Saturday, December 6, 2008

Singgah di Kota lukut




Sebelum sampai ke Kuala Lumpur dari Port Dickson saya sempat singgah di Kota Lukut yang terkenal dengan kesan peninggalan sejarah dan merupakan bukti kewujudan pemerintahan melayu pada waktu itu. Tempatnya cukup cantik setelah dibangunkan oleh kerajaan dan berpotensi menjadi kawasan tumpuan ramai. Dari segi kemudahannya saya rasa masih baru. Sewaktu saya sampai semacam ada yang tak kena dengan tempat ini. apa yang menjadi kekurangannya. pengunjung tak seberapa. sedangkan musim cuti sekolah. saya cuba mencari jawapannya. dan mencari apa sebenarnya yang kurang. mungkin ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas kota ini. Mungkin dari perhatian saya adalah dari segi maklumat dan penerangan tentang satu-satu peninggalan sejarah. Malang sekali di kota Lukut ini kekurangan label atau papan tanda atau papan maklumat bagi menerangkan satu satu perkara yang masih lagi ada di situ. Sebenarnya tak cukup dengan apa yang ada di muzium sahaj. tapi perlu dijelaskan di luar muzium. contohnya pada parit dalam yang digali bagi mengelakkan serangan musuh perlu diletakkan satu papan maklumat bagi menerangkan tentang tarikh ianya digali. siapa yang gali, kenapa ianya digali dan apa hubungannya dengan keselamatan dan apa-apa yang berkaitan. begitu juga dengan beberapa tinggalan dalam bentuk batiu bata yang saya rasa ada nilai sejarah tersendiri.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan