Wednesday, July 1, 2020

Menyusuri pantai Cahaya Bulan dan menikmati matahari terbenam di tepi sungai kelantan


Setelah sekian lama bertapa dalam rumah akibat perlaksanaan perintah kawalan pergerakan ( PKP ) terasa seperti berada dalam penjara sementara apatah lagi pergerakan yang terhad bagi mengekang pendemik covid 19.
    Bermula 10 Jun 2020, Kerajaan telah membenarkan untuk rentas negeri dan membuka beberapa sektor bagi membolehkan urusan harian dapat berjalan seperti biasa.

      kali ini destinasi kami ke  Kelantan sambil balik kampong. Kota Bharu menjadi destinasi pilihan memandangkan sudah lama tak ke sana. Beberapa tempat di Kota Bharu kami kunjungi untuk melihat secara dekat keadaannya. antara destinasi pilihan ialah wakaf che yeh, Pantai Cahaya Bulan sambil merasai makanan laut dan tepi Sungai kelantan.

  Ikut perjalanan kami melalui paparan video ini..
 

Monday, June 29, 2020

BACK PACKERS TAIPING - HUA HIN THAILAND

Kembara saya kali ini adalah menuju ke satu lagi tempat tumpuan pelancong yang agak terkenal juga iaitu di Hua Hin Thailand. Bandar Hua Hin terletak di tepi laut dan mempunyai pantai yang cantik dan masyarakat yang saling menghormati.
   Perjalanan saya menggunakan keretapi dengan mengambil masa selama 17 jam dari Padang Besar Malaysia. Tiket untuk sampai ke Hua Hin RM130.00.Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan tempat tidur yang selesa.

Ikuti perjalanan saya ini melalui paparan video yang telah saya sediakan untuk anda semua.



JAMBATAN KERETAPI MAUT