Mungkin agak terlewat sedikit untuk saya catatkan pengalaman sepanjang ke Kuala Terengganu. Masa yang agak terhad dan terlalu sibuk sedikit. apa pun perjalanan ke Terengganu telah memberi satu pemandangan yang indah dan menarik. Cuti hari sabtu dan ahad telah saya gunakan sebaik mungkin untuk melihat dari dekat pemandangan sepanjang perjalanan ke KT dengan menyusuri jalan di sepanjang pantai Terengganu melalui Jalan Besut. Hidangan nasi dagang untuk sarapan pagi sudah semestinya tak akan saya lepaskan apatah lagi sudah begitu lama tak menjamah dan merasai nasi dagang.
Terengganu unik kerana pesisir pantainya yang agak panjang dan menjanjikan pemandangan yang menarik. Untuk mandi manda mungkin agak merbahaya kerana difahamkan bentuk pesisirnya seperti kawah yang mana di bahagian tepi pantai agak dalam dan ombak juga besar.