Hidup ini adalah pencetus kepada kaedah dan jalan penyelesaian masalah. Setiap hari kita akan sentiaa didedahkan dengan pelbagai masalah dari sekecil - kecil masalah sehingga lah sebesar-besar masalah. Namun harus kita ingat bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian, setiap sakit ada ubatnya cuma masa dan kaedah penyelesaian sahaja yang berbeza.
Semakin banyak masalah yang mampu kita selesaikan semakin matang kita untuk menempuh kehidupan. Cabaran itu akan mendidik kita menjadi lebih berani dan bersedia. Kereta pun perlu diuji untuk melihat kelajuan dan ketahanan sebelum mampu bersaing di jalanraya. Keberanian dalam menghadapi cabaran sebenarnya akan mewujudkan satu tindakbalas semulajadi dalam minda dan emosi kita. seperti seseorang yang sentiasa berkaki ayam ketika berjalan akan menjadi lebih biasa tanpa rasa takut terpijak duri . Begitulah juga dengan kehidupan. Saya mengetaengahkan topik ini, kerana saya merasakan bahawa kita sebenarnya tak lari dari masalah samada masalah keluarga, kewangan, peribadi, cinta dan sebagainya. sebagai seorang manusia yang rasional, yang punyai akal dan pedoman hidup perlu menyelesaikan setiap masalah dengan jalan yang baik dan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Islam melalui al-quran dan hadis. Jangan mengambil satu keputusn yang merugikan kita dan keluarga kita. Orang yang baik akan sentiasa lakukan yang terbaik. Orang yang berjaya akan sentiasa berfikiran positif dan tak pernah putus asa. orang yang gagal akan sentiasa mengambil jalan mudah dan sentiasa menyalahkan takdir, berfikiran negetif dan cepat putus asa. Jatuh sekali sebenarnya satu pelajaran untuk kita bangun dan berlari. Jangan mati sebelum mati. Orang yang putus asa ialah orang yang menggali kuburnya sendiri sebelum ia mati.
fikir-fikirkan lah
edyxray
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan