uRide ke Pak Bara - Hatya - Danok. 26 November hingga 28 November 2018...
entry kali ini adalah kembara aku secara solo ke Satun Thailand melalui Wang Klian. tapi sehari sebelumnya aku sempat ke Danok dan bermalam di situ untuk 1 malam. Hotel di Danok aku check in di PP hotel. Hotelnya bersih dan selesa. Harga untuk 1 malam Rm60.00 sahaja. memang berbaloi dengan kualiti hotelnya yang bersih dan selesa.
Danok sebenarnya tidak asing lagi bagi pengunjung Malaysia. terkenal dengan pusat hiburan terkemuka yang menawarkan pelbagai bentuk hiburan dari dalam Bar, pusat karaoke sehinggalah ke bilik tidur. industri rumuh urut dan pelacuran menjadi antara penyumbang kepada ekonomi penduduk di sana dan yang lainnya adalah dari perniagaan tekstile dan produk makanan.
Suasana malam hari di pekan Danok.
Saya sempat meneroka dunia malam di Danok. panorama malam mengasyikkan dengan kupu kupu malam bertenggek di kerusi luar pintu menawarkan pelbagai perkhidmatan. antara yang paling banyak adalah perkhidmatan urut. dikhabarkan juga ada extra servis.
harga untuk 2 jam urutan Rm 60.00. lebih murah berbanding di Malaysia. Makanan halal cukup mudah di sini kerana ramai peniaga islam berniaga khususnya dari sempadansuran thailand. mereka ini berbahasa Melayu cuma harga makanan agak mahal sedikit. saya memesan tomyam, nasi putih dan telur dadar dikenakan bayaran Rm 12.00 atau 100 baht.
Bagi yang datang dengan motosikal pastikan anda membeli insuran Thailand terlebih dahulu dengan bayaran Rm15.00 atau bayar Rm23.00 untuk pakej lengkap bagi :
1. insuran kenderaan
2. isi white card
3. isi borang kastam
di Changlung banyak kedai menyediakan perkhidmatan insuran.
HARI KE DUA..
Saya check out dari PP hotel sekitar jam 10.00 pagi dan keluar semula ke Bukit Kayu Hitam. saya menggunakan jalan Kuala Perlis untuk ke Wang Klian. sebelum ke Wang Klian singgah di Padang Besar untuk makan. Makanan di Padang Besar Agak mahal juga.
berhenti sebentar di atas jejantas Bukit Kayu Hitam menghala ke Kuala Perlis
di Hadapan Pintu gerbang sempadan kedah perlis
berhampiran dengan Universiti Malaysia Perlis
Pasar Besar Padang Besar. Lokasi yang
menjadi kunjungan wajib untuk membeli belah
sekita jam 2.00 petang saya kemudiannya bertolak ke Wang Klian. Panorama sepanjang perjalanan memang mengasyikkan. di kelilingi kehijaun sawah padi dan berlatar belakangkan gunung- ganang. Jjalan ke wang Klian agak mencabar juga kerana banyak selekoh. tapi yang menarik di situ adalah pemandangannya.
pemandangan sawah padi berlatar belakangkan
gunung dan bukit
sawah padi berlatar belakang bukit dan pohon kelpa
pemandangan dari atas bukit sebelum
sampai wang klian..
singgah di ladang ternak burung kasawari di perlis
lebih kurang 7 km dari Padang Besar.
Melawat Taman Negeri Perlis dari luar pagar
Saya sampai di Wang Klian sekitar jam 3.00 petang. berehat sebentar.
Jam 6.00 petang memasuki Thailand melalui Sempada Wang Klian. Kat sini waktu tutup pintu sempadan adalah jam 7.00 malam waktu Malaysia. Cuaca di sini agak sejuk sedikit kerana pada di kawasan tinggi. Kebetulan pada waktu ini orang tak ramai jadi urusan di imigresen cepat dan senang. di sepanjang kiri dan kanan jalan deretan kedai yang menjual produk produk dari Thailand.
Tiba di Wang Wang Klian jam 3.00 Petang.
bergambar di hadapan pintu masuk Wang Klian.
Pintu masuk ke imigresen Thailand
Pekan kecil wang Klian sebelah Thailand. suasana jam 6.30 petang.
banyak kedai dah tutup. pekan ini hanya meriah pada hujung minggu.
Pekan Wang Klian terletak berdekatan dengan pintu masuk sempadan. beberapa buah kedai menjual produk produk dari Thailand dengan harga yang murah. Pekan ini agak sunyi menjelang petang dan hanya meriah pada hujung minggu. ini disebabkan pada hari hari lain tak ramai orang melalui pintu masuk ini.
Perjalanan menggunakan motosikal honda vave 110 cc memang memenatkan tapi berbaloi. perjalanan dari sempadan menuju ke PakBara mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dengan kelajuan 80 km/jam. Panorama yang indah dikelilingi bukit bukau dan kehijauan. masyarakat di sini majoritinya islam dan di sepanjang jalan banyak rumah rumah dan masjid. Jalanraya pula terbaik. lebar dan mempunya 2 lorong. jarang ada selekoh kecuali pada mula mula melepasi sempadan sahaja kerana di situ kawasannya berbukit.
Tiba di Pak Bara jam 8.30 malam. saya terus ke kedai makan untuk isi perut. Kali ini makan tomyam campur di sebuah kedai di tepi laut. memang sedap tomyam di sini. kali pertama makan Siakap Tomyam. harganya memang mahal juga. tapi sedap.
Penginapan saya di Pak Bara adalah di chalet . harga 1 malam 300 baht atau lebih kurang rm36.00. ini bagi yang tiada aircond. kalau yang berhawa dingin harga Rm 60.00. cukup murah. bersih dan
kemas.
Di hotel murah bersebelahan Bara Resort. dah lupa nama hotelnya.
harga 1 malam 300 baht ( kipas) dan 500 baht ( aircond)
Hari ke 2...
Jam 10 pagi. Memulakan kembali perjalanan. Selepas ini akan ke Hatyai melalui laluan Pak Bara...Satun ...Hatyai..... Sebelum meninggalkan Pak Bara, bergambar dulu di Pak Bara View Point. Tempat ini menjadi kunjungan ramai bagi rider dan pelancong dari luar. dengan konsep sea view atau water front sesuai untuk beristerirehat sambil bergambar di tepi laut. Di sini juga tempat untuk melihat suasana matahari terbenam. Memang indah. Singgah di kedai makan dan menu sarapan pagi adalah nasi kerabu, pulut hitam ikan masin. harga berpatutan. di sini majoritinya muslim dan tidak perlu risau tentang makanan halal. seolah olah berada di Kelantan dengan kebanyakkan peniaga adalah wanita.
Pak Bara View Point..destinasi wajib singgah
kalau ke sini.
bergambar di hadapan replika ikan todak di Pak Bara..sekitar jam 10 pagi waktu Malaysia.
Perjalanan dari Pak Bara Ke Hatyai dijangkan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan kelajuan 100km/j. Jalan raya di sini mempunya 2 lorong dan agak selamat. jalannya tidak terlalu sibuk dan perjalanan agak lancar. kiri kanan pokok getah dan bukit. Masjid cukup banyak dan hanya selang beberapa kilo sahaja jaraknya untuk satu masjid. Cuaca agak panas kerana tak hujan.
Di perjalanan saya singgah di satu tempat yang menjual produk kraf diperbuat dari kayu dan rotan. ada bakul rotan, ukiran kayu dan pelbagai barangan untuk kegunaan harian. harga juga cukup murah dan berpatutan.
pelbagai produk kraf khususnya dari rotan dan kayu
dijual di sini.
Lesung besar diperbuat dari kayu. selalunya
digunakan untuk buat Somtam
Bergambar di hadapan gerai menjual produk kraf di perjalanan
Satun Ke Hatyai.
Tiba di Hatyai jam 3.00 petang. agak lambat sampai dan tersasar dari waktu sebenar kerana banyak berhenti. Di Hatyai tak lama . singgah untuk makan di restoren Kelantan. sekitar jam 4.00 petang meninggalkan Hatyai untuk ke Danok. Perjalanan Ke Danok mengambil masa 1 jam. tak ramai orang di Danok walaupun kali ni cuti dah bermula. mungkin bukan padan hari minggu. selalunya di Danok ni akan ramai pada Jumaat , Sabtu dan Ahad.
Di Danok aku sekali lagi menginap di PP Hotel. hotelnya agak selesa dan untuk makan juga senang. Malam di Danok penuh dengan hiburan. Danok terkenal dengan bandar Hiburan. Dari Barr dan Pelacuran. Perempuan yang memakan seksi dan sparuh bogel bersantai di kaki lima mencari pelanggan. lelaki hidung belang pula akan menyusuri dari 1 pintu ke 1 pintu mencari tempat melepaskan nafsu. Ada yang di bawa ke bilik hotel dan ada yang dihabiskan di bilik yang disediakan di situ. di sini tidak sesuai untuk bawa anak anak.
Pusat karaoke di Danok cukup banyak. tapi awass. Karaoke di sini special sedikit. ada peneman yang menunggu untuk di belanja minuman dan pastinya ada bayaran. Tepuk Dada tanya selera. tanya niat anda masing masing kalau ke Danok.
Panorama malam tak semeriah di Hatyai. Tapi tak juga sunyi. untuk membeli baju dan pakaian juga banyak di sini. sediakan duit sahaja.
Danok bukan sahaja terkenal dengan pusat hiburan tapi terdapat juga tarikan baru yang sesuai untuk bawa keluarga dan anak anak. terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Danok. Paling best kalau pergi waktu malam. Untuk memasuki kawasan ini tiada bayaran dikenakan. Antara yang menjadi tarikan di kawasan ini adalah Taman Panda, Replika catur, bot, naga, penyu dan banayak lagi. Terdapat juga pekan koboi, taman air, Food street, gelanggang memanah, Medan pin ball, Happy Farm, food Mall, Cafee, kedai cenderamata, Taman Dinasour, Persembahan kebudayaan, ATV dan banyak lagi.
Taman Panda
Taman Panda yang mempunyai keluasan sekita 100 meter persegi menempatkan beberapa ekor Panda replika dengan pelbagai aksi. berada di atas rumput carpet dan dihiasi dengan lampu lampu LED yang pelbagai warna menjadikan kawasan ini tempat sesuai untuk bergambar. Replika panda yang dibuat khas memaparkan replika ibu, anak dan beberapa kumpulan panda dari China. masuk percuma.
bergambar bersama panda replika.
REPLIKA BERLAMPU
Beberapa replika berlampu juga di bina di sini untuk menarik pelancong bertandang ke sini. Antaranya ialah replika penyu besar, kura kura, Anak anjing comel, Naga, rumah, perahu layar, teko, orang orang catur gergasi dan banyak lagi.
Anda boleh bergambar di sini.
Replika berlampu kura kura..
Replika berlampu istana raja
Replika pintu gerbang
cahaya Led mewarnai seluruh kawasan ini.
Bergambar di hadapan replika anak anjing ( puppy)
yang diperbuat dengan menggunakan kertas
Taman Dinasour
Taman Dinasour berada di atas sekali atau di pintu masuk laluan sebelah utara. terdapat beberapa ekor dinasour yang di buat menyerupai dinasour sebenar dari segi saiz dan bentuk. unuk memasuki tempat ini anda perlu membayar Rm30.00
Penari kebudayaan chiang Mai sedang membuat
persembahan di hadapan pintu masuk taman Dinasour.
Tempat Naik Kuda ( ala koboi )
Antara yang menarik lagi adalah tempat menunggang kuda ala ala koboi. anda akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih di sana. di sini baunya tidak begiyu menyenangkan kerana berbau kuda.
MENUNGGANG ATV
bagi yang meminati sukan ATV. anda boleh menyewanya dengan harga berpatutan. disediakan track untuk ATV. Track yang mencabar dan menyeronokkan sudah pasti akan memberi kepuasan kepa pengunjung.
Medan paintball
Bagi yang gemar berperang atau suka aktivit di medan tempur. anda boleh mencuba permainan pinball. gelanggan yang luas dan disediakan kemudahan yang sesuai. bayaran boleh rujuk dikaunter.
HAPPY FARM
Sebuah ladang mini yang berbentuk ladang sebenar untuk kanak kanak. di wujudkan untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang dunia pertanian. di situ juga terdapat orang orang gergasi yang di gunakan ala ala untuk menghalau burung makan padi. terdapat beberapa jenis tanaman sara hidup di tanam di situ.
Gelanggang memanah
bagi yang suka memanah. anda boleh berkunjung ke gelanggang memanah. cari sasaran anda dan kumpul skor anda.
Gerai cenderamata.
terdapat gerai cenderamata yang menjual produk kraf dan kerja tangan masyarakat peribumi Kgen Chiang Mail. Antara barang barang yang dijual adalah kain songket yang dihasilkan melalui kerja tangan, gelang, topi, dan banyak lagi.
Food street
Food street yang berada di hadapan taman permainan kanak kanak menyediakan pelbagai jenis makanan dan halal. rata rata yang menjualnya adalah muslim.
Banyak lagi sebenarnya yang menarik di Danok ini yang mungkin anda terlepas pandang. semoga apa yang dikongsikan ini menjadi panduan untuk anda.