Tuesday, December 23, 2008


baik baik bang..jangan disandar kat keretapi tu..kan terbalik kang. naya nanti. kalau jual mahal tu. kalau timbang kilo mau dapat lepas sop ekor. Apa pun inilah sebahagian pengunjung yang membanjiri Melaka sempena dengan cuti sekolah 2008


Ini lah dia pokok Melaka. saya ni la pertama kali tengok pokok Melaka. tinggal ini je.yang lain tak tahu gi mana. Kat belakang tu keretapi. dah lama dah dok situ. tayar dia pancit. tak de sorang pun berani nak tampal tube

Bukan main bergaya..cadang nak bawa je jet pejuang kat belakang tu. tapi kunci tertinggal dalam loker. tak pe lah. biar je la orang lain bawa. lagi pun jet tu dah tak boleh nak menembak lagi. peluru dah habis. semua Jepun dah bawa balik ke Hiroshima.
Gambar ni dirakamkan di Melaka

Kau bunga ku...Bergambar waktu naik beca mengelilingi bandar Melaka. RM40.00 sejam..wow..boleh tahan...tapi tak pe..bila tengok orang yang kayuh beca tu kesian gak. yang seronoknya dia sanggup tunggu dan siap bagi penerangan lagi tentang tempat tempat yang menarik

mungkin ada sesuatu yang sedang dibincangkan antara pelancong dan penarik beca ini. apa pun inilah sesuatu yang unik di Bandaraya Bersejarah Melaka

WAJAH WAJAH KITA




Mungkin ini yang terbaik untuk tatapan kita. Antara kita sewaktu kecil dan apabila kita dan jadi warga emas nanti. apa pun yang paling jelas ianya menterjemahkan pengalaman yang berbeza. kita pastinya tak lari dari semua ini.

Sunday, December 21, 2008




beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika berada berhadapan dengan plaza taming sari

hari ke 2 di Melaka




Assalamualaikum..hari ni adalah hari ke 2 saya berada di Melaka. banyak juga tempat yang saya lawati bagi mengisi percutian saya di sini . hari ni saya keluar dari bilik hotel agak lewat sikit. saya keluar pun dah tengahari. tapi hari ni agak malang sikit sebab dapat surat cinta dari Dewan Bandaraya Melaka sebab malam tadi parking kereta tak guna kupon. destinasi pertama saya hari ni ialah Dataran Pahlawan. Pelancong memang ramai hari ni. datang dari seluruh pelusuk tanah air dan ada juga dari Singapura. Banyak juga gambar gambar yang saya rakamkan untuk dikongsi dalam blog ini.

hari ke t

Saturday, December 20, 2008














Inilah suasana pada malam hari di taman Lanun. memang cantik dan mengasyikkan. penuh dengan lampu berwarna warni. saya sempat meluangkan sedikit masa berada di sini sambil melihat geragat orang dan anak anak muda yang sedang berehat. Saya cukup terpegun bila melihat keindahan pada malam hari di sini. gambar ini dirakankan pada pukul 10 malam 20 disember 2008




  1. Baru sampai Melaka. Hari ni hari sabtu 20 Disember 2008. cari hotel kat bandar Melaka. ingat nak check in kat hotel Seri Malaysia tapi dah penuh. pegi tanya kat hotel Grand Continental pun penuh gak. Nasib baik ada hotel Accordion. Sebelah malam selepas mandi pergi ke Taman Lanun. tengok manusia yang tak mahu tidur tidur walaupun dah malam. sama gak la ngan saya. seronok gak. dapat tengok orang. ada la jugak beberapa keping gambar yang diambil untuk tatapan umum. nak tengok..jommm...

pemandangan dipinggir sungai Muar 3











pemandangan dipinggir sungai Muar 2




pemandangan indah di tepi sungai Muar










memang mengasyikkan waktu petang di pinggir sungai Muar. Air yang tenag ni menggamit kesyahduan.

bandar Muar




sepanjang perjalanan ke Melaka




Perjalanan ke Melaka mengambil masa 1 jam lebih. Penat tak lah terasa sangat sebab banyak tempat boleh berhenti



Ini lah suasana waktu petang di Batu pahat. gambar ni saya ambil ketika baru sampai di batu pahat. Setelah bermalam selama satu malam saya meneruskan perjalanan ke Muar. Dalam perjalanan saya singgah sekejap di Warung Tepi Jalan untuk menikmati makanan tengahari. Selepas saya ambik nasi dan lauk ikan tiba-tiba penjual tanya saya nak " wedang" apa? saya tertanya -tanya. Apa makna wedang. rupa-rupanya wedang tu minum/air. Selesai makan saya teruskan perjalanan ke Muar sambil menikmati pemandangan rumah kg di sepanjang perjalanan.

Friday, December 19, 2008







inilah hotel tempat saya menginap. banyak la juga star nya. jadi lah. boleh jimatkan perbelanjaan. harga satu malam cuma RM40.00 shj. murah. ada aircond, tv dan bilik air kat dalam.Nama hotel ni FAIRYLAND HOTEL. no bilik 205. Hotel ini berada betul betul pusat bandar. jadi kemudahan untuk makan dan minum tak jadi masalah. yang penting sediakan pulusnya.

pontian 19/12/2008


Pontian ini rupanya tak de la besar kalau nak dibandingkan ngan Batu Pahat. Makanan kat sini sedap. pandai dia orang masak.
ini gambar pagar yang saya rakam kat kedai jual sop ekor kat pontian. Waktu ni dah petang. pukul 6.30 petang.

berehat di kedai tomyam Pontian 19 Disember 2008)



Hari sudah pun petang. nampaknya malam ni terpaksa la cari hotel. nak tidur dalam kereta takut gak. Apa pun kita singgah dulu makan di Pontian ni. Nampak cam sedap je. memang sedap pun. Apa pun ini je yang dapat dirakamkan sebagai kenangan. ini pun pakai camera handset je










Hentian Rehat Pagoh



Kadang - kadang segan gak nak ambik gambar sendiri . tapi tak pe .biar orang kata apa janji ada yang boleh dirakamkan untuk kenangan anak-anak cucu besok. Waktu ni mata mengantuk sangat. badan pun agak letih. perut lak dah penuh angin.

19 disember 2008



Jam 4.30 pagi di hentian rehat Pagoh. Berehat sekejap sambil minum air halia. perut dah masuk angin. Hentian rehat ini tak lah ramai sangat orangnya. mungkin sebab dah pagi sangat. menu pun tak berapa banyak. tidak ada yang memecahkan selera. susun atur kurang menarik.

Thursday, December 18, 2008

17 Disember 2008


sekarang ni baru sampai di Hentian Rehat Ulu Bernam. Berhampiran dengan Tanjung malim. Badan agak penat sikit sebab semalam tak tidur. cuma dapat tidur dalam masa 3 jam sahaja. Hari ini merupakan hari pertama perjalanan dari utara ke selatan dan dijangka akan singgah di beberapa lokasi sepanjang perjalanan. Sampai di Hentian rehat ini lebih kurang pukul 12. 40 tengah malam.

Sunday, December 14, 2008

share perniagaan untuk dijual.

Kami sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengiklanan dan rekabentuk grafik yang bertapak di No. 12, bangunan PKNP fasa 4, 36800 Kg. Gajah perak mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk berkongsi perniagaan dengan kami dalam bentuk belian saham syarikat bagi tempoh 6 bulan hingga 1 tahun


Share perniagaan untuk dijual. ( untuk lot banner sahaja)

Harga sebenar RM4000.00 bagi satu lot. ( keuntungan 10 peratus dari jualan dan dibayar pada setiap bulan)

atau anda boleh pilih dari harga dan peratus keuntungan dibawah sekiranya berminat.

RM4000.00 keuntungan 10 % dari jumlah jualan dalam lot banner pada bulan tersebut

RM3000.00 keuntungan 7.5 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM2000.00 keuntungan 5 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM1000.00 keuntungan 2.5 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM750.00 keuntungan 1.875 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM750.00 keuntungan 1.875 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM500.00 keuntungan 1.875 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM400.00 keuntungan 1 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM300.00 keuntungan 0.75 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM200.00 keuntungan 0.75 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut

RM100.00 keuntungan 0.25 % dari jumlah jualan dalam lot banner bulan tersebut


setiap belian adalah bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun sahaja. selepas tamat tempoh pihak syarikat akan memulangkan wang pelaburan anda seperti mana nilai yangdilaburkan. Manakala keuntungan bagi keuntungan pelaburan pula akan dikredit terus ke akaun anda pada setiap 15 haribulan selepas pengiraan pada bulan tersebut.

bagi yang berminat boleh lah menghubungi saya di 012- 7787257 atau emailkan sebarang pertanyaan ke edyxray@yahoo.com

Bagi mereka yang berminat tanpa sebarang pertanyaan boleh membuat pembayaran ke akaun Maybank No. 158060600234 atas nama MOHD ZAIDI BIN ABDUL WAHAB.

selepas membuat pembayaran sila emailkan bukti pembayaran melalui email edyxray@yahoo.com dengan menyertakan tarikh bayaran dibuat masa dan jumlah bayaran serta maklumat peribadi iaitu nama, kad pengenalan, alamat untuk dihubungi, no telefon, no akaun untuk proses dokumen dan pembayaran keuntungan

terima kasih

Mohd Zaidi Bin Abdul Wahab

Wednesday, December 10, 2008

peluang pendapatan sampingan. tak perlu belanja besar. pendapatan yang lumayan. hanya duduk di rumah.

maklumat lanjut sila klik

http://www.diwaris.com/?ref=mozadesign

Tuesday, December 9, 2008

di kaki lima

di kaki lima ini
manusia bersimpang siur
langkahnya mengira waktu
antara pantas dan perlahan
ada destinasi tapi tak ada tujuan
ada tujuan tapi kabur destinasi

di kaki lima ini
masih bisa kah dikira
berapa banyak waktu yang berlalu
dari setiap pelusuk hidup
hambar dan berabuk
kerna ada waktu waktunya di kaki lima ini
mengukir sebuah kenangan
yang hampir terpinggir


edyxray 2008

coretan buat mu

ingin ku corekan buat mu
satu untaian rasa
tapi pena ku tak berbisa

ingin ku khabarkan pada mu
tentang rindu
tapi aku selalu bertemu

ingin ku ukirkan bahasa jiwa
di dinding rasa
tapi aku bukan pujangga

yang pasti...
akan ku adunkan semua ini
menjadi cetusan yang hakiki


edyxray 2008

Seketika di kerusi anjal

Duduk duduk di kerusi anjal
ku labuhkan ujung tumit
menempias lelah seketika
penat akal kerna ikhtiar
penat jasad kerna tekad

duduk- duduk di sini
untuk seketika nanti
aku perlu belajar berlari
bukan lagi bertatih berkali kali
aku perlu tahu destinasi
bukan hanya tahu menanti


edyxray 2008

buntu

tak tahu aku
sesekali mengira khilaf akal
ada cerita yang belum terjawab
buntu dalam benak sendiri
antara sedar dan mimpi
pangkin hari kian rebah
haruskah kalah atau mengalah
atau membiarkan pasrah

hati memujuk agar berani
masih belum tandus harapan
nanti sampai waktu itu
akan aku tunggu
tanpa jemu

edyxray 2008

bahasa senja

bukan mudah mentafsir bahasa senja
lenggoknya samar rasa
warnanya cuma seketika
singgah untuk meredakan lelah

bukan mudah merenung mentari jingga
kilaunya hanya dipangkin hari
nanti hilang sendiri
di ufuk tak berkaki

bilah berbisa

bilah berbisa
menusuk diri
tembusi hati
sakit jiwa dan nadi
saraf saraf diri mati
ruak ruak sakit membingit
meraung dalam jiwa yang senyap
entah bagaimana lagi harus ku ubat
penuh dahsyat

edxray

luka hati

ke ceruk mana lagi
harus aku pergi
merawat luka hati
mengubat sepi diri

ke ruang mana lagi
harus ku cari
secangkir cinta menyala
untuk ku rasai bahagia

adakah nanti sampai ke hujung dunia
baru manpu ku temui ia
atau mungkin nanti
ke akhir nyawa...

menyintai mu.... adalah satu kepedihan yang dahsyat

bertarung dalam rongga yang sakit

jiwa yang rintih


menyintaimu..adalah satu keperitan

menggalas hiba seluruh kebatinan

menyintai adalah ujian kesabaran

lantaran menebalnya rasa sayang


menyintaimu adalah rungkaian kerinduan

tanpa kesal dan sesal

tanpa jemu dan ragu

walau nanti akhir cinta

aku tetap reda

andai dirimu bukan milik ku jua


edyxray

Monday, December 8, 2008

PERANAN WANITA




Di dalam banyak budaya prasejarah, perempuan memainkan peranan kebudayaan yang khusus. Secara amnya, di dalam masyarakat pemburu-pengumpul, perempuan mengumpulkan makanan tumbuhan, sedangkan lelaki memburu untuk daging. Disebabkan pengetahuan tumbuhan yang mendalam, kebanyakan ahli antropologi memperdebatkan bahawa perempuan adalah yang mengetuai Revolusi Neolitik dan merupakan perintis pertanian yang pertama dalam sejarah.
Dalam sejarah yang lebih terkini, peranan perempuan telah bertukar secara pesat. Peranan jantina yang tradisional bagi perempuan kelas menengah biasanya meliputi tugas-tugas rumah tangga yang menekankan penjagaan anak, dan tidak melibatkan pekerjaan bergaji. Bagi perempuan yang lebih miskin, khususnya mereka daripada kelas buruh, tugas-tugas rumah tangga merupakan impian mereka kerana keperluan ekonomi memaksakan mereka mencari pekerjaan di luar rumah. Bagaimanapun, pekerjaan yang dibuka untuk perempuan kelas buruh mempunyai prestij dan gaji yang lebih rendah berbanding pekerjaan yang dibuka kepada lelaki. Akhirnya, penyekatan perempuan daripada pekerjaan-pekerjaan bergaji merupakan tanda kekayaan dan prestij, sedangkan perempuan yang keluar daripada rumah untuk bekerja merupakan tanda kelas yang lebih bawah.
Gerakan wanita merupakan sebahagian daripada perjuangan untuk mencapai kesamarataan peluang dengan lelaki, dan untuk mencapai kesamarataan hak tanpa mengira jantina, walaupun hubungan dan syarat-syarat yang khas diterima secara sukarela dalam perkahwinan. Kesulitan untuk mendapat pengakuan disebabkan oleh faktor-faktor sejarah yang bergabung dengan tabiat dan adat resam yang dihasilkan oleh sejarah. Melalui gabungan pengubahan-pengubahan ekonomi dan usaha-usaha gerakan kewanitaan dalam dekad-dekad kebelakangan ini, perempuan di kebanyakan masyarakat kini dapat memperolehi kerja-kerja selain daripada kerja suri rumah tradisional. Walaupun demikian, wanita moden di masyarakat Barat masih menghadapi cabaran di tempat kerja, serta dengan persoalan seperti pendidikan, keganasan, penjagaan kesihatan, dan keibuan. Perubahan-perubahan dan perjuangan-perjuangan ini merupakan sebahagian daripada tumpuan penyelidikan wanita dalam bidang akademik.

BIOLOGI DAN JANTINA


Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual). (Sila lihat: Identiti jantina.)
Dari segi biologi, organ seks perempuan adalah terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan. Kebanyakan perempuan mempunyai kariotip 46,XX, tetapi hampir satu perdua ribu lima ratus akan mempunyai 45,X.
Walaupun bilangan perempuan adalah kurang daripada bilangan lelaki (nisbahnya di lingkungan 1:1.05), oleh sebab jangka hidup yang lebih panjang, terdapatnya hanya 81 orang lelaki berumur 60 tahun ke atas bagi setiap 100 orang perempuan; di golongan yang tertua, hanya terdapatnya 53 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Perempuan mempunyai kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding lelaki, termasuk sewaktu dalam uterus, dan pada puratnya, mereka hidup lima tahun lebih lama disebabkan gabungan faktor-faktor:
genetik: terdapatnya gen yang lewah dan berbeza-beza di dalam kromosom seks perempuan;
sosiologi: di kebanyakan negara, perempuan tidak perlu menjalani pengerahan untuk perkhidmatan tentera;
pilihan yang menjejaskan kesihatan: seperti pembunuhan diri serta penggunaan rokok dan alkohol);
estrogen, iaitu hormon perempuan, mempunyai kesan yang boleh melindungi jantung di kalangan perempuan yang belum mencapai putus haid; sebaliknya, lelaki mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi.
Daripada jumlah penduduk, terdapatnya 101.3 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan (sumber: Almanak Dunia 2001).
Selepas permulaan menarke (haid pertama), kebanyakan perempuan berupaya menjadi hamil dan beranak. Penyelidikan pembiakan perempuan dan organ seks digelarkan ginaekologi. Secara amnya, perempuan mencapai putus haid pada akhir 40-an atau awal 50-an. Sewaktu itu, ovari mereka menamatkan penghasilan estrogen, dan mereka tidak lagi berupaya menjadi hamil.
Secara amnya, perempuan menghidapi penyakit yang sama dengan lelaki; bagaimanpun, terdapatnya beberapa penyakit jantina yang lebih kerap ataupun khusus dihidapi oleh perempuan.

lambang wanita


Lambang planet Zuhrah ialah simbol untuk jantina betina dalam bidang biologi; suatu penggambaran cermin tangan dewi Venus yang terdiri daripada sebuah bulatan dengan palang kecil di bawah (Unikod: ♀). Simbol Venus juga mewajahkan kewanitaan, dan mewakili tembaga dalam alkimia kuno. Ahli alkimia membina simbol itu daripada bulatan yang melambangkan roh di atas palang yang melambangkan jirim.

perempuan


Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.
Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara, betina.

hutan paya bakau


Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau.
Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah mencemar kawasan sekeliling.
Selain itu kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_paya_laut"

kenali monyet


Monyet adalah sekumpulan primat simian di samping mawas yang dibahagi kepada monyet Dunia Baru dan monyet Dunia Lama, . Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di dunia.
Monyet Dunia Baru dikelaskan dalam parvorder Platyrrhini, manakala monyet Dunia Lama (superfamili Cercopithecoidea) membentuk sebahagian parvorder Catarrhini yang juga merangkumi mawas. Maka, secara saintifik, monyet adalah parafili (bukan satu kumpulan koheren yang tunggal), dan monyet Dunia Lama sebenarnya lebih erat pertaliannya dengan mawas berbanding monyet Dunia Baru.
Oleh sebab keserupaannya dengan monyet, mawas-mawas seperti cimpanzi dan ungka turut dipanggil "monyet" dalam perbualan tidak formal, sungguhpun sebenarnya bukan monyet. Sebaliknya, gara-gara saiznya (sehingga 1 m), Mandrill juga disangka merupakan sejenis mawas, tetapi sebenarnya sejenis monyet Dunia Lama.
Perkataan "kera" kadang-kala digunakan untuk memaksudkan mana-mana jenis monyet, tetapi sebenarnya hanya memaksudkan satu spesis (Macaca fascicularis) di Malaysia.

8 december 2008

Tiada yang istemewa untuk hari raya Aidil Adha tahun ini apatah lagi bertembung dengan musim banjir. Namun apa yang penting bukanlah kemeriahan di hari raya tapi keinsafan dan kesyukuran. Hari raya korban yang diraikan bersempena dengan kisah nabi ismail seharusnya dilihat dari aspek yang lebih luas. Pengorbanan seorang anak yang sanggup untuk disembelihkan dan kesanggupan seorang bapa untuk menyembelihkan atas ketaatan terhadap Allah SAW perlu diinsafi dan diambil pengajaran oleh semua orang. Pengorbanan bukan terbatas atas kepentingan sahaja tapi juga melangkau kepada permasaalahan umum. Kita sebagai masyarakat Malaysia serta sebahagian dalam komuniti masyarakat perlu menterjemahkan konsep korban ini dalam membangunkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Saturday, December 6, 2008



Kita dijanjikan dengan pekhabaran

dari hamparan luas yang menghijau

kita dianugerahkan dengan ketenangan

dari tiupan bayu yang segar