Sunday, November 29, 2009

HARI HARI YANG SAKIT

Hari hari yang sakit
Memenjarakan diri dalam perit
Sakit kerana rindu…
Dari ruang yang bisu

Hari hari yang perit
Jalani dengan penat dan jerih
Pasrah dan redha
Walau kian berbisa

Hari hari yang sakit dan perit
Adalah perjalanan ku
Mengerah seluruh kalbu
Rindu padamu

Tanpa suara yang berbisik ditelinga
Tanpa khabar yang menyapa
Tanpa salam ceria
Aku menunggu dengan nista


eeddy


27 Nov 2009

Kelantan Darul naim ( 8.30mlm)

AKU TERKURUNG DI SINI

aku sunyi terkurung di sini.
bertemankan dinding dinding mati.
tanpa mata dan hati.
dalam ruang yang hanya beberapa persegi.

aku sunyi terkurung di sini.
bagai sunyinya hati.
kosong dan sendiri.
sesekali ku melihat cermin.
memandang diri
mencari rahsia yg tersembunyi.

aku sunyi terkurung di sini.
entah s ampai bila lagi.
aku pun tak pasti

edy..

( Melaka, 23 Nov 2009)

Ketika aku bersendirian di dalam bilik hotel penginapan.

Monday, November 16, 2009

CATATAN BUAT UNGGU


Hari ini kita dipertemukan

dalam sorak keriuhan

terbias di dada cyber

lantas membina pangkin santai

dalam tawa bersahaja


Dari riuhnya celoteh

diadun dalam pelbagai warna

warna warna kehidupan

di karpet yang terhampar


Dalam kekalutan ekspresi manusia

menerjah cerita cerita tawa

sempat ku curi seraut wajah

yang dianugerahkan keayuan

persis bidadari kayangan


ku cuba meneroka makrifat

mengenal hakikat

mentafsir firasat

dari kelibat yang kian melekat

dalam benak akal yang sarat


dari jauh kucuba mengenal

cerita disebalik raut unggu

dari senyum dan tawanya

ada rahsia yang terbelenggu

tentang sulitnya cerita semalam

yang terpahat diam

bertarung dalam keperitan


dialah unggu...

jiwanya penuh nista

namun hatinya waja



edy...


16 November 2009