Dalam sejarah dan ada juga yang membandingkan bahawa banjir di Kg, Gajah kali ini hampir menyamai banjir sekitar tahun 60 an dahulu. Itu yang diperkatakan oleh mangsa mangsa banjir. Banyak kawasan telah ditenggelami air bermula 24 december lagi. Antara Kampong kampong yang banyak terlibat adalah sekitar sungai Perak iaitu Kg Biak, Pasir Salak, Bendang Besar, Pulau Tiga Kiri dan beberapa kampong lain yang berada di sepanjang sungai Perak
Di sekitar pekan Kg. Gajah juga turut terjejas oleh banjir kali ini dengan beberapa bangunan dan premis perniagaan turut digenangi air. Beberapa jalan yang menghubungkan Kg. gajah - Teluk Intan juga ditutup kepada kenderaan kecil, begitu juga bagi laluan Kg. Gajah Seri Iskandar.
Walaupun pada sekitar tengahari ini telah menunjukkan sedikit baik dan air sedikit surut tapi kawasan kawasan di skitar Matang Tok Embin, Taman Murni telah dinaiki air dan memaksa penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang berhampiran. Tiga pusat pemindahan dibuka bagi menampung jumlah mangsa banjir iaitu Dewan Millenium ( Pejabat Tanah ), SK Dato Sagor, dan MRSM.