Untuk apa dicatat lagi
Sudah kering agaknya dakwat
Atau mungkin sudah tidak mahu melekat
Walau berkali dicalit
di atas kertas yang semakin carik
puas dipujuk agar terus mengalir
menyatatkan cerita cerita gembira
agar hilang hiba di dada
di atas kertas carik yang dimamah usia
kalaupun mampu dakwat ini mengalir
sederas air mudik ke hilir
apa mungkin ceritanya nanti cerita bahagia
sedang diminda tersemat cerita duka
atau mungkin kisah camar yang hilang tiba tiba
setelah ditemui seketika di sore senja
dalam samar cahaya terpalit bias warna jingga
santun berbicara pandai berkata kata
atau mungkin kisah aku yang hilang camar kesayangan
setelah aku diulit lena dengan lagu “kembali pulang”
yang hinggap ditelinga saat aku keseorangan
tatkala menyusun impian dan harapan
edy
26 December
Perak darulridzuan
Camar yang hilang didamba, dirindu, ditagih, ditunggu, dirintih, diratap agar kembali pulang...
ReplyDeleteNamun,
Kekecewaan camar yang pulang,
siapa yang mahu mendengar coretannya?
siapa yang mahu melakarkan kekesalannya?
siapa yang mahu mendengar lagu sepinya?