Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

1 JANUARI ...Itulah satu tarikh yang diagung-agungkan oleh seluruh dunia. Dilaungkan oleh setiap manusia yang cukup berbangga dengan tahun baru. " Happy New Year"..dan " mula lah pasang niat dan azam. Ada sesetengahnya meraikan dengan pelbagai cara. Yang kaki rempit akan memulakan pecutan bersama motor kapchai dari tengah tengah bandar. yang berada di kampung tak kurang hebatnya. lampu motor pun tak dinyalakan. kononnya nak tunjukkan keberanian dan kesudahannya sambut tahun baru di liang lahad atau di hospital. Minah rewang, bohsia dan gadis jalanan mula berkeliaran. mendedahkan apa yang patut didedahkan. Baju yang tebal dinipiskan. yang labuh disingkatkan. yang longgar diketatkan. semuanya atas nama fesyen dan perkembangan zaman. Sambil -sambil tunggu detik 12 malam, di celah-celah pokok bunga atau di tempat-tempat gelap mula lah ada tangan-tangan gatal merayap, muncung-muncung sumbing berkucupan, seluar tertanggal, baju dalam terlondeh. semuanya atas alasan bukti cinta sejati sempena tahun baru. Mula lah berselerakan kondom kondom pada sebelah paginya. ( kalau tak percaya tanya lah Dewan Bandaraya). Malam tahun baru juga kaki-kaki botol pula meneguk air syaitan di setiap kaki lima kedai. tak kira Melayu, Cina atau India. Semuanya bagi meraikan kemunculan tahun baru.
Itulah definisi tahun baru untuk sesetengah masyarakat kita. Sampai kita terlupa asal usul dan budaya Melayu . Kalau inilah definisinya dan pemahamam mereka tentang kemunculan tahun baru maknanya kita masih lagi mentah dan belum matang untuk menterjemah makna sebenar. pemikiran kita masih dijajah. kekuatan diri dan mental kita masih lemah. kita hanya tahu meraikan tapi tak tahu mengira detik sebenar. Kita terlupa mengira sudah berapa usia kita meningkat. Kita lupa mengira tercapaikah azam kita yang lepas. Kita lupa mengira sumbangan dan jasa kita pada masyarakat dan negara. Yang kita tahu adalah kepuasan dan keseronokan berpesta sempena tahun baru.

renung-renungkan lah

edyxray

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan