Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, October 25, 2011
SELAMAT HARI DEPAVALI 2011
" Fuhh ! cuti lagi. Ini yang best ni. Kali ini cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia Sempena Hari Deepavali. Bagi penganut agama hindu sudah pastinya pagi-pagi raya ni akan ke kuil-kuil untuk upaca sembahyang mengikut agama mereka dan kemudiannya akan bertandang ke rumah sanak saudara dan sahabt handai untuk kunjung mengunjung.
Bagi yang bukan beragama Hindu Sudah pasti hari cuti ini akan di manafaatkan sepenuhnya bagi tujuan riadhah bersama keluarga atau mengunujungi tempat tempat menarik di Seluruh Malaysia.
Kali ini saya sekali lagi menggunakan musim cuti ini untuk bertandang ke Marina Island. Pulau buatan yang menghadap pulau Pangkor. Memang menarik tempat ini dan saya sudah beberapa kali bertandang ke sini. Paling Indah suasananya apabila waktu petang.
Haa..inilah bangunan yang menampakkan ciri-ciri moden dan nilai-nilai estetika. rekabentuknya memenuhi citarasa aku . Sejuk mata memandang.
Pemandangan indah pada jam 4.15 minit petang. waktu tu cuaca cukup baik. Berlatar belakangkan pokok-pokok kelapa yang ditanam di tepi pulau.
Fuhhh..cantik gile...boleh lentok beb tengok suasana begini.. kalau yang bawak couple tu tak yah cerita le...mesti ramai yang dok tumpang berbulan madu bawah pokok tu...al-maklum lah..kerusi banyak disediakan.
Salah Satu pemandangan indah yang berlatar belakangkan pulau yang cantik
Monday, October 17, 2011
Merisik Khabar
Tiba-tiba saja aku putarkan lagu "Merisik Khabar " dari Allayarham Sudirman. Hati jadi sayu dan terkenangkan seseorang .
Merisik Khabar
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )
Merisik Khabar
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )
Saturday, October 15, 2011
Aku Mula Merindu
Aku mula merindu...
Saraf saraf ku sakit
jasad dan nadi ku membingit
salur salur darah bergetar
diredah rindu yang menggegar
Aku mula merindu
Denyut jantung jadi pantas
aku jadi gagap
gema cinta bertebaran
memenuhi setiap ruang yang lapang
dalam limpa, jantung dan di setiap dasar
aku jadi sasar
aku mula merindu
dari waktu-waktu yang penuh pilu
tanpa salam dan pesan
tanpa ada lagi perkhabaran
dan yang tinggal
hanyalah aku dan rinduku sendirian
-zaidi

Kisah Si penjual Nasi Lemak
Dari kaki lima kedai
dia menyusun bekas-bekas
dari satu aras hingga satu aras
bagai mengatur perjalanan hidup
dari perit getir,
dari kepayahan bergalas
dan perut yang perlu dialas
Dari kaki lima kedai ....
seorang penjual nasi lemak petah berbicara
menyambut pembeli dengan senyum dan tawa
tangannya ligat membungkus, mulutnya tak putus menyebut
"nasi lemak kukus..nasi lemak kukus..nasi lemak kukus.."
Dari simpang siur manusia di kaki lima
dan si penjual nasik lemak yang sudah lewat usia
adalah cerita-cerita kebenaran
yang terkutip dari pengalaman seharian
agar nanti kita jadi matang
melihat kesabaran dan pengorbanan
si penjual nasi lemak di jalanan
demi anak-anak yang tersayang
edy
16 Oktober 2011
Perak
Friday, October 14, 2011
Bila Hati Mula Terdetik
Bila hati mula terdetik...Akal jadi tak keruan, jiwa jadi songsang.
Mungkin ini sebenarnya apa yang boleh digambarkan apabila seseorang itu sudah mula menyimpan satu perasaan. Inilah yang dikatakan perasaan. Cukup halus. Bagaimana perasaan itu wujud? Entah susah nak jawab. Bagaimana pula kita tahu yang kita ada peasaan pada seseorang? Entah, susah juga nak jawab.
Kalau sehari tak dengar khabar gelisah tak ? Kalau sms tak berjawab risau tak?
Persoalan-persoalan perasaan dan tindakbalas dalaman yang wujud apabila hati mula terdetik sebenarnya adalah perkara yang lumrah dalam setiap manusia. Orang yang mnempunyai perasaan terhadap seseorang sudah pasti akan mengalami fenomena sebegini cuma kadar teruk dan tidak sahaja. Manusia norma akan berhadapan dengan permainan perasaan. Tanyalah pada siapa pun. pasti mereka ini juga pernah menghadapinya.
Bagaimana pula orang yang kita suka ini tidak memberi respon. Atau dalam erti kata lain tidak pernah tahu tentang perasaan kita atau tidak mahu pun mengambil tahu. Apakah kita akan pasrah. Rugi kah kita kalau pasrah dan rugikah kita kalau tidak mahu mengalah.
Soal pasrah atau tidak adalah bergantung kepada sejauhmana kesabaran seseorang dan kaedah memujuk hati yang gundah. Ada orang yang membiarkan sahaja perasaan itu dan andai tiada respon akan melupakan terus. Ada orang yang menjadikan kegagalan dalam mendapatkan respon adalah sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha.
Perlukah kita percaya pada kata-kata " seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sedangkan kita diberi ruang untuk berusaha.
Wanita dilahirkan mempunyai sifat ego, pemalu dan penyayang. Begitu juga dengan lelaki. Ada perkara dan keputusan memerlukan satu tempoh yang lama dan ada perkara yang hanya perlu mengambil masa yang singkat.
Sekiranya seseorang itu masih tidak memberi respon apakah ianya dianggap sebagai keputusan yang muktamad.Mungkin ia dan mungkin tidak.
Pandangan saya merujuk kepada penggunaan istilah muktamad itu adalah bersandarkan kepada satu keputusan yang diperlukan dengan kadar segera bagi mengelakkan pertikaian hasil dari kecelaruan kepada keputusan.
Dalam soal hubungan perasaan, sesetengah orang percaya bahawa ungkapan muktamad tidak wajar diguna pakai. Perasaan itu adalah "infiniti "yang mempunyai kadar peratusan berubah-rubah.
" Sekali air bah sekali pantai berubah"
Perubahan pada perasaan ini adalah sebenarnya satu kurniaan tuhan untuk melihat sejauhmana kekuatan dan kesabaran seseorang itu untuk mengharungi perjalanan hubungan yang berasaskan perasaan.
Seketul batu yang bersifat pejal dan keras pada hakikatnya adalah "muktamad". Sekiranya dihempas sesuatu objek yang rapuh dengan kuat ke atas batu tersebut sudah pasti objek tadi akan hancur tanpa menjejaskan sedikit pun batu tersebut. Walaubagaimanapun sifat batu keras ini tidak akan " Muktamad" sekiranya dititikkan air secara perlahan-lahan dalam tempoh masa yang lama. Sudah pasti batu itu kita akan lihat terdapat kesan lekuk atau berlubang akibat dari titisan air yang berpanjangan. Begitulah juga melenturkan hati yang "muktamad"
Kesabaran dan kesungguhan seseorang itu sudah pasti akan mampu melenturkan hati yang bersifat muktamad
Bila hati mula terdetik bermakna bermulanya proses menitik air. Kegagalan dan kejayaan melentur hati yang muktamad adalah urusan tuhan. Tidak rugi menunjukkan kesungguhan tetapi akan rugi jika takutkan kegagalan.
Wallahuaalam
- Zaidi

Sunday, October 9, 2011
Seharian Di Pulau Pangkor
Sudah lama aku tak menjejakkan kaki aku di Pulau Pangkor. Kali ini ada juga kesempatan buat aku untuk menjengah ke sana.
Kali ini aku menggunakan Marina Island sebagai pintu masuk. Jeti yang baru dibuka hanya beberapa tahun ini sebenarnya cukup menarik dan lengkap dengan kemudahan. Waktu petang di marina Island sudah pastinya akan menggamit kenangan yang tersendiri.
Kebiruan laut dari pulau buatan ini mengasyikkan dengan berhiaskan pokok pokok dan lanskap-lanskap yang indah. Laut di senja hari pula berbalang jingga biasan dari matahari lewat yang akan menyusup tenggelam dari ufuk barat.
Aku sempat menghalakan lensa kamera aku kepada beberapa lokasi yang menarik di sekitar marina Island sebagai pelengkap kunjungan aku ke sana.
Dari Jeti marina Island ke jeti Pangkor hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit dengan tambang feri sebanya RM10.00 pergi dan balik. Tapi bagi mereka yang belum ada kad keahlian, boleh mendaftar di kaunter dengan bayaran RM 10.00.
kebiruan laut dan ketenangan petang memberikan satu kepuasan sepanjang perjalanan ke pangkor. Mungkin sudah lama tidak bertandang, aku semacam seperti sesat dalam pulau. Untuk memudahkan perjalanan ke sana aku menyewa motor dengan bayaran RM30.00 untuk satu hari.
Destinasi pertama aku di Pulau Pangkor adalah pasir Bogak dan kemudiannya Teluk Nipah. Sudah banyak perubahan dari segi kemudahan. banyak lot-lot kedai cenderamata dan deretan kedai makan telah dibina untuk kemudahan pelancong. Chalet-chalet dan rumah-rumah tumpangan tumbuh bagai cendawan dengan harga sekita rm 50.00 hingga rm180.00. Penginapan bergantung kepada standard bilik dan keselesaan.
Pastinya di sini menjanjikan kepuasan yang menyeronokkan dan tak rugi ntuk berkunjung bersama keluarga. Kebiruan air laut dan kedamaian suasana pantai pastinya akan dikenang sampai bila bila.
selamat melancong.
nantikan destinasi akan datang.
sambil-sambil rilek-rilek kat pantai bogak sempat juga aku tulis puisi tanpa tajuk ni. idea spontan. tapi tak pandai sangat mengolah idea.
ini puisinya....
Aku singgah sebentar di Pasir Bogak
Seharian aku menyusur pulau
membawa kesunyian dan keterasingan
sesekali akum mengintai di ceruk batu
ada merpati sejoli mendodoikan cinta
penuh syahdu
Diukir janji cintanya di dada pasir.
Sesekali ombak manja bertandang
datang dan pergi
sesekali riuh sang camar
melewati dada laut yang terhampar
sesekali aku mendongak ke langit
ada lukisan awan dalam bahasa yang berbeza
terpalit bersama bias warna
seakan warna jingga
sesekali aku mengenang diriku
kosong dan kaku
hilang arah tuju
mohd zaidi
9 oktober 2011
Pulau Pangkor Perak
Friday, October 7, 2011
Sudah sekian lama tinta ku terhenti...
Bibit -bibit sudah tidak lagi terbibit, ingin dirungkai tidak lagi termampu. Sekian lamanya sudah tidak tercurah di dada blog. Kali ini terasa ingin digagahi segala kudrat yang ada dan mencanang kembali apa sahaja yang terbuku dan terkaku.
Mana mungkin orang seperti aku berhenti menulis walaupun sekadar cerita si penjual petai. Asal bukan cerita dongeng atau tahyul rasanya masih bisa dan masih tajam andai aku berbicara dalam dada terbuka ini.
Sebenarnya ada cerita duka dan menguji kesabaran aku. Tapi bagaimana untuk aku mulakan. Apakah ada kewajarannya untuk aku tulis di sini. Apakah ianya seperti membuka kelemahan sendiri untuk disajikan pada umum atau ianya cukup bagus dihidangkan sebagai santapan pengajaran dan pengalaman.
Adat hidup menongkah arus. Badai kadang datang dengan bengis. kadang badai bertukar jadi bayu. Kadang jadi angin mati. Namun, dari mana keadaan sekali pun badai boleh jadi sahabat andai kita kuat. Badai boleh jadi ubat yang mujarab.
Tahun 2011, melihat kejatuhan aku dalam impak yang terlalu dahsyat. Terduduk, tertiarap, tersungkur. Rasanya ingin bangkit sudah tak terdaya. Usahaku sekelip mata terkubur bersama keringat. Kawan dan sahabat ada yang tumpang sedih dan ada yang tumpang gembira. itu sudah realitinya. Kawan ketawa ramai sekali, kawan menangis terlalu sukar dicari. Dari bulan ke bulan aku hadapi beban yang tak tertanggung. Saban hari bergenang air mata. hilang punca tak terkata. terfikir dalam benak. masih adakah lagi jalan meleraikan kekusutan. masih adakah lagi ruang dan peluang untuk kembali tersenyum.
Doa selalu ku tadahkan setiap selepas solat. Ternyata dugaan ini cukup hebat. Cukup kuat. Masih ada yang sudi untuk mendengar cerita duka ku. dan ramai juga yang akan mengetatkan telinga bila diajak berbual tentang masalah aku. Aku redha dan tabah.
Nekad aku kembali tertanam. Setelah hampir berbulan tercabut dari jiwa. Semangat aku kembali bertaut. Satu persatu aku cuba selesaikan. Alhamdulillah aku hampir pulih. Aku mengharapkan 2012 akan memberi perkhabaran yang terbaik untuk aku. Perkhabaran yang akan membawa aku keluar dari keadaan yang memeritkan ini.
Aku telan pahit agar jadi ubat. Aku buang manis agar tidak lagi jadi racun. Aku bangkit dari mimpi ngeri untuk menyambut suria pagi. Bukan lagi mengharapkan pelangi yang indah berbalang 7 warna. Tapi sinar yang terang untuk seluruh alam. Agar nanti hidupku akan lebih sempurna untuk aku kongsi semangat ini pada semua.
Aku yakin aku berjaya. Aku yakin aku mampu lebih baik dari apa yang aku hadapi sekarang. Aku yakin tuhan berikan aku ujian kerana ingin menghadiahkan aku kejayaan.
amin
edyxray
8 Oktober 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)