Thursday, January 1, 2009

Anugerah Tuhan di Lata Iskandar Tapah


Tuhan turunkan hujan, anugerahkan keindahan, suburkan tumbuhan di muka bumi ini untuk manusia dan agar manusia berfikir tentang kekuasaan dan keujudan tuhan.
Tahun Baru 2009, saya hanya menghabiskan cuti di Lata Iskandar Tapah. Pemandangan yang cukup indah. Air yang mengalir dari atas batu tak putus-putus dan tak pernah kering. Lanskap yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika sudah pastinya menggamit pengunjung dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang ke sana. Saya sempat juga mandi sambil menikmati udara segar dan kesejukan air terjun Lata Iskandar. hari ni pengunjung agak ramai juga. ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan