Dalam menjawab soalan ini, kita perlu melihat kepada beberapa persoalan pokok dan kewajaran seseorang itu menghilangkan diri.
Kita perlu merungkai persoalan ini kepada 2 apek yang berbeza iaitu, samada lelaki itu ada tanggungjawab dan sifat prihatin terhadap pasangannya atau seseorang lelaki itu telah atau dengan sengaja melupakan tanggungjawab terhadap pasangannya.
Apakah kemungkinan ianya masih mempunyai tanggungjawab ?
Disandarkan satu kisah kepada seorang suami yang mencari pekerjaan di luar kawasan kediaman, pada hakikat dan matlamat asalnya adalah kerana ingin membantu isteri dan anaknya. Tapi oleh kerana wujud kemungkinan yang di luar jangkaan. Masalah yang datang tanpa diduga, kepayahan hidup di rantau orang dan pengaruh persekitaran menyebabkan seseorang lelaki itu sedikit demi sedikit semakin lupa peranan asalnya. Keadaan ini telah mewujudkan senario yang tidak elok dalam hubungan apatah lagi si suami tidak menghantar sebarang berita. Kemungkinan si suami tidak menghantar berita adalah kerana merasa dirinya sudah terpesong jauh dan menyerahkan kepada takdir haluan anak dan isterinya walaupun pada hakikatnya beliau masih lagi sayang dan memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.
Pada pandangan kasar, mungkin masyarakat akan melihat bahawa si suami ini sudah tidak mempunyai tanggungjawab dan membiarkan anak dan isterinya tersiksa, tapi mungkin apabila diteliti dari sudut permasalahan yang dialami dan dihadapi, mungkin si suami tidak mahu beban yang ditanggungnya dirasai oleh isteri dan anaknya. Contohnya, si suami terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sukar untuk dipulihkan. Akibat rasa tanggungjawabnya untuik tidak membebankan anak dan isterinya, dia mungkin akan mencari jalan mudah iaitu terus menghilangkan diri. Pada hemat saya, lelaki ini dalam hati kecilnya masih mempunyai tanggungjawab walaupun pada mata masyarakat ianya digambarkan sebagai seorang suami yang kejam.
Apakah kemungkinan lelaki ini tidak bertanggungjawab ?
Ya…jawapannya adalah ya sekiranya dinilai dari aspek hubungan 2 hala. Seseorang yang mempunyai hubungan dua hala adalah terikat kepada “feedback” antara satu sama lain. Cetusan naluri dan asas hubungan sedia ada adalah berkait rapat dan memerlukan tindak balas yang segera. Seperti kulit kita terkena besi panas, dan tindakbalas segera akan wujud. Begitulah dengan hubungan manusia 2 hala. Oleh sebab itu, apabila hubungan 2 hala ini tidak berlaku, maka hubungan itu akan mati dan persoalan tanggungjawab akan hilang. Tanggungjawab bermaksud satu keputusan yang dilahirkan melalui hati dan akal atas kewajaran pertimbangan terhadap sesuatu perkara atau individu yang berada di dalam lingkungan pengawasan. Tanggungjawab juga merujuk kepada pengawalan dan keperihatinan dalam ruang lingkup fizikal, mental dan emosi.
Persoalan seseorang itu bertanggungjawab ataupun tidak adalah bergantung kepada kes-kes atau kelakuan semasa yang wujud samada ianya melibatkan perlakuan bawah sedar atau perlakuan maya.
Sebab itulah Islam menyuruh manusia supaya bersabar dan redha pada setiap ketentuan kerana di situlah dapat kita menilai melalui hati tentang makna tangungjawab yang sebenar serta mampu membuat penilaian terhadap seseorang itu dengan sebaik mungkin. Yang jahat dan buruk perangai mungkin pada suatu hari nanti akan menjadi seorang suami yang baik dan bertimbangrasa. Yang baik dan elok pada awalnya belum tentu menjamin kebahagiaan. Segalanya adalah bergantung kepada bagaimana dan apa kaedah kita mengemudi setiap hubungan.
Wallahuaalam
zaidi
17 Mac 2009
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan