Hari ini aku belajar ABC
mengenal 123
melihat senyum manis guru ku
dengan telunjuk yang sentiasa berlari
dari satu huruf ke satu huruf
di dada papan putih
Hari ni guru ku berpesan
Cari ilmu bukan kepalang
dada-dada kecil yang masih kosong
diisi dengan sabar huruf huruf kehidupan
agar dewasa nanti
jadi manusia berpedoman
Semalam ibuku berpesan
nanti esok anak ibu ke tahun satu
belajar jangan jemu
dengar nasihat guru.
ibu akan bekalkan susu dan ubi kayu
untuk alas perut mu.
Semalam ibuku berpesan.
Belajar ilmu ubah kehidupan
ibumu hanya penoreh getah dan penjual kacang dijalanan
kais pagi untuk makan petang
kais petang untuk makan malam
kadang ibumu menahan kelaparan
demi jadikan anak punyai pendidikan
Semalam ibuku berpesan...
Kenal ABC itu permulaan
nanti tahun mendatang anak jadi cemerlang
Jangan jadi kemisikinan kita berpanjangan
usia ibu dah lewat petang
Aku melihat rakan -rakan lain
Dalam warna dan corak yang berbeza
aku melihat dalam diri ku
Dalam telunjuk guru dan nasihat ibu.
zaidi
( 6 Januari 2009)
aku sewaktu darjah satu
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan