Waktu tu melukis dalam ketakutan sebab kapal terbang asyik dok langgar awan je. cuaca kurrang baik. pucat lesu aku. habis sejuk satu badan bila tiba-tiba kapal terbang bergegar bila langgar awan.

le tour de Sarawak

Assalamualaikum....kali ini jejak aku ke Kuching Sarawak. Aku mulakan perjalanan dari Ipoh menghala ke LCCT bermula jam 2.00 petang pada 24 Julai 2009.. Cuaca agak baik. Aku menyusur lebuh raya utara selatan dengan perdana V6 aku yang bekelajuan 120 km/j . Lebuh raya agak sibuk. Setelah hampir 2 jam perjalanan aku berhenti sekejap di hentian sebelah Rawang sambil-sambil mereggangkan urat belikat ku.


kemudiannya aku memulakan perjalananku setelah 10 miit berehat dan tiba di LCCT sekitar jam 5.00 petang. Penerbangan aku sepatutnya pada jam 7 45 minit mlm tapi ditangguhkan ke pukul 8.25 mlm. tak kisah lah pukul berapa pun. janji boleh terbang. nak terbang sendiri sayap tak de. nak pinjam yang burung punya takut tak larat nak bawa badan.


Sementara menantikan waktu penerbangan aku merayau-rayau la kat LCCT. cam orang tak betul pun ada tapi hakikatya tetap waras. Bila dah boleh daftar masuk cepat-cepat la aku pergi daftar.takut gak terlepas kapal terbang. nak berenang merentasi laut cina selatan tu rasanya tak lepas. sungai kat belakang rumah aku pun belum tentu lepas ini kan pulak laut yang luas cam padang pasir tu.


" Penumpang-penumpang AK5218 ke Kuching sila bersedia untuk berlepas di pintu P4"


Laju aku mengambil tempat. semua dokumen aku bawa keluar. Pas Masuk, Kad pengenalan, Kad Parking kereta pun aku bawa keluar. bila je akak yang pakai uniform merah tu suruh masuk ke kawasan lapangan terbang bukan main laju aku. cepat-cepat aku panjat tangga kapal terbang yang seakan-akan tanggan kontena sewaktu aku kerja kat singapore dulu. Sampai je atas flight aku terus duduk di kerusi 10 A. Nasib aku baik sebab dapat tepi tingkap. boleh la tengok pemandangan bawah. Sebenarnya aku ni memang kecut naik kapal terbang. untuk hilangkan kecut aku baca la segala doa yang diajar sampaikan doa qunut pun aku baca. tapi dalam hati la baca. kalu baca kat nanti orang kata buang tebiat pulak.


Bila flight tu dan mulakan penerbangannya aku dah mula rasa kecut. nak tekencing pun ada, terberak pun ada. tapi bila tengok orang buat selamba aku pun berlakon la buat-buat selamba je padahal dalam perut ni macam-macam ada. dalam kepala otak pula macam-macam dok fikir. mana tidaknya dibuatnya enjin mati nak ada gaya selamat ke. nak terjun tinggi sangat. dah la pramugari tu tak de pulak bagi payung terjun. yang dia jual kat atas tu cuma payung kecik je. itu pun untuk cenderamata je.


Perjalanan dari KL ke Kuching ambik masa sekitar 1 jam 45 minit. Kalau bawa kereta may be rasa sekejap je. tapi atas kapal terbang ni rasa macam 1 bulan 45 hari. mana tidaknya, dok selalu pikir bila la nak mendarat ni.


Sekitar jam 10.25 maka mendarat la aku di lapangan terbang Kuching. Aku sebenarnya dah kali ke 3 di Kuching ni. Atas tugas rasmi. Setelah keluar dari airport aku terus ke Hotel penginapan. Tempat hotel aku tidur terpaksa dirahsiakan kerana tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan dan terikat dengan akta rahsia rasmi.


Malam tu penat sangat. terus tidur. tak sempat nak bermimpi pasal badan terlalu letih. paginya aku mulakan jejak ku dengan jadual ku yang pertama makan roti cana dan teh tarik di satok. Memang best...nyata berbeza...harga pun bleh tahan. sekepig RM 1.50. wow,,,, boleh kaya cepat orang sarawak. Selepas makan aku ke kg sarikien. Tempat ni terletak bersempadan dengan Indonesia. tempat ni menjadi tumpuan ramai kerana banyak barang murah dijual di sini. yang uniknya kebayakkan yang menjual adalah orang indonesia dan barangan yang dijualnya pla daripada Indonesia. memang Murah. apa lagi,,inilah masa nak menghabiskan duit. aku shoping la tanpa batasan.




salah satu pemandangan gerai menjual pelbagai barangan dari Indonesia di Kg Sarikien.

Antara barangan yang dijual ialah Produk Kraftangan, baju dan seluar, kain batik, lukisan, kuih muih, dan macam-macam lagi ( hoi nak tahu lebih pegi la sendiri)


Ini pun sama gak. Kalau kita pergi depan lagi kita akan jumpa sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

"ak masuk Indonesia pakai la passport"

Wednesday, July 8, 2009

" Aku dibius Cinta"


Wow...memang dahsyat bunyinya..." Aku dibius Cinta"...Kalau kita tahu ubat bius ini hanya digunakan dalam perubatan untuk tujuan pembedahan tapi kesan ubat bius telah menular kepada orang-orang yang bercinta.


Orang yang sedang bercinta akan merasakan segala-galanya indah. Akan sentiasa memuji pasangannya. Akan selalu merindu. Akan selalu berada dalam mimpi yang mengasyikkan. Itulah hebatnya cinta.


Mengikut sesetengah pengkaji, orang yang jatuh cinta ataupun sedang dilamun cinta akan berada dalam satu alam yang berbeza yag telah merangsang segala tindak tanduk dan perlakuannya. Perubahan-perubahan langsung akan wujud samada secara sedar atau pun tidak. Segalanya akan nampak indah dan segalanya akan nampak baik. Walaupun pada hakikatnya pasangan itu tidak lah sehebat mana tapi akibat perasaan cinta dan kasih menyebabkan otak kita dibius oleh cinta yang memadamkan elemen negatif terhadap pasangannya.


Kita lihat beberapa kes dalam masyarakat kita yang biasanya berlaku ketika orang sedang bercinta.


Kes pertama


Ahmad merupakan seorang penagih dadah yang tegar. Beliau berkenalan dengan rozie seorang pegawai akauntan di sebuah syarikat swasta. Hubungan mereka terjalin dengan baik dan membuahkan perasaan cinta. Ahmad pula banyak menggunakan hubungannya dengan Rozie untuk wang semata-mata bagi mendapatkan bekalan dadahnya. Rozie pula akhirnya dapat tahu yang Ahmad merupakan penagih dadah tegar. Akibat rasa cinta yang menebal rozie tetap juga meneruskan hubungannya atas dasar cinta.


dalam kes ini Rozie sebenarnya tahu bahawa Ahmad sebenarnya hanya menggunakan dia sebagai sumber untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah. Rozie juga tahu bahawa perlakuan Ahmad itu akan mambawa padah bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga kepada Rozie sendiri dan juga masyarakat. Rozie juga pernah menasihati Ahmad tetapi tidak berjaya kerana Ahmad merupakan penagih dadah yang tegar. Rozie tetap juga meneruskan hubungan walaupun pada hakikatnya Rozie boleh memilih jalan terbaik demi kebaikan dirinya.

Sebenarnya Rozie telah pun di bius cinta yang membolehkan Rozie tidak nampak keburukannya walaupun pada hakikatnya ianya adalah buruk.



....Bersambung....ada hal kejap..tak sempat nak taip...


Monday, July 6, 2009

Hasad Dengki- Amalan Melayu yang belum terhakis


Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan tatkala menonton filem P. Ramlee dalam Astro Prima minggu lepas. Saya bukannya penganalis atau pengkritik filem tapi hanya lah seorang audien yang dari dulu sampailah sekarang cukup meminati filem P. Ramlee. Walaupun kadangkala jalan ceritanya seperti tidak berpijak di alam nyata tapi sindirannya cukup tajam. Persoalan kemasyarakatan, sosial, keagamaan dan toleransi banyak diterapkan dalam filem P. Ramlee. Kepatuhan, keberanian, pengorbanan, kesetiaan menjadi elemen penting dalam setiap filem samada arahannya sendiri ataupun beliau yang memegang watak melalui arahan orang lain.


Untuk dikupas satu persatu mungkin terlalu banyak filem-filem yang terpaksa saya ulang tayang. cukuplah sekadar beberapa filem yang saya rasa cukup berbisa untuk dijadikan iktibar.
Di dalam masyarakat Melayu mungkin kita sudah biasa dengan cerita " Dengki-mendengki". kadang-kadang apabila sebut Melayu kita akan terfikir tentang masyarakat yang cukup kuat menyimpan hasad dengki. Orang Melayu lebih suka menjaja cerita untuk menjatuhkan seseorang daripada menyembunyikan sesuatu yang mengaibkan seseorang. persoalan " dengki-mendengki ini bukan sahaja wujud dalam perniagaan, kerjaya, hubungan sosial tapi juga menular dalam gelanggang politik.


Sifat ingin naik cepat dan bayangan "perolehi kuasa" menyebabkan orang-orang Melayu hilang pertimbangan dan menggadai prinsip perjuangan. Istilah " chah keting" yang sinonim dalam masyarakat Melayu Kelantan adalah kemuncak kepada sifat hasad dengki ini. Perancangan dan taktik untuk "Chah keting" mula difikirkan untuk menjatuhkan seseorang. Keadaan ini wujud apabila seseorang yang ingin di "chah keting" dilihat mempunyai lebih peluang untuk naik ke atas.Budaya dengki-mendengki ini tidak dinafikan juga berlaku dalam masyarakat lain cuma yang lebih dominannya adalah dari masyarakat Melayu.


Teringat saya satu cerita ketika saya menghadiri kurus sewaktu ketika dulu. diceritakan oleh penceramah tentang beberapa ekor ketam yang berada di dalam dua balang kaca yang kedua-duanya tidak ditutup. dilabelkan balang itu dengan balang "A" dan satu lagi balang "B". Balang itu kemudiannya dibiarkan beberapa jam untuk melihat adakah ketam-ketam itu dapat keluar. setelah tamat tempoh didapati balang "A" sudah tidak ada ketam lagi dan balang "B" masih banyak ketam di dalamnya. lalu ditanya kenapa balang "B" masih banyak ketam. lalu diberitahu bahawa balang "B" adalah ketam Melayu dan balang "A" adalah ketam kaum lain. Ketam Melayu akan menarik kaki ketam yang mahu keluar sehingga tidak seekor pun dapat keluar manakala ketam pada balang "A" akan membantu satu sama lain bagi membolehkan semua keluar. Mungkin cerita ini hanyalah sekadar untuk dibuat perbandingan tapi yang jelas bagaimana sifat hasad dengki dan " Chah Keting" ini menjadi budaya yang terlalu sukar untuk dikikis dalam masyarakat melayu.


Dalam dunia kerjaya kita juga mungkin tak terlepas dengan budaya ini. Apu mengampu, bodek membodek dan buruk-memburuk orang lain telah menjadi rencah dalam dunia kerjaya. semuanya semata-mata untuk menyekat peluang orang lain untuk naik lebih tinggi. Budaya ini telah menghilangkan jati diri dan mengadaikan maruah serta prinsip dan berlawanan dengan etika kerja yang mmentingkan peluang sama rata dan ada juga yang sanggup bunuh-membunuh semata-mata untuk mencapai tujuan mereka. Kita seharusnya bersedia untuk menjadikan perlumbaan itu sebagai perlumbaan sihat. Pertandingan yang diwujudkan atas tiket keyakinan dan perkhidmatan yang berkesan akan menjadikan kita lebih dihormati dan diterima ramai. keadaan ini akan menjadikan pertandingan lebih bersih tanpa elemen-elemen negatif dan yang kalah akan menerima kekalahan secara terbuka dan yang menang akan meneruskan khidmat pada masyarakat secara lebih berkesan.


Filem Seniman Bujang lapuk arahan Tan Sri P. Ramlee sebenarnya sudahpun menzahirkan budaya ini. ]

cuba kita perhatikan dialog di bawah


Pelakon 1 : Singh..itu tiga orang apa mau?


Singh : Dia orang mau minta kerja la..


Pelakon 1 : Ini macam dia orang mau jadi filem star ka..


Singh : Lu pun satu laa...baru saja orang mau minta kerja..lu macam-macam cakap..apa macam lu punya bangsa mau maju..


Macamana lu punya bangsa mau maju! Lu punya nasib, lu makan.. Dia punya nasib, dia makan.. Apa salah makan sama-sama!



Dialog ini sebenarnya digambarkan dalam bentuk yang penuh dramatik dan mampu memberi kesan kepada mereka yang cuba memahaminya secara mendalam. Budaya dengki-mendengki ini akan mampu membunuh bangsa dan menjadikan bangsa lain lebih maju walaupun negeri yang dipijak ini adalah dari warisan nenek moyang Melayu.


Hidup Melayu bukan setakat di mulut. Hidup Melayu bukan sekadar menghunus keris. Hidup Melayu bukan setakat kuota dan keistemewaan, tapi hidup Melayu kerana semangat dan sikap yang ingin maju tanpa ada budaya dengki-mendengki. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". makan semeja tak akan susut rezeki. Pertimbangan yang rasional dan utuhkan kembali semangat setiakawan akan mampu menjadikan Melayu terus maju.


Fikir-fikirkan




- Zaidi


6 Julai 2009

Sunday, July 5, 2009

Siapa kita untuk bercinta???


Siapa kita?? Kita adalah kita. Ada orang kata rambut sama hitam hati lain-lain. Cinta pula bagaimana???? ..layak kah kita bercinta? ikhlas ke kita bercinta?? Berani ke berkorban demi cinta. P. Ramlee dalam filem Hang Tuah menyanyikan lagu " Berkorban Apa Saja.


cuba hayati senikata ini


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


Kepentingan sendiri

Tidak diingini

Bahagia kekasih

Saja yang diharapi


Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati

Itulah tandanya

Jika mahu diuji

Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


-P. Ramlee ( dipetik dari filem Hang Tuah)


Kalau diteliti pada senikata lagu ini, jelas bahawa nilai cinta sebenar adalah terlalu tinggi. Cinta memerlukan komitmen dan pengorbanan dan cinta juga tak semestinya bersatu.

Apakah ramai yang mampu melepasi tahap ini. saya percaya tidak ramai. Yang bercinta hanya tahu menggunakan cinta sebagai pemanis.


cuba kita lihat kategori cinta yang ada kat dunia ini.



1. Ada orang yang mencari cinta kerana kesunyian hidup. Kemudiannya apabila hidupnya tidak lagi sunyi dia akan membiarkan cinta itu berlalu pergi.


2. Ada orang mencari cinta kerana hobi. Dia tidak akan tenteram selagi tidak dapat mengutip 10 cinta dalam masa sebulan. Biasanya dari jenis yang kasanova.


3. Ada orang bercinta kerana prinsip. Orang begini akan meletakkan syarat yang menyamai prinsipnya. sekiranya bercanggah bermakna tiadalah cinta baginya. Orang begini tidak mementingkan hati dan perasaan pasangannya.


4. Ada orang menggunakan cinta sebagai sumber pendapatan. ( Mengkomersialkan Cinta). Kebanyakkannya yang kita dengar adalah kategori pisau cukur. Terdiri daripada wanita-wanita cantik yang menggoda lelaki-lelaki kaya tanpa mengira usia semata-mata untuk kemewahan. Tidak kurang juga dari lelaki -lelaki yang malas berkerja dan menggunakan air liur dan sedikit gaya mewah sebagai modal untuk mendapat cinta dari perempuan-perempuan yang berkerjaya. lelaki-lelaki ini hanya tahu mendapatkan wang secara percuma tanpa perlu berkerja.


5. Ada orang yang mencari cinta kerana seks. Habis madu sepah dibuang. Yang lelaki akan menggoda perempuan dan yang mak datin atau janda kaya akan mencari lelaki muda yang kacak sebagai tempat pemuas nafsu.


6. Ada orang bercinta kerana kedudukan. Yang kaya dan berpangkat akan mencari cinta dari pasangan yang setaraf.


7. Ada orang yang ikhlas cintanya tetapi didustai..dan ada yang kehilangan terus cintanya kerana hatinya mati.


..Di manakah sebenarnya CINTA kita....



Fikir-fikirkan.



-Zaidi


6 Julai 2009




5.

Bila Cinta Didustai


Mungkin terlalu sukar untuk mentafsir bahasa ombak ketika menyapa pantai, tapi itulah realitinya dan itulah jua lambang sebuah kesetiaan. Dari hujung laut mataku masih lagi menyapa samar jingga terpalit indah. Camar-camar pulang melenggokkan sayap. ada berpasangan dan ada bergerombolan. terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata-kata dan itulah hebatnya ciptaan tuhan.



Masih aku ingat di sinilah kali pertama aku melihat cinta terpancar dari kata mula kalimah harapan dan janji bersama dikota. Batu-batu besar yang menghiasi pesisir pantai pernah menjadi saksi akur janji pasangan bercinta.



Ku capai ranting-ranting halus dalam samar jingga sambil menuturkan bahasa hati di dada pasir. " Kenangan cinta kita". Lantas ingatan ku berolak dan menyusur masa lampau saat kecapi kebahagiaan. Kenapa terlalu sukar untuk melupakan kisah yang berlalu. Apakah hadirnya telah menyelinap di setiap pelusuk saraf dan nadi. Aku cuba untuk mengusir kenangan silam jauh-jauh namun semakin kuat aku cuba melupakan semakin tenat aku merasa kesakitan. Di mana penawar dan di mana lagi harapan. Apakah aku sedang kecewa atau aku hanya bermain dengan jiwa yang meronta.



Senja kian berlabuh, deruan ombak dan pantai setia masih teguh mengota janji. Kadang aku terfikir, kenapa dia juga tidak seperti ombak yang memegang pada kesetiaan. Kenapa dia harus meninggalkan aku tanpa khabar berita dan membiarkan aku hilang diri lantaran tercampak dalam bius cinta.



Aku menyusur pesisir pantai sambil bermain-main dengan ombak. Dalam indah jingga terkadang aku menjadi cemburu pada camar-camar yang datang berpasangan. Bahagianya mereka.



Sesampai aku di kereta, rasa mengah mula terasa. mungkin sudah lama tidak bermain ombak. mungkin juga sudah lama aku tidak berada di pasir pantai. hari ini aku singgah untuk mengenang kembali saat manis di sini.








Aku membuka pintu kereta sambil menghidupkan enjin tiba-tiba satu suara menyapa telinga ku. " Encik, boleh minta tolong?" aku menoleh ke belakang dan melihat seorang gadis yang penuh tersalut lumpur dan kelihatan rambutnya juga terlekat kesan-kesan lumpur. Wajahnya dalam samar-samar cahaya kadang -kadang menggerunkan aku. wajahnya masih jelas ada keayuan walaupun nampak comot akibat palitan lumpur. Aku mula teringat pesan ibu ku supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja. katanya pada waktu ini banyak iblis berkeliaran. Aku terus menghilangkan ingatan ku kepada perkara yang bukan-bukan dan cuba menjawab pertanyaan gadis itu. " ye boleh, kenapa cik?". Gadis itu dengan perasaan malu-malu sambil mengesat muka dengan tangan. wajah ayunya mula terserlah. " saya tergelincir tadi dan jatuh ke dalam lopak, boleh tak hantarkan saya ke rumah? saya segan nak naik bas. lagipun badan saya dah dipenuhi dengan lumpur". Gadis itu memulakan bicara. Dalam hati aku mula tergelak sendirian. apa tidaknya bila melihat wajah gadis yang ayu tadi telah dipenuhi lumpur. baju kebaya merah yang dipakainya juga tidak lagi nampak seperti baju. rasa kasihan pun ada. aku mengambil sebotol air mineral besar dan menghulurkan padanya. " nah, ambil air ni dan basuhkan dulu kesan lumpur tu. nanti saya hantarkan." gadis itu terus mencapai air dari tangan aku dan menyiram sedikit demi sedikit pada baju kebaya merahnya. selebihnya pula digunakan untuk basuhkan rambut dan lapkan mukanya. Sepatah sahaja terkeluar dari bibirnya. " datang dengan apa tadi? aku cuba menghidupkan suasana dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. " tadi datang dengan bas". Kata gadis itu. Aku hanya mengangguk tanda faham.



Aku menyusuri jalan-jalan kampung. Warna jingga semakin malap dan suram. malam sudah mengambil tempat. Dari satu rumah ke satu rumah telah aku lewati. Jalan yang sempit dan dipagari pohon-pohon kelapa serta pokok renek. sesekali kereta aku menerjah lubang-lubang jalan dan sesekali juga penglihatan ku diganggu oleh lampu kereta lain yang berselisih. Warna-warna malam di kampung-kampung sememangnya indah. anak-anak kecil dengan bergalaskan beg alquran dan bersongkok berjalan anak ke tempat mengaji. Ada juga yang berbasikal dan ada yang bermain kejar mengejar. Teringat aku sewaktu kecil di kampung ku. Pada waktu itu lah aku juga akan pergi mengaji quran di rumah Hj. Mat. Rumahnya hanya selang 2 rumah sahaja dari rumah ku. Aku masih ingat ketika mana aku dihambat oleh ayam serati Mak cik Lijah ketika bermain-main di kawasan rumahnya. kenangan itu sungguh indah. " Perlahan sikit ye encik, dekat depan tu ada satu lorong dan nanti encik masuk ke kiri". Tiba-tiba lamunan aku terhenti apabila terdengar suara gadis itu menyuruh aku memperlahankan kenderaan.



Sesampainya di selekoh itu aku membelok ke kiri dan kelihatan di hadapan ku sebuah rumah rumah usang. Sangat usang. Atapnya yang separuhnya masih lagi berdaun nipah dan separuh lagi dengan zink buruk. Dindingnya juga sudah ada yang dimakan anai-anai. " inilah rumah saya encik, singgah la dulu, nanti saya panggilkan nenek saya." gadis itu membuka pintu kereta lalu turun dan terus memanggil neneknya. " nek, ooo nek," tiba-tiba seorang tua mencecah abad muncul di depan pintu. kedut dimukanya sudah cukup menggambarkan usia sebenarnya telah hampir 90 tahun. " siapa yang hantar kau ayu, ajak la dia masuk" perempuan tua itu menyuruh gadis itu supaya menjemput aku masuk.





Aku menjadi serba salah. aku melihat jam di tangan sudah pun hampir 8.30 malam. apakah aku perlu singgah untuk minum sambil bersembang dengan perempuan tuan itu atau aku akan mencari alasan untuk terus pulang. Dalam benak ku terlalu sukar untuk memberikan jawapan. Aku juga takut pada pandangan orang di situ andai aku terima pelawaan orang tua itu. Apa kata mereka nanti apabila ada orang luar berada di dalam rumah itu. " Tak pe lah nek, lagi pun dah malam ni, saya pun kena balik cepat. nanti risau pulak orang tua saya". Aku memberanikan diri memberi alasan walaupun pada hakikatnya, ke mana aku pergi tidak pernah diambil kisah oleh orang tua aku. " terima kasih ye encik sebab susah-susah hantar ayu". Suara lembut terkeluar dari mulut ayu. Aku hanya tersenyum sambil membalas senyuman ayu. Dari senyuman ayu jelas tergambar bahawa gadis itu punyai kelembutan yang tersendiri. Matanya yang merenung ke mata ku telah melemaskan aku dan dengan cepat aku mengalih pandangan. Aku meminta diri untuk segera pulang.






Bersama deruan enjin kereta aku meyusur perlahan-lahan meninggalkan rumah ayu. masih jelas dari cermin pandang belakang kereta aku ayu masih belum berganjak dari tempat itu sambil melihat dari jauh sehingga lah penglihatan dihalang oleh pokok rambutan yang berada di hadapan rumah jirannya. Dari simpang jalan pertama dari rumah ayu, kelihatan anak-anak kecil bermain kejar-mengejar. Ada yang sdang memegang ranting kayu sambil melukis di atas tanah dan ada yang berjengket-jengket bermain "teng-teng". Seperti ada pesta sukan rakyat. Damainya kampung ini. Meriahnya kampung ini. Tenangnya kampung ini. Dari satu simpang ke satu simpang aku menyusur sambil melihat suasana malam sehingga lah aku sampai ke jalan besar dan melajukan kenderaan agar cepat sampai ke rumah.





Dalam perjalanan ingatanku tiba-tiba dihuni oleh wajah gadis itu. Senyumannya mula terpancar dalam benak fikiran ku. Suara lembutnya ketika mengucapkan terima kasih mula terngiang ditelinga ku. Aku cuba mengalih ingatan dengan membuka radio era. rangkaian kegemaran ku.



Dari kejauhan malam, cengkerik dan suara-suara malam mula mengambil tempat. Sesekali terdengar bunyi deruan kereta dari arah tingkap. Rumahku yang berada di pinggir jalan sememangnya selalu diganggu oleh deruan enjin. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana aku telah pun biasa dengan keadaan begini. Di sinilah aku dilahirkan, dibesarkan dan disekolahkan. Setelah dewasa di sini juga aku mencari ketenangan untuk melepaskan rindu pada keluarga walaupun aku terpaksa berkerja di Bandar. Entah mengapa malam ini terlalu sukar untuk aku melelapkan mata. Ingatan ku masih lagi dibayangi cerita-cerita tadi. saat aku di pantai, saat aku disapa, saat ku terjumpa dengan gadis yang bersalut lumpur, saat aku menghantarnya pulang dan saat aku melihat senyumannya ketika hendak pulang. kadang aku tersenyum sendiri. Aku tak tahu apa yang menggelikan hati.





Suara kokokan ayam jantan Mak Limah mengejutkan aku dari tidur. Kemudiannya seekor demi seekor ayam jantung kampung sahut menyahut memecah bening pagi. Sesekali Ayam jantan hj. Bakar sebelah rumah menyambut kokokan. Kalau di bandar hanya deruan motokar dari pekerja-pekerja serta peniaga -peniaga yang keluar pagi sahaja dijadikan isyarat tibanya waktu pagi. Di kampung terlalu unik. Tuhan amanahkan ayam-ayam ini sebagai jam loceng kepada manusia. Aku menggeliatkan badan. sesekali memusingkan badan ke kiri dan ke kanan. itulah tabiat aku apabila mahu bangun dari tidur. Aku tahu cara ini akan dapat merenggangkan urat-urat belikatku. Mataku sememangnya terlalu berat untuk dibuka. malam tadi aku tidur lewat. Aku gagahi jua ke bilik air untuk mandi. aku lihat diruang dapur sudah terpasang lampu dapur. Aku tahu nenek ku sudah pun bangun. itulah rutinnya setiap pagi dari sebelum arwah datuk ku pergi meghadap ilahi lagi. Masih aku ingat ketika arwah datuk ku masih ada. dia pasti sudah pun berada di surau untuk melaungkan azan. Suara azannya sudah dikenali. siapa yang tak kenal dengan bilal Mansor. laungan azannya memukau di keheningan pagi dengan suaranya yang lunak. Aku pula tidak mewarisi bakatnya.



"Kau tak pergi ke surau Man? cepat sikit sekejap lagi azan" Suara nenek tiba-tiba terdengar dari dapur. " Nak pegi la ni nek, tengah bersiap. Aku menjawab dari pertanyaan nenek dari dalam bilik. Aku cepat-cepat menyarungkan kain pelikat dan memakai baju Melayu dan mencapai kupiah peninggalan atuk yang sudah usang di atas rak kain. Kupiah inilah yag selalu dipakai oleh atuk. Atuk ada banyak kupiah tetapi kupiah inilah yag kerap di pakai. sayang benar arwah atuk dengan kupiah ini. Kupiah ini adalah pemberian Hj. Mat ketika pulang dari Mekah. Sekarang ini cuma tinggal kupiah sebagai kenangan.





Dari samar cahaya dan dinginnya bening pagi aku menyusuri laluan ke surau yang jaraknya selang 3 buah rumah. Dulu waktu kanak-kanak aku selalu bermain sorok-sorok di kawasan ini. masih aku ingat saat aku dihambat oleh arwah atuk sebab ponteng megaji quran. sampai rumah pula aku disebat dengan rotan. begitulah tegasnya atuk aku.




Burung-burung pagi sudah melebarkan sayapnya dari celah pokok rambutan. Ada yang bertenggek dan ada yag melompat-lompat. Nyanyian pagi dilagukan. kicauan mula memecah alam. Dari sarang pula ditinggalkan anak kelaparan dan senja nanti akan pulang membawa makanan. itulah kitarannya. Suria pagi sudah mula menjengak alam. Cahaya matahari sudah menyerakkan sinar dari celah-celah pokok pisang dan belukar. Dari tingkap rumah ku jernihkan mata meneroka indahya suasanan pagi di kampung. " Mari minum dulu Man. nanti sejuk pulak kopi ni" nenek nak ke pasar kejap" . baiklah nek. kejap lagi Man minum.

Aku melihat nenek mengilit raga kosong dan diletakkan di atas pangkin. Usia nenek sekarang sudah mencecah 62 tahun tapi masih kuat. Nenek tak pernah duduk diam ketika berada di rumah. Ada sahaja kerja yang akan dilakukan. Wajah nenek yang berkedut sesekali mengingatkan aku di saat hari tua nanti. beginilah agaknya. mengelamun aku sendirian. Dari Bawah rumah nenek bukakan kunci basikal yang diikat dengan rantai. nenek selalu menjaga keselamatan basikalnya. kata nenek, dekat kampung ni banyak budak-budak nakal yang curi basikal. minggu lepas basikan anak Alang Johar juga hilang. Kesian budak tu nak ke sekolah dah tak ada kenderaan. Dengan kudrat tua yang masih mampu nenek mengikat raga kosong di belakang basikal dan sesekali membetulkan anak tudungnya. Nenek sebenarnya seorang yang pandai bergaya juga walaupun sudah tua. Nenek menolak basikal untuk sampai ke jalan besar yang kurang 3 meter dari rumah. sesekali didongak ke langit melihat matahari pagi dan sesekali jua di pandang terus ke hadapan. Nenek memulakan kayuhan dengan raga terikat dibelakang basikal. Dari jendela aku melihat aksi nenek sehinggalah hilang dari pandangan.

Aku sudah merasa kesunyian. Dulu sewaktu ayah dan ibuku ada, aku selalu duduk bersama sambil bantu ayahku kopek kelapa. Ibuku pula tak henti-henti membuat kerja rumah sambil dibantu nenek. Atuk pula sibuk dengan ayamnya direban dan tanaman pisangnya di belakang rumah. Tapi itu dulu, sewaktu mereka masih ada. Sekarang ini ayah dan ibuku sudah tiada kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Tak dapat aku bayangkan bagaimana kali pertama aku mendengar berita malang itu. aku tak dapat menahan kesedihan apatah lagi aku tiada adik beradik lain dan yang ada hanyalah mereka. Ayah dan ibuku terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari kenduri anak Pak Usu. Selang beberapa bulan Atuk aku pula dipanggil ilahi akibat serangan jantung. Tinggallah nenek untuk aku menumpang kasih.




...bersambung...habis idea... Alahai..bila nak habis ni...mana Ayu ni..tak muncul-muncul lagi..sabar ye


kepada pembaca..harap sabar ye..mungkin ada ejaan tu masih tak betul lagi..sebab tak buat semakan lagi...cerita pun belum habis ..nanti sambung.....bila free dan bila idea dah ada...

Friday, July 3, 2009

"Aku Dalam Dilema"

"Aku Dalam Dilema"....Mungkin ramai orang yang pernah mendengar ungkapan ini...Ungkapan yang selalunya dituturkan oleh sesetengah orang yang buntu dalam membuat keputusan. Bak kata orang tua " Ditelan mati mak, diluah mati bapak".

Apa situasi sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan satu dilema yang memenatkan diri. Ramai orang percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya dan ramai juga percaya kadang-kadang setiap penyelesaian itu memerlukan satu pertimbangan yang rumit.

Seorang yang sudah pun mempunyai pasangan hidup(kekasih) dan secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang teman. Perhubungannya yang bermula sebagai seorang sahabat biasa akhirnya membuahkan perasaan sayang sedangkan pada waktu yang sama dia juga mempunyai kekasih hati yang sentiasa mengambil berat. Sahabatnya pula seorang yang penyayang dan juga tidak pernah putus asa dalam mendekati hati dan perasaan walaupun atas tiket kawan biasa. Hubungan yang berterusan ini menyebabkan terjalinnya satu hubungan perasaan yang tidak dirancang.

maka bermulalah satu situasi yang memenatkan dirinya apabila wujudnya dua hati dalam satu jiwa. Yang dikendong punyai ciri yang menyenangkan dan dipimpin pula ada jiwa yang santun dan sabar. Konteks hubungan dua jiwa satu hati ini menyebabkan wujudnya kekeliruan dalam dirinya dalam membuat keputusan. Kesilapan dalam membuat keputusan akan mengundang penyesalan.

Mengikut sesetengah pengkaji kekeliruan ini timbul apabila adanya kesamaan dalam pola hubungan perasaan dan ciri-ciri yang ada. Kriteria tuntutan hati dan keperluan jiwa semuanya terkandung antara kedua-dua ini. Kekeliruan ini juga akan mengundang rasa tidak tenteram dalam membuat keputusan.

Apa pun keadaannya, perlu ada satu sahaja keputusan. Sememangnya apabila dilihat secara mendalam dan diperhalusi satu persatu sudah pasti akan ditemui salah seorang darinya adalah yang terbaik dan memenuhi citarasa dan keperluan masa hadapan. Dalam membuat keputusan kita tidak boleh melihat hanya pada konteks luaran sahaja. Pengamatan terhadap ciri-ciri dan kepentingan terhadap masyrakat juga perlu diambil kira.

Cuba ambik satu kertas, senaraikan kebaikan pasangan anda yang A dan senaraikan pula kebaikan pasangan anda yang B. Senaraikan seberapa banyak kebaikan yang ada pada pasangan anda dari sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya. Setelah selesai, senaraikan pula keburukan mereka pula dari sekecil-kecil keburukan sehinggalah sebesar-besar keburukan. Buat padanan dengan mengambil kira keperluan diri kita dan kerluan keluarga serta masyarakat setempat.
hasil dari dapatan ini buat satu kesimpulan. Saya percaya sedikit sebanyak kebuntuan dalam memecahkan kekeliruan akan terungkai. Setelah terhasil maka kita tidal lagi berada dalam dilema.

Fikir-fikirkan


-zaidi

3 Julai 2009

Thursday, July 2, 2009

Le Tour De kedah- hari ke tiga








Hai Assalamualaikum...Untuk hari ketiga di Kedah saya masih lagi dalam menjelajah tempat-tempat yang menarik di sini. Apa pun sebelum pergi kena lah pekena teh tarik dulu. Warung yang dipilih adalah kedai roti canai yang berhampiran dengan pasar pagi di bandar baling. Malam tadi menginap di Hotel Baling. Ok gak. tempat pun selesa.















Ini lah hotel tempat saya menginap...tak mahal pun cuma RM60.00 sahaja untuk satu malam. Hotel ni betul-betul di persimpangan jalan antara Baling ke Grik ( jalan baru).






tempat pun selesa, Berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV. Pemilik Hotel pun peramah. Termasuk staf-staf nya yang tak kedekut senyuman.






Persekitaran yang bersih dan pemandangan di kawasan luar yang menarik berlatar belakangkan gunung Baling yang tersergam indah.








Gunung Baling yang menjadi mercu tanda Baling. Pemandangan dari luar kawasan Hotel. sekitar jam 9.00 pagi





Hotel ini baru sahaja beroperasi. dekat dengan tempat makan. kat bawahnya ada show room untuk kereta -kereta yang hendak dijual. Pemilik Hotel ni adalah Ramli Motor.








hari ke tiga di Kedah, Saya meneroka hutan simpan yang terkenal dengan arus deras. Masih lagi di kedah. Suasana sekitar jam 10.30 pagi sekitar hutan simpan yang terletaknya jambatan atas pokok. Sungguh mengasyikkan apbila melihat pemandangan pohon-pohon yang menghijau dan air terjun dari atas jambatan. Bukan itu sahaja, bunga-bunga yang pelbagai warna dan kicauan burung-burung yang galak berlagu menghasilkan bunyian yang mengasyikkan.






Pintu Masuk Tree Top Walk Sungai Sedim. nak naik jambatan atas pokok bayarannya RM10.00. Boleh la tu kalau nak buat sendiri jambatan atas pokok kat belakang rumah sendiri tu..mau makan kos yang beratus ribu..jadi baik bayar je tiket masuk kat situ. tak payah nak kerah semua orang kampong untuk bina jambatan atas pokok kat rumah sendiri.
Pemandangan air terjun dari atas jambatan. Tengok air pun dah rasa sejuk..camana nak mandi dalam air tu...tak yah mandi pun tak pe..kambing pun laku kalau tak mandi..ini kan pula manusia...he..he






Jambatan atas pokok yang menjadi tarikan pengunjung untuk melihat secara dekat flora dan fauna di kawasan hutan simpan sungai Sedim.
Awas....dilarang memetik bunga...

kawasan yang terkenal dengan air deras di sungai Sedim sememangnya mejadi tarikan pengunjung utuk merehatkan minda.