Monday, December 8, 2008

BIOLOGI DAN JANTINA


Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual). (Sila lihat: Identiti jantina.)
Dari segi biologi, organ seks perempuan adalah terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan. Kebanyakan perempuan mempunyai kariotip 46,XX, tetapi hampir satu perdua ribu lima ratus akan mempunyai 45,X.
Walaupun bilangan perempuan adalah kurang daripada bilangan lelaki (nisbahnya di lingkungan 1:1.05), oleh sebab jangka hidup yang lebih panjang, terdapatnya hanya 81 orang lelaki berumur 60 tahun ke atas bagi setiap 100 orang perempuan; di golongan yang tertua, hanya terdapatnya 53 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Perempuan mempunyai kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding lelaki, termasuk sewaktu dalam uterus, dan pada puratnya, mereka hidup lima tahun lebih lama disebabkan gabungan faktor-faktor:
genetik: terdapatnya gen yang lewah dan berbeza-beza di dalam kromosom seks perempuan;
sosiologi: di kebanyakan negara, perempuan tidak perlu menjalani pengerahan untuk perkhidmatan tentera;
pilihan yang menjejaskan kesihatan: seperti pembunuhan diri serta penggunaan rokok dan alkohol);
estrogen, iaitu hormon perempuan, mempunyai kesan yang boleh melindungi jantung di kalangan perempuan yang belum mencapai putus haid; sebaliknya, lelaki mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi.
Daripada jumlah penduduk, terdapatnya 101.3 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan (sumber: Almanak Dunia 2001).
Selepas permulaan menarke (haid pertama), kebanyakan perempuan berupaya menjadi hamil dan beranak. Penyelidikan pembiakan perempuan dan organ seks digelarkan ginaekologi. Secara amnya, perempuan mencapai putus haid pada akhir 40-an atau awal 50-an. Sewaktu itu, ovari mereka menamatkan penghasilan estrogen, dan mereka tidak lagi berupaya menjadi hamil.
Secara amnya, perempuan menghidapi penyakit yang sama dengan lelaki; bagaimanpun, terdapatnya beberapa penyakit jantina yang lebih kerap ataupun khusus dihidapi oleh perempuan.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan