Tuesday, October 20, 2015

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Mungkin ramai di antara kita yang mengambil mudah soal penjagaan rambut. Ada ketikanya kita abaikan kesihatan rambut sehinggalah menjejaskan kesegaran rambut. Orang lelaki lebih ramai mengabaikan penjagaan rambut berbanding perempuan.

Di sini saya sertakan beberapa tips yang berguna untuk dikongsi oleh semua pembaca khususnya pengunjung blog saya

tips ini saya ambil dari blog Nikana.com. http://nikshahana.blogspot.my. Kredit untuk Nik Anna

Saya sekadar memanjangkan memandangkan ianya berguna kepada semua.


Jom kita review 6 langkah penjagaan Rambut yang betul

#Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.

>>>Shampoo ni yang saya guna..selamat dan yang penting semulajadi,tiada bahan kimia..KLIK LINK

#Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.


#Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai. 


# Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi hanya digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak dengan air bersih.


#Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).

1 comment:

tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan