Tuesday, March 24, 2009
Keperluan dan impian dalam hidup
Apa yang diperlukan dalam hidup adalah kejayaan dan kepuasan dari hasil usaha. Setiap manusia impikan perkaran yang sebegini. Ianya telah menjadi satu matlamat diri. Pertama sekali perlu bina sebuah kejayaan barulah dapat mengecapi kepuasan dari kejayaan. Bagaimana untuk berjaya ? Bagaimana melalui proses untuk mendapatkan kejayaan. Ada yang sedaya upaya mencuba tapi masih tak berjaya. di mana silapnya? dan apakah reaksi yang seharusnya difikirkan setelah kita tak berjaya. Pelbagai kaedah yang dipraktikkan oleh manusia untuk mengecapi kejayaan. Ada yang menggunakan akal yang rasional dan ada pula yang menggunakan jalan singkat dan akhirnya merugikan diri sendiri dan masyarakat. Alexander graham Bell berjaya menjadikan impiannya mencipta telefon setelah melalui pelbagai cara dan hipotesis. Bagaimana dengan kita? Apa kaedah dan pendekatan kita untuk berjaya.Kejayaan tak akan datang dengan mudah. Kejayaan sebenarnya perlukan pengorbanan dan kesabaran, kerasionalan akal fikiran. Kekuatan mental dan fizikal, berani bersaing dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik. Orang yang berjaya tak mudah putus asa. Orang yang berjaya tidak akan cepat mengeluh. Orang yang berjaya sentiasa menjaga disiplin diri dan ketepatan masa. Kadang-kadang kita terlalu sukar mengawal emosi apabila kita gagal. kita lupa bahawa kegagalan itu seperti garam dan cuka yang diletakkan dalam makanan untuk menyedapkan makanan. ianya merupakan salah satu resipi dalam kejayaan. Bila ditanya orang yang telah berjaya, sebenarnya dia telah mengalami kegagalan terlebih dahulu. Melalui kegagalan inilah dia akan dapat menilai dan mengenal kelemahan diri serta berusaha untuk memperbaikinya. Kadang- kadang kita mudah marah dan rasa sensitif apabila ditegur dan dikritik terhadap sesuatu hasil kerja kita. Sebenarnya setiap teguran dan kritikan itu adalah satu kaedah untuk memantapkan hasil kerja dan produk kita.Kita sebenarnya gagal dalam menilai produk dan hasil kerja kita sekiranya tidak pernah ditegur dan dikritik. Dalam negara kita juga perlu ada kerajaan dan pembangkang. Kerajaan bertindak melaksanakan dasar dan pembangkang pula bertindak sebagai pengkritik sekiranya melihat berlaku penyelewengan ataupun ketidakadilan dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar. Semakin banyak dan kerap kita dikritik bermakna kita semakin banyak mampu memperbaiki hasil kerja kita dan kita akan semakin hampir untuk menikmati kejayaan dan kepuasan dari kejayaan.Kenapa kita tak sabar untuk mendapatkan apa yang kita impikan? Sifat ingin mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat sebenarnya akan melemahkan jati diri dan kekuatan minda kita. Kita belum betul betul diuji dengan satu jangkamasa yang lama. Bagaimana pula pada suatu masa kita telah berjaya dan kemudiannya kita jatuh . Bagaimana persiapan mental dalam menghadapi masalah ini. Apakah rancangan-rancangan ke arah memulihkannya. Adakah kita akan membunuh diri kerana gagal atau akan memikirkan satu strategi baru berdasarkan pengalaman sedia ada. Kemungkinan kemungkinan begini seharusnya kita perlu fikirkan bagi menghadapi sesuatu yang tidak diingini. Saya menulis topik ini kerana saya merasakan bahawa ramai yang gagal mudah putus asa dan tidak mahu meneruskan lagi. sedangkan tuhan bagi kita banyak ruang dan jalan untuk kita perbaiki. Tuhan uji kita kerana nak menaikkan darjat kita. Selagi kita bernafas dan masih ada di dunia ini, akal pula masih berfungsi bermakna kita punyai peluang dan harapan untuk berjaya.Orang yang berjaya akan sentiasa lakukan yang terbaik. orang yang gagal akan membina sebanyak mungkin alasan.kita jumpa lagi untuk topik yang akan datang. kalau ada sebarang komen, sila tuliskan komen anda diruangan yang disediakan dalam blog ini.terima kasihzaidi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini agar kita dapat berkongsi maklumat dan pandangan