Friday, September 30, 2016

Berbasikal dari Changkat Ibol - Changkat Jering -Taiping

     Hari minggu dengan cuaca yang cukup baik. Suasana pagi di Kg. Changkat Ibol sememangnya agak sejuk dan nyaman kerana berada di kaki bukit Gantang. Kandungan oksigen cukup tinggi dan sesuai untuk paru paru. Kehidupan masyarakat yang tenang dan tidak terlalu sibuk ini lebih memberi nilai positif kepada penghuninya. 

 Kg. Changkat Ibol di pagi Hari.

       Seperti tempat tempat lain, Kg Changkat Ibol, masyarakatnya akan mencari bekalan pagi dan bersarapan sebelum memulakan pekerjaan. Hari minggu mungkin lebih sedikit kuih muih untuk di bawa balik memandangkan anak anak pada hari ini cuti sekolah dan ada juga anak cucu yang mungkin pulang ke kampong.



salah sebuah kedai yang berada di tepi masjid yang banyak menjual kuih muih.


        Hari ini saya pula sudah mula menyiapkan peralatan untuk memulakan akyiviti kayuhan dari Changkat Ibol - Changkat Jering hinggalah ke Taiping. Kali ini jaraknya dalam sekitar 18 km sahaja. sebagai permulaan untuk kayuhan yang lebih jauh. Aktiviti ke arah menyihatkan badan ini baru sahaja saya cuba berjinak jinak memandangkan aktiviti sukan lain seperti bola sepak sudah tidak mampu lagi akibat faktor usia. 

   Bermula jam 7.00 pagi kayuhan pun bermula merentasi jejantas pendek lebuh raya utara selatan yang berhampiran dengan hentian rehat bukit gantang. kayuhan memanaskan badan terlebih dahulu saya mulakan dengan meredah beberapa buah kampong. udara cukup segar dengan kedinginan pagi. cahaya matahari yang membias di celah celah daun mencantikkan lagi suasana.

pemandangan dari jalan kecil di sebuah perkampungan.
kelihatan cahaya matahari membias di celah celah daun


        Setelah 30 minit kayuhan saya tiba di Jelutong. di sini saya berhenti seketika untuk sarapan pagi. roti canai dan teh tarik menjadi menu sarapan pagi ini. tambah kolestrol sebelum bakar baik. 


Di sebuah warung roti canai di Kg. Jelutong


      Kayuhan diteruskan lagi dengan perjalanan yang agak jauh. pendakian pula bermula terutamanya di laluan kuala kangsar-Butterworth. gear rendah terpaksa digunakan untuk memudahkan pendakian. Paha terasa seperti lenguh. tapi semangat untuk terus tiba di Taiping tetap kuat.  Kayuhan semakin laju menyusuri pekan Changkat Jering dan kemudiannya menghala ke Air Kuning. di sini berehat sebentar untuk melepaskan penat sambil meneguk air yang memang tersedia di basikal.


    Di kawasan sekolah rendah di Pengkalan Aur

           Melepasi Air Kuning saya meneruskan kayuhan ke Taman perumahan untuk mencari jalan pintas. berpandukan GPS saya akhirnya dapat menembusi taman perumahan Kawasan Tupai dan tiba di persimpangan Taman Tasik Taiping.


bergambar di tepi jalan berhampiran bandar Taiping.

       Dari sini saya berehat sekali lagi dan kemudiannya terus ke Taman Tasik untuk menikmati keindahan taman tasik Taiping dan menamatkan kayuhan saya.






kembara ke Medan ( 19 julai 2014 hingga 21 Julai 2014 )


    Kota Medan yang terletak di utara Indonesia merupakan bandar yang terbesar yang berada di luar pulau Jawa. dengan kapasiti penduduk melebihi 2 juta orang, Medan telah terkenal antara bandar yang sibuk dngan hiruk pikuk kenderaan dan manusia. Lokasinya yang hempir dengan Malaysia telah banyak menerima tetamu dan pengunjung khususnya dari Malausia, Singapore dan negara negara jiran lain. Keluasan yang dianggar 265.10 km persegi dan terbahagi kepada beberapa provinsi.







Image result for kota medan
      Pemandangan kota Medan dari atas


Dalam industri pelancongan, Medan sudah tidak asing lagi bagi pengunjung atau pelancong dari luar negara khususnya keindahan Tasik Toba yang mempunya bentuk muka bumi dan lanskap yang menarik. Tasik yang terhasik dari letusan gunung berapi sejak berjuta tahun dahulu telah memberi peluang pendapatan kepada masyarakat setempat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang berasaskan pelancongan dan kerjatangan.

                               Danau Toba
        Pulau Samosir  yang dihuni oleh masyarakat dari suku batak yang masih lagi mengekalkan kehidupan secara tradisonal sudah semestinya menghidangkan sejarah masyarakatnya kepada pelancong yang berkunjung ke situ. Senibina rumah yang mempunyai pertalian dengan masyarakat minangkabau di negeri sembilan menyembunyikan banyak rahsia untuk diterokai serta beberapa kepercayaan masyarakat batak. 


Rumah tradisional kaum Batak di Pulau Samusir


       Saya pernah ke pulau Samosir beberapa tahun dahulu sewaktu lawatan pertama ke Medan. Perjalanan menggunakan laluan air ( bot penumpang mengambil masa sekitar 1 jam ) menyusuri danau Toba.


      Kali ini saya kembali lagi ke Medan tapi bukan atas nama melancong cuma sekadar untuk merasai pengalaman berpuasa di kota Medan. Kata orang..lain tempat lain pengalaman...

     Setelah mendapat kata putus..kami memulakan perjalanan kami seramai 7 orang. Perjalanan yang bermula jam 12.30 tengahari dari Kg. Gajah ke Pulau pinang dengan menyusuri lebuh raya utara-selatan. Singgah sebentar di masjid untuk bersolat jumaat sebelum meneruskan lagi perjalanan. ( Kg. Gajah - Bota - Layang- Tg. Belanja - Titi Gantung -Berus - Trong - Changkat Jering - Penang )



 Hari pertama 19 Julai 2014

   Tiba di Lapangan terbang Penang sekitar jam 3.30 petang dan  menaiki pesawat Air Asia dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit. tiba di airport Kualanamu Medan sekitar jam 6.00 ptang waktu Indonesia.  
terus ke Hotel penginapan. Hotel penginapan kami adalah hotel Grand Angkasa. Oleh kerana sudah waktu malam kami hanya berehat di hotel sambil sesetengah dari kami mengambil kesempatan berjalan jalan di sekitarnya sahaja.



bergambar di lobi hotel penginapan



Hari kedua ( 20 Julai 2014 )

Aktiviti meninjau di pasar pasar di sekitar medan. saya sempat singgah di pasar pagi dan sempat melihat barangan jualan yang dijual oleh peniaga di sana. kelihatan agak murah berbanding di Malaysia. Sayuran juga segar. cuma keadaan pasarnya yang agak tak terurus. 



       Pada sebelah petang kami bergerak ke Masjid Raya. Masjid Raya antara masjid yang tertua di Medan. Untuk mengetahui tentang nasjid ini, saya sedut sedikit beberapa maklumat tentang masjid ini di wikipedia.

       Masjid Medan.


      Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun merupakan sebuah masjid yang terletak di MedanIndonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan selesai pada tahun 1909. Pada awal pendiriannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya arsitekturnya khas Timur TengahIndia dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi delapan dan memiliki sayap di bagian selatan, timur, utara dan barat. Masjid Raya Medan ini merupakan saksi sejarah kehebatan Suku Melayu sang pemilik dari Kesultanan Deli (Kota Medan).



       Di sekitar masjid Raya pula ada festival Ramadhan dan terdapat gerai gerai makanan yang panjang. banyak pilihan makanan yang tewedia. memang tidak mempunyai masalah bagi kami untuk berbuka puasa. Yang paling uniknya adalah makanan yang pelbagai untuk berbuka puasa. di kaasan masjid juga kelihatan beberapa orang miskin dan anak anak jalanan sedang menunggu untuk berbuka puasa dan makanan di agihkan oleh pihak masjid. Kami berbuka puasa di sepanjang gerai makanan dan kemudiannya terus solat terawih. solat terawih di sini pantas sekali. bacaan juga pendek. jadi cepat lah habis.


bergambar bersama cikgu meor di satu kiosk di ramadhan fair Medan


     Selesai solat terawih kami kemudiannya ke pusat makanan untuk makan malam. kinjungan kami kali ini adalah ke rumah Makan masakan Padang. memang enak sekali. harga juga boleh tahan. tapi makanan kami disponsor oleh cikgu zul.
        
       Selepas makan kami sempat berjalan jalan di sekitar dan membeli sedikit buah tangan untuk kembali ke hotel. di hotel berehat sambil sembang sembang kosong sambil tunggu mata lelap.

    Hari ketiga ( 21 Julai 2014 )

Kami bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. tidak banyak tempat yang sempat kami lawati kerana waktu yang terhad dan kebetulan pula bulan puasa. 


bergambar bersama cikgu Idris sebelum berangkat pulang




dalam perjalanan ke airport kami singgah di sebuah tempat yang membuat kek lapis. Kek Lapis memang terkenal di Medan khususnya bagi pelancong pelancong yang datang ke Medan. Rasanya sedap. kami membeli beberapa biji kek lapis untuk di bawa pulang. Kami kemudiannya tiba di Airport. iaitu destinasi terakhir di Medan sebelum terbang pulang ke Malaysia.


bersama penari indonesia ketika di airport Kualanamu.




bergambar di hadapan pentas tarian di Airport Medan